Berhasilkah Pak Yasin mempertahankan tanah dan melawan kekuatan Tuan Direktur di saat kondisi menjadi kacau ketika tuduhan membuat perkumpulan rahsia untuk menggulingkan pemerintah terbongkar pihak berkuasa? Kekuatan apakah yang dimiliki Pak Yasin sehingga membuat Tuan Direktur sangat sulit mengalahkan Pak Yasin?
Sebuah mahakarya HAMKA yang padat nasihatnya mengenai manusia kecil yang terdaya bangun berdiri megah mendongak langit...tidak kekar sehinggakan lupa rumput di bumi.
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.
Jazuli seorang pemuda yang asalnya dari kampung dan pernah melalui kehidupan susah. Selepas merantau, segala pahit maung telah dihadapinya untuk mendapatkan sebuah kesenangan hidup.
Apabila telah senang pula, dengan mudahnya ibarat kacang lupakan kulit dia terus melupakan segala kesusahan yang pernah dilaluinya. Bukan itu sahaja, rakan seperjuangan yang pernah menolongnya juga turut dilupakan malah dia berasa malu untuk bergaul dengan orang bawahan dan mengaku pernah menjadi miskin dahulu. Yang dicarinya hanyalah teman yang tinggi darjatnya.
Hatinya menjadi keras hari demi hari akibat hasutan pembantunya iaitu Kadri. Dia lebih mendengar nasihat Kadri demi menjaga kekayaan, penghormatan dan pangkatnya. Sesiapa sahaja yang melawan dengan menasihatinya ke arah kebaikan akan dianggap sebagai musuh dan pendengki manakala sesiapa yang memuliakan dirinya dengan memuji berlebihan pula akan dianggap sahabat.
Kekejaman seperti penindasan terhadap pekerja juga sering berlaku. Dia tidak peduli jika pekerjanya berada dalam kesusahan, apa yang menjadi keutamaannya adalah wang dan pekerja pula dianggap sebagai sebuah alat sahaja untuk menambahkan kekayaannya. Jika pekerjanya memiliki masalah, terus sahaja dipecatnya kerana dianggap akan memufliskan syarikat sedangkan dia sendiri tidak mahu memahami dan ambil tahu masalah mereka.
Perniagaan kian berkembang pesat dan Jazuli ingin meluaskan lagi empayar perniaagaannya dengan membeli tanah seorang tua bernama Pak Yasin. Segala macam cara digunakan untuk memujuk Pak Yasin supaya menjualkan tanah tersebut kepadanya tetapi Pak Yasin tetap mempertahankan tanahnya walaupun diberi segunung emas.
Satu tragedi telah berlaku antara Pak Yasin dan Jazuli. Tragedi ini sepatutnya membuatkan Jazuli insaf tetapi sayang, akibat hasutan demi hasutan rakan lain, niatnya yang ingin berubah ke arah kebaikan lesap begitu sahaja.
Tuan Direktur ialah novel pertama daripada Buya HAMKA yang telah saya berjaya mengakhiri pembacaannya. Penulisan Buya HAMKA memang sangat halus dan penuh dengan nasihat yang tulus.
Novel ini sangat memberi saya pengajaran akan hakikat kekayaan hidup yang sebenarnya. Nyata, kekayaan sebenar bukanlah kekayaan wang ringgit seperti yang selalu difikirkan oleh orang kebanyakan, tetapi kekayaan budi itulah kekayaan hakiki. Tidak salah untuk kita mencari pekerjaan dan mengejar kekayaan kerana manusia itu sendiri dituntut untuk bekerja mencari rezeki. Namun, yang salahnya ialah apabila cita-cita asli (bekerja bagi membantu penghidupan diri dan masyarakat) ditenggelami oleh cita-cita mengejar wang dan kekayaan yang bersifat sementara.
Insya-Allah, saya bakal membelek siri-siri novel daripada Buya HAMKA yang seterusnya.
