Menurut Carl Brockelmann dalam History of Arabic Literature, buku al-Zar墨鈥榓h il膩 Mak膩rim al-Shar墨鈥榓h karangan Imam al-Raghib a-Asfahani (w. 502H) ini merupakan buku berkisarkan akhlak dan buku ini memberikan kesan yang besar kepada Imam al-Ghazali sehingga ia sering dibawa oleh Imam al-Ghazali sewaktu rihlahnya.
Kerangka penulisan dan pembahagian akhlak menurut Imam al-Raghib al-Asfahani dalam buku ini pula sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Nicomachean Ethics oleh Aristotle dan Tahz墨b al-Akhl膩q oleh Ibn Miskawayh (w. 456H).
Dalam membahaskan perihal akhlak, penulis membahagikan manusia kepada tiga fakulti:
1. Fakulti Pemikiran (Quwwah al-Fikriyyah/Perceptive Power) - berhajat kepada ilmu demi mencapai 鈥渉ikmah鈥� 2. Fakulti Emosi (Quwwah Ghadhabiyyah/Passional Power) - berhajat kepada mujahadah demi mencapai 鈥渟yaja鈥榓h鈥� 3. Fakulti Syahwat (Quwwah Shahwiyyah/Desiring Power) - berhajat kepada usaha demi mencapai 鈥溾€榠ffah鈥�
Apabila ketiga-tiga nilai ini tercapai, maka terhasillah nilai keempat dalam diri seseorang insan iaitu nilai keadilan (al-鈥榓dalah).
Antara perkara menarik yang dibahaskan dalam buku ini juga adalah mengenai pembahagian ilmu. Menurut penulis, ilmu dibahagikan kepada tiga jenis:
1. Berkait dengan lafaz i. Ilmu bahasa (zat lafaz itu sendiri). ii. Ilmu isytiqaq, nahu, sarf, arudh dan qawafi. 2. Berkait dengan lafaz dan makna - ilmu jidal, pidato, balaghah dan syair. 3. Berkait dengan makna i. Teori - ilmu untuk mengetahui Pencipta, kenabian, malaikat, Hari Akhirat, akal, nafs, kesan-kesan keagungan falak dan kosmologi, tabiat-tabiat tumbuh-tumbuhan (ilmu pertanian), tabiat-tabiat haiwan, tabiat-tabiat insan (ilmu perubatan) ii. Amali - ilmu siyasah, syariah, hukum-hukum syara鈥� dan kemuliaannya, ibadah, muamalat, makan-minum dan munakahat.
Menurut penulis, kemuliaan ilmu agama berbanding ilmu perubatan ialah buah ilmu agama membawa kepada kehidupan yang abadi manakala buah ilmu perubatan membawa kepada kehidupan duniawi yang terputus. Ilmu agama terasnya diekstrak daripada wahyu manakala teras ilmu perubatan kebanyakannya diekstrak daripada eksperimen.
Kata penulis lagi, ilmu itu tidak akan memberikan kamu ranuman buahnya sekiranya kamu tidak memberikan tumpuan sepenuhnya kepada ilmu tersebut.