So beautifully written, as expected from Hamka. Reminds you of the happiness that lies within being surrounded with good friends versus happiness being surrounded with wealth and fame.
Apa yang best tentang buku Tuan Direktur? Sungguh memang tidak menyesal, sama seperti ke semua novel Hamka lain yang pernah saya baca. Nipis saja pun bukunya, namun anda pasti tahu sekarang, tebal nipis nya sesebuah buku bukan penentu Nilai sasteranya.
Saya kongsi sedikit, mutiara fikiran Pak Yassin Ketika bersama Fauzi "... Bukan Bapa menyalahkan segala orang yang makan gaji dan memburuh. Kerana kalau tidak ada pula pekerjaan itu, tentu kusut perjalanan dunia ini. Tetapi yang mengecewakan hati Bapa ialah kalau sekiranya bangsa kita telah kemasukan penyakit yang tiada semena-mena itu, iaitu tindasan majikan kepada buruh, buruh hanya sebagai alat perkakas untuk mengkayakan majikan dan majikan memandang buruhnya tidak ada harga, kecuali untuk menambah kekayaannya. Tidak kecil hati bapa hal itu kalau terjadi di tanah lain. Tetapi kecil hati bapa kalau terjadi di Tanah yang dikongkong keislaman ini".
) === Kasihan orang yang seperti Tuan Direktur. Beliau dibutakan mata oleh teman temannya sendiri, biar tidak ramai, itulah antara punca kecelakaan yang menimpa. Biar pun dia cerdik orangnya, kata hatinya sendiri tidak cukup kuat membawanya kembali ke jalan yang dapat membawa bahagia dan ketenangan. Lain pula dengan Pak Yassin, dan Fauzi. Bezanya apa antara kedua mereka dengan Tuan Direktur? Niat mungkin? Iman mungkin? Hidayah mungkin? Semoga Allah mencampakkan hidayahNya buat kita
Membaca Tuan Direktur mengajar kita supaya tidak terlalu mengejar harta; bersederhana dalam kehidupan itu lebih baik. Nasihat-nasihat Hamka melalui watak yang direkanya - Pak Yasin, menginsafkan serta boleh dijadikan pedoman hidup pembaca untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Persoalan harta itu boleh membawa kita ke syurga atau membawa kita ke neraka - pilihan berserta contoh yang tuntas serta bersahaja ada pada watak-watak di dalam novel ini.
Asalnya tidak terniat untuk membeli buku ini. Beli hanya sekadar untuk mencukupkan jumlah bagi mendapatkan diskaun. Hari ini, baru berkesempatan membacanya. Ternyata pembacaan saya terhadap buku ini membawa saya kepada sebuah kisah yang benar benar memberi kesan pada jiwa.
Berkisar tentang Jazuli, lelaki yang punya harta namun sayang menjadikan wang dan harta sebagai Tuhan hidupnya, sehingga dia terlalu leka mengejar dunia. Sanggup disingkirkan orang orang baik hanya kerana terpedaya dengan tipu helah orang yang kononnya baik. Bertemu Pak Yasin, membuatkan Jazuli sedar tentang kehidupan. Namun, apakah dia benar benar insaf setelah bertemu Pak Yasin?
Suka saya membaca naskhah ini, walaupun nipis namun setiap ayat yang dikarang cukup memberi impak pada jiwa saya sebagai pembaca.
HAMKA telah berjaya menjelaskan kepada kita betapa pentingnya kemerdekaan jiwa yang bebas dari tamak dan laba. Kemerdekaan jiwa yang mencetuskan damai dan tenang dalam hidup.
Hakikatnya, wang bukan segala-galanya. Setelah kita melihat orang-orang kaya yang terlalu asyik mengejar kekayaan itu terus berlumba dan menikam sesama sendiri, terus pasak dalam diri kita bahawasanya kekayaan budi itulah yang paling utama.
Watak Pak Yassin dalam buku ini amat saya kagumi, kerana kejernihan fikiran dan niat yang suci menjadi pengemudi bagi kehidupannya. Pak Yassin pantas dijadikan qudwah para daei kini kerana peribadinya yang sanggup mengenepikan keuntungan diri sendiri demi kelangsungan dakwah di kawasannya.
Biarpun Tuan Direktur Jazuli pemain watak utama dalam kisah ini, saya tetap memerhati watak Fauzi seorang anak muda yang santun perlakuannya serta kuat kemahuannya menjadikan penceritaan makin menarik. Fauzi akhirnya berhasil mengusahakan perusahaannya tanpa sedikit pun rasa laba yang tersisa tak seperti Tuan Direktur Jazuli.
Kehadiran watak seperti Kadri pembantu Tuan Direktur, Margono dan Haji Salmin mengingatkan kita bahawasanya sahabat dan kenalan itu tidaklah sama. Sahabat itu ialah seorang yang tegar untuk tetap mengatakan yang salah jika kita tersalah berlainan pula dengan kenalan yang selalunya hanya melafaz kata-kata indah yang dusta semata.
Meskipun pada pengakhiran cerita ini saya begitu mengharapkan agar Jazuli kembali menginsafi segala perlakuannya namun sangkaan saya meleset sekali. Pun begitu, sekiranya watak Jazuli hidup di dunia nyata ini, saya berharap agar dia menemui jalan untuk kembali kepada Rabb nya.
Bacaan kali ini untuk kali ketiga dan tak pernah puas baca buku ini. Kisah tentang Tuan Jazuli yang asalnya datang ke Kota Surabaya bersama-sama dengan dua tiga orang temannya. Tetapi bila dah berjaya, disingkirkan teman-temannya lantas berdamping dengan pekerja kaki bodek dan percaya pada tahyul. Ada kisah tentang Fauzi, bekas pekerja Tuan Jazuli yang dianiayai tetapi akhirnya lebih berjaya berbanding bekas majikannya serta kisah Pak Yasin yang sentiasa menjadi contoh teladan buat orang sekelilingnya.
"Wang itu adalah barang singgah, entah dahulu dia pergi dari kita, kita ditinggalkannya dengan tak berwang sebagai orang yang miskin. Atau kita dahulu daripadanya, dia pindah ke tangan orang lain, kita kembali ke akhirat dengan sehelai kafan! Tetapi kalau kita telah kaya, biar dia pergi sekali sehari dan datang pula sekali sehari, duduk kita tidak akan bergoncang, tegak kita tidak akan condong, sebab hati kita telah kaya."
� YA/TIDAK
Sangat bagus dibaca untuk kita jadikan panduan dalam hidup terutamanya jika kita ada matlamat untuk jadi KAYA.
"Fauzi, anakku! Engkau boleh mencari kekayaan, bahkan wajib mencari kekayaan. Kekayaan menurut maknanya yang hakiki, bukan menurut maknanya yang biasa dipakai orang kekayaan kerana dia untuk peningkat kaya sebab itu mereka berlumba mengumpul harta."
👥 KARAKTER
Fauzi - pernah bekerja dengan Tuan Jazuli, tetapi setelah dipecat oleh Tuan Jazuli, Fauzi banyak berdamping dengan Pak Yasin. Untung bila berdamping dengan Pak Yasin, Fauzi terima banyak nasihat dan akhirnya berjaya mengusahakan bisnesnya sendiri.
Pak Yasin - memainkan peranan yang penting dalam novel ini sebagai penunjuk ajar dan guru. Banyak perkara yang kita boleh ambil teladan dari Pak Yasin.
Tuan Jazuli - karakter yang kita mesti teliti untuk diambil sebagai pengajaran. Walaupun Jazuli hampir insaf tetapi disebabkan faktor sekeliling yang negatif, nasihat sekadar tinggal nasihat.
"Tiga perkara yang kulihat salah dalam perbuatanmu. Pertama, kesombongan terhadap sesama manusia, terutama kepada orang sebawahanmu. Kedua, loba kepada harta dan kehormatan, tetapi loba kepada kehormatan itulah yang lebih besar. Ketiga, meskipun engkau hidup di zaman moden, engkau masih percaya kepada tahyul. Kalau hal yang tiga ini engkau perhatikan langkahmu tidaklah akan tersesat, dan engkau tidaklah akan jadi kebencian orang."
📝 PLOT
Permulaan cerita dengan pengenalan watak Tuan Jazuli yang angkuh dan bongkak. Seterusnya, pertemuan antara Pak Yasin dan Fauzi yang akhirnya membawa kepada perubahan hidup Fauzi ke arah yang lebih baik.
Cerita yang ringkas tapi sarat dengan pedoman dan nasihat. Dalam sehari boleh habiskan buku ini.
"... sebelum masuk kepada perusahaan itu, hendaklah tanamkan lebih dahulu kekayaan dalam hatimu, iaitu merasa syukur atas nikmat Allah apa yang ada. Dan engkau mengerjakan pekerjaan itu, bukan mengharapkan wang, tetapi kerana engkau sebagai manusia wajib bekerja!"
Membaca buku fiksyen Buya Hamka selalu buatkan saya termenung dan berfikir. Terlalu banyak pengajaran yang diberikan oleh beliau, dan ia langsung tidak pernah ditelan zaman kerana begitulah sikap manusia, mahu dahulu atau sekarang sikap buruknya itu tidak pernah berubah-rubah.
Tuan Direktur yang dahulunya bencikan kapitalis semakin lama semakin mengikut sistem itu, yang dahulunya berbangga dengan keteguhan diri sendiri dan menolak sebarang unsur tahyul kini mempunyai seorang penasihat yang suka berbisik-bisik berkata bahawa dia punyai sahabat di alam lain.
Menjadi kaya itu tidak salah, malah ia memberikan kemajuan kepada diri atau bangsa sendiri tetapi yang salah itu apabila ia didasari dengan ketamakan bukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada agama.
Naskah Tuan Direktur ini berbeza sedikit tema yang dibawa, tetapi tetaplah ingin mengkritik sikap manusia dan juga kritikan hebat kepada pemerintah. Jika naskah sebelum ini yang saya baca berbicara tentang cinta dan adat tetapi untuk buku ini lebih kepada kapitalis dan kekayaan. Jika ingin dikupas satu-satu tentang pengajaran demi pengajaran, maka tidak habis untuk saya ulaskan. Bagaimana menjadi miskin itu tetap boleh ada kaya pada jiwanya, dan bagaimana kaya itu boleh hilanglah harga diri yang dibangga-banggakannya.
Walau kadang diri ini serasa boleh bersendiri tetapi kawan tetap perlu ada untuk menemani perjuangan, sama ada mereka itu berkeliling dengan kita untuk kemajuan diri atau sebaliknya mahu menjatuhkan diri.
Engkau sangka agaknya saya melarat oleh kerana tidak sekayamu, lantaran tidak segagahmu, tapi agaknya sayalah yang lebih beruntung daripadamu....... Cuba dengarkan dengkur mereka, itulah sahabat saya, yang sudi sehidup semati dengan saya dan begitu pulalah dengan saya....
Straightforward story line, uncomplicated plot and no heartbreaking plot twists. HAMKA is a spiritual writer that writes his life principles in the narrative of a story.
This story revolves around the life of Jazuli or known as Tuan Direktur, a new businessman in his blooming days, eliminating competition and even peers whom he perceives as a threat to his market domination and need seem that he has had enough of wealth and public recognition.
And also around the lives of Pak Yassin and Fauzi who choose a more subtle life with minimal material attachment, away from the current race of capital acquisition.
Religion opens up vital space in our imaginations by making a distinction between two kinds of poverty what it terms VOLUNTARY POVERTY on the one hand and INVOLUNTARY POVERTY on the other.
We are at this point in history so fixated on the idea that poverty must always be involuntary and therefore the result of a lack of talent, that we can't even imagine that it might be the result of an intelligent and skilled persons free choice based on a rational evaluation of costs and benefits.
It might sincerely be possible for someone to decide not to take the better paid job, not to publish another book, not to seek higher office and to do so not because they have no chance, that because having surveyed the externalities involved, they chose not to fight for them.
Quote: "Sebelum engkau membuka satu macam perusahaan, walau apapun namanya, hendaklah engkau tanamkan lebih dahulu kekayaan dalam hatimu, iaitu merasa SYUKUR atas nikmat ALLAH apa yang ada. Dan engkau mengerjakan pekerjaan itu bukan kerana mengharapkan wang, tetapi kerana engkau sebagai manusia wajib bekerja!"
"....engkau telah terlepas daripada kongkongan perbudakan. Tidak ada suatu kesenangan di dunia ini yang lebih dari pekerjaan yang dikerjakan atas perintah hati sendiri."
Tuan Direktur, HAMKA. (ms : 63)
---- Baru selesai baca buku Tuan Direktur karangan Buya Hamka.
Buku ini secara literalnya mengandungi banyak nasihat untuk golongan muda yang baru nak mulakan kehidupan dalam alam kerjaya.
Tanpa memperkecilkan golongan yang makan gaji, nasihatnya banyak memfokuskan berkenaan rencam dunia perniagaan. Kerana sangat teruji dengan kewangan dan kemasyhuran.
Sangat digalakkan untuk para pengembara untuk rehat sebentar dan baca buku ini sambil meminum kopi. ☕️
Great important messages delivered in a great story. Almost all chapters contains at least a vital message and social critic to the society at that time. And note that the criticisms are still relevant in this day!
One of my favourite quote,
"Selama ini Fauzi belum mahu beristeri kerana ragu saja fikirannya melihat lagak lagi gadis-gadis didikan sekarang. Menghias mukanya sampai satu dua jam, tetapi memasakkan gulai mereka tak tahu. Menguruskan bajunya, guntingnya, modelnya dan sebagainya mereka terlampau pintar, tetapi menyapu mereka tak mengerti. Perempuan sekarang � menurut pendapat Fauzi � bukan untuk dibawa hidup, tetapi buat dibawa penonton bioskop."
Tema novel HAMKA ini tentang sifat takbur. Mula-mula, kusangka novel ini tentang pengarah filem. Haha. Rupa-rupanya Tuan Direktur merujuk kepada CEO syarikat dalam novel ini.
Bagiku, HAMKA seorang ulama nusantara yang sangat kreatif berdakwah. Misalnya, novel ini. Kita sering saja mendengar kuliah atau ceramah tentang sifat2 mazmumah ini tapi melalui novel ini, penyampaiannya lebih berkesan dan serba sedikit boleh mendidik diri untuk mengelak daripada tipu daya iblis dan nafsu. InsyaAllah.
HAMKA memerihalkan satu kisah yang begitu ringkas berkenaan bagaimana wang itu berkuasa menyuburkan sifat-sifat buruk dalam diri, dan sifat takbur pula sebagai gerbang yang pertama. Walaupun acapkali kita dipertontonkan dengan kisah-kisah sebegini dalam kehidupan nyata, seringkali jugalah mereka (dan kita) ini tidak pernah mengambil iktibar.
Pak Yasin menyusun kalam hikmah bukan hanya buat Jazuli dan Fauzi, bahkan juga buat kita, yakni pembaca. Beliau memperingatkan kita bahawa dalam setiap perkara, “we will gain some, and lose some�. Bertambahnya kawan yang sering memuji, akan berkuranglah kawan yang berkata benar, walau menyakitkan hati. Ini hukum alam. Sama hal dengan, bertambah masa diberikan untuk pekerjaan, akan berkuranglah masa dalam perhubungan. Hakikatnya akan senantiasa begini. Namun, mestilah yang bertambah dan berkurang itu tidak mendatangkan kerugian kepada diri. Kita sendiri yang memilih: apa yang perlu bertambah dan apa yang perlu berkurang.
HAMKA juga memperingatkan bahawa kaya itu bukanlah diukur dengan material semata-mata. Namun saya mengira bahawa ramai yang tidak memahami akan hal ini dengan baik. Ramai yang masih mengimpikan menjadi kaya dan berharap agar dirinya tidak terjerumus dalam kancah keburukan. Benar-benarlah yang mempunyai kefahaman sebegini menyimpang jauh dari hakikat kaya yang sebenar. Namun, tidaklah pula perlu menjadi fakir miskin. Maka, di manakah neraca keseimbangan itu?
Syukur. Mensyukuri segala nikmat Allah swt, tatkala lapang atau sempit, kaya atau miskin, sihat atau sakit, muda atau tua � dalam setiap keadaan yang ditentukan oleh Yang Maha Berkuasa, inilah titik keseimbangannya! Nasihat ini yang diberikan oleh Pak Yasin kepada Fauzi apabila dikhabarkan bahawa Fauzi ingin menceburi perusahaan batik.
Syukur, melahirkan kecukupan. Kecukupan itu kesederhanaan. Sederhana itu hakikat kaya yang sebenar.
Satu lagi pesanan yang membekas di hati saya ialah berkenaan pekerjaan, sementelah saya baru sahaja menjalani pekerjaan pertama saya usai bergraduasi. Saya kepilkan nasihatnya, “tidak ada suatu kesenangan di dunia ini yang lebih dari pekerjaan yang dikerjakan atas perintah hati sendiri.�
Saya sangat gemar akan pengolahan perkataan HAMKA dalam menyampaikan nasihatnya kepada pembaca. Sangat-sangat menyentuh hati. Umpama nasihat daripada seorang bapa kepada anaknya dalam mengharungi pancaroba dunia. Terima kasih Buya HAMKA!
Karya kritik sosial yang baik daripada Hamka. Berbezanya karya ini dengan yang lain kerana temanya; berkisarkan kehidupan seharian seorang direktur (usahawan) zaman penjajahan Belanda di Indonesia.
Di dalam karya ini, Hamka memilih untuk mengkritik karakter tamak haloba seorang direktur yang hanya mengejar kekayaan wang tetapi miskin budi. Ini dibezakan dengan watak Pak Yassin, seorang tua yang tidak mempuyai harta yang banyak melainkan sebidang tanah tempat dia mengajar membaca dan menulis kepada rakan-rakan dan penduduk setempat. Tuan Direktur yang mahukan tanah Pak Yassin akhirnya turut ditangkap bersama Pak Yassin akibat fitnah yang dilemparkan; Pak Yassin dikatakan cuba merekrut penduduk melawan pemerintah Belanda. Semasa meringkuk di dalam penjara, Tuan Direktur menerima banyak nasihat, pesanan dan pedoman daripada Pak Yassin. Namun setelah keluar, dia masih tidak berubah. Berbeza nasib Tuan Direktur dengan Pak Yassin, perniagaan Tuan Direktur makin hari dipenuhi dengan orang-orang yang bekerja hanya untuk mencari sesuap nasi dan rakan-rakannya pula ramai yang meninggalkannya. Dia adalah manusia yang kurang keinsafan, kosong hati dan budinya. Pak Yassin pula dilihat sebagai pemaju bangsa dan makin dihormati dan disegani oleh segenap masyarakat.
Cumanya jalan cerita tidak begitu berkembang dengan baik bagi saya. Kurang capai klimaks mungkin, berbanding karyanya yang lain.
Berhati-hati memilih teman yang ada disamping engkau. Jadilah dan carilah seorang teman yang memujimu jika engkau berjaya, namun lebih banyak pula memperingati diri engkau ketika sedang berjaya. Kerana ada teman yang mengasihi engkau seperti dia mengasihi dirinya. Dan tidak lupa, ada juga teman yang iri kepada engkau dan tidak mahu engkau lebih daripada dirinya.
Tuan Direktur Jazuli yang mempunyai ramai teman-teman baik, akhirnya satu persatu dibuang dari dalam kehidupan kerana takutkan harta dirampas oleh para sahabatnya. Dan lebih mudah mempercaya orang-orang 'penjilat kaki' dan orang halus dalam kehidupan dan perniagaannya.
Barang kali akan ada yang berkata bahawa novel ini adalah jalan cerita yang terlalu biasa dalam kehidupan. Ya, betul. Saya setuju. Keadaan yang tipikal, bukan? Seseorang yang dahulunya adalah anak kampung, berkelana ke kota akhirnya kaya dan bongkak. Tapi nanti dulu, tetap ada kelainan pada karya Hamka yang satu ini seperti biasa.
Nasihat-nasihat ketenangan dan tutur kata dari Pak Yasin. Kata-katanya penuh falsafah tentang kehidupan, kekayaan harta dan kekayaan jiwa. Tidak lupa pergantungan kepada Allah. Sebagai pembaca, tenang-tenang saja membaca nasihat-nasihat Pak Yasin.
Sabar. Jangan 'skip' nasihat-nasihat beliau yang panjang itu.
Kalau anda belum baca, anda patut pertimbangkan novel nipis ini dalam senarai bahan bacaan anda!
Buku kedua Hamka yang saya baca selepas Tenggelamnya Kapal Van der Wick. Novel nipis ini menceritakan tiga watak utama, iaitu Jazuli, Fauzi dan Pak Yasin.
Jazuli, Tuan Direktur yang kaya raya. Fauzi, pemuda yang kuat usaha dan Pak Yasin, orang tua yang bahagia dengan hidup sederhana.
Novel yang sarat kata nasihat berguna supaya tidak menjadi hamba kepada harta. Biar kaya di hati, bukan kaya di mata menyebab sombong dan lupa diri.
Status dan kekayaan tiada makna jika hidup sunyi dan kosong daripada teman-teman yang ikhlas dan baik hati.
Buku nipis yang sarat dengan ketukan-ketukan jiwa pada si pencinta harta.
Bukan tak boleh kaya. Cuma berpada dan sederhana. Bukan tak boleh kaya harta, tapi biarlah di hujung jari cuma. Bukan tak boleh kaya harta, cuma kaya jiwa itu lebih utama.
Cuma itulah.
Bukan senang nak punya jiwa yang memandang sepi harta di jiwa. Yang berjaya meletak Allah tinggi di jiwa, dia akan berjaya letak harta di hujung pandangan mata.
Hanya seorang tua yang kehidupan amat sederhana, punya tanah dengan rumah-rumah petak yang diberi sewa. Namun, pengajaran-pengajaran yang diperkatakan adalah merupakan berlian-berlian yang sebenar dalam karya ini.
HAMKA juga memberi pengajaran melalui watak Jazuli dengan perlakuannya. Iktibar dalam karya ini banyak, harus diteladani & diingati sentiasa. Ianya kerana, zaman yang pantas membangun bisa mencabar kesyukuran dalam segala nikmat yang dikurniakan Tuhan.
Tuan Direktur by Hamka is about Tuan Direktur Jazuli who after tasted a luxury of money, keeps seeking for it and now he wants a piece of land which is owned by Pak Yasin.
This is another "desire and greed has no end" story but as usual, Hamka's work brings us to the depth of it. He tackles what makes man a slave to money, and that is arrogance. Arrogance leads to you looking down on others, feeling like you are justified to be malicious even to your own friends because you keep wanting for more.
Amidst the clashes between Tuan Direktur Jazuli and Pak Yasin, the author also highlights the importance of religious values that one should have to combat the arrogance within themselves.
I always love how Buya Hamka maintains the balance of his story in developing that one scene that the readers will remember and this happened to me here. I finished this book in April but there's this one scene that really leave an impression on me till today and it makes me reflect on so many things.
Abuya Hamka tidak asing lagi dengan masyarakat Nusantara dengan karya-karyanya yang agung seperti Di bawah lindungan Kaabah, Tenggelamnya kapal Van Der Wijck dan Merantau ke Deli. Kebanyakkan karyanya ini berkisarkan tentang percintaan dan kritikannya terhadap kaum Minang yang terlalu berpegang dengan adat bukannya syariat.
Tetapi penceritaan buku Tuan Direktur agak berbeza kerana beliau lebih menekankan tentang sikap materialisme masyarakat yang mudah kelabu mata dengan kekayaan. Akhirnya, kekayaan yang dikejar telah memakan dirinya sendiri.
Buku ini agak nipis sama seperti buku-bukunya yang lain, tetapi dengan penggunaan bahasa Indonesia agak mencabar untuk kita baca dengan cepat. Sekurang-kurangnya masih boleh difahami keseluruhan cerita walaupun banyak istilah yang kurang faham.
Sebuah novel menceritakan kisah Jazuli, seorang peniaga kaya yang bersikap angkuh dan percaya bahawa wang dapat membeli segalanya. Dengan pengaruh negatif dari pembantunya, Kadri, dan rakan-rakannya, Jazuli mengambil tindakan yang merugikan, termasuk menyingkirkan pekerja setianya, Fauzi. Cerita ini menekankan bahawa ketamakan tidak membawa kebahagiaan dan perlunya merendah diri, terutama bagi pemimpin dan orang kaya. Melalui refleksi tentang nilai-nilai kehidupan dan kesan ketahyulan dalam masyarakat, novel ini mengingatkan pembaca bahawa sifat insani lebih penting daripada kekayaan. Karya yang relevan dan penuh dengan mesej berguna yang seharusnya dibaca oleh semua orang.
Ini buku pertama dari Pak Hamka yang sempat saya hadam untuk hari ini. Membaca kisah Tuan Direktur, ibarat mengenangkan kisah yang berlaku terhadap isu negara yang kita ada sekarang.
Bila dah kaya dan rasa selesa. Menjadi semakin tamak, mahu lagi selesa dan bertambah kaya. Yang sama-sama membangun bersama, dinyahkan akibat hasutan teman yang berurusan dengan orang halus.
Yang tinggal hanya teman si penjilat yang sentiasa mengatakan tindakannya itu benar biarpun tersurat sudah nampak jalan yang dipilihnya itu salah.
Tuan direktur yang memilih hidup berbisnes secara kapitalis. Sentiasa berlomba mendapat apa yang diinginkannya dengan cara apa pun dan akhirnya memakan dirinya jua.
Tuan Direktur Jazuli itu terlalu mendongak apabila dihujani kekayaaan. Teman-teman seperjalanan lantas meminggir diri. Sedang dia masih dikelilingi si pembodek dan percayakan pula si penilik dan suara-suara halus dalam menentu hala tuju perusahaannya.
Pak Yasin dianggap musuh. Lelaki tua itu pula tidak pernah mengganggunya malah diberi motivasi pula pada seorang pekerja Tuan Direktur yang dibuang tanpa timbang tara yang wajar.
- Wang itu barang singgah dan bukan kepentingan utama. - Tegakkan cita-cita sebelum berusaha. - Jangan sampai menjadi seorang yang diperbudak kebendaan sehingga lupa kebatinan.
saya kira mesej Tuan Direktur sedikit berbeza dengan karya-karya HAMKA yang saya baca sebelum ini yang mana lebih banyak mengkritik adat rencam dalam masyarakat Indonesia. Kali ini temanya lebih kepada nilai harta di sisi manusia sebagai manusia dan hamba. kisahnya ringkas, namun nasihat-nasihat Pak Yasin seharusnya tidak dipandang enteng.
Terima kasih Pak Yasin, akan sentiasa kuingat semua nasihatmu. dengan izin Allah.