Seperti kebanyakan pasangan kembar seiras, hubungan antara Adam dan Muhammad sangat erat. Ada ikatan batin yang kuat mengikat mereka sehingga apa yang dirasakan salah seorang juga turut akan dirasai pasangan kembarnya.
Adam dan Muhammad membesar menjadi remaja yang kacak dan pintar, walaupun kadang-kadang agak nakal. Mereka berkawan baik dengan Raif dan Danish, dua sahabat dari latar belakang berbeza, namun keakraban mereka terjalin seperti adik-beradik yang selalu bersama.
Mereka berempat pergi ke Kampung Gerbang Pusara untuk membantu Danish menyiapkan sebuah dokumentari tentang Kubur Terapung. Perjalanan yang sepatutnya menyeronokkan itu bertukar tragedi apabila pada suatu malam, pasangan kembar itu menghilang dari khemah mereka..
holy shit. LITERALLY HOLY SHIT. this is the best horror book ive read this year and god i dont think i will ever get to read anything better than this dalam masa yang terdekat.
first of all, thank you ismi fa ismail for writing about a muslim queer character in a very positive way. as a queer person, it makes me feel so happy and hopeful. SECOND OF ALL, THIS BOOK IS SOOOO MINDBLOWINGLY SCARY. setiap atmosfera menyeramkan terasa sangat 'sampai'. dan percakapan yang disampaikan bersahaja setelah perkara yang menyeramkan jadi tu- SANGAT SANGAT CREEPY.
sebelum ni saya dah baca 'tragedi'. kemudian, saya baca kombo 'jangan baca buku ini' . dan saya sangat bersyukur saya memutuskan untuk baca buku ini walaupun kombo tersebut agak mengecewakan. teruskan berkarya dan buat orang takut, ismi fa ismail. you've gained a new fan!
Buku ini berjaya buat aku mempersoalkan kewarasan aku. Tak pernah aku baca buku FIXI 'sesial' dan seseram ni. Bersarat emosi aku ketika baca buku yang satu ini. Sampaikan aku tak ada selera nak makan dua tiga hari ini. Nak tidur pun susah sebab terngiang-ngiang kejelikkan yang dibuat itu. Boleh dikatakan, aku tak berhenti beristighfar sepanjang pembacaan aku.
Resensi penuh: soon. Bagi aku masa nak tenangkan diri dulu.
Definisi : buruk, hodoh, jahat, tidak baik: kelakuannya ~; menjelikkan memburukkan: jangan selalu ~ kawan; kejelikan keburukan.
Sebuah novel yang aku kira tidak perlu masuk dengan apa-apa ekspetasi. Yang perlu tahu, masuk, baca dan hayati apa yang diceritakan oleh penulis. Masuk dengan minda terbuka kerana bagi aku, cerita ini bukan untuk semua orang. Ia mempunyai banyak unsur yang akan membuatkan pembaca terasa mual, jijk dan juga rasa seperti banyak benda yang dilakukan lebih daripada luar jangkaan manusia. Tetapi itu moral bagi buku ini. Dunia ini kalau berpaksi kepada kegelapan, maka kegelapan akan jadi milik seseorang itu.
Bila aku fikirkan balik, aku rasa penulis sangat bijak dengan cara penyampaian cerita. Kita dibawa dengan kisah kembar yang rapat dan kasih sayang mereka yang lebih daripada segalanya, kepada kisah keluarga, agama dan juga diberikan details sedikit demi sedikit. Plotnya bagi aku sangat unpredictable. One minute you're thinking it would go in one direction but the story somewhat took such a different turn that you're there left... speechless.. I came out of this book literally a changed woman.
Banyak benda yang aku hendak kupas, tetapi aku tak mahu spoil the fun of reading untuk sesiapa yang belum membacanya. Seeloknya, masuk dalam buku ini dengan ekspetasi yang kosong. Yang pasti, aku rasakan penulis telah berjaya lagi sekali membawa aku ke dalam dunianya dan membuatkan aku sangat-sangat invested. Dia mengingatkan aku kepada salah seorang penulis luar negara yang aku suka juga dan setiap cebisan yang ditulis bukanlah hanya fillers untuk melengkapkan cerita. Ia seperti memberi klu kepada apa akan terjadi , tetapi dengan cara yang membuatkan kau akan menggaru kepala.
Kalau aku nak highlight satu benda tentang buku ini, adalah cara penulis mengetengahkan beberapa isu penting seperti, kepercayaan kepada agama, soal privilege and the workings of the minds of an evil person. Niat tidak menghalalkan cara dan ia boleh menjadi sesuatu yang boleh memporak-perandakan kebahagiaan seseorang. Satu benda lain yang aku suka dengan buku ini dengan cara penulis menceritakannya dari perspektif ramai karakter berlainan. Ia memberi dinamik yang lebih baik dalam buku ini.
Bagi aku, its not the most perfect novel out there in the world. tapi, aku tak sangka aku akan menyukai novel ini lebih dari jangakaan aku.
Vile. Absolutely terrifying and of love, in any form. 5🌟
I have a lot to say, lama tak terbeliak baca buku. I thought minat membaca dah surut. But this one, sistur lain macam. Adegan nak muntah dia, memang I feel like throwing up.
Cons this book:
Naratif yang teramat panjang, info dumping. Penulisan yang tak sistematik.
Overall, okay je. I wish the queer story is well more elaborated as I was so into them.
Mmmmm. Horror dan memualkan. Done aku memang tak sesuai untuk baca buku horror sebab aku macam “amendeeeee niiiiiii!!!!??!??!?!�
Gaya penulisan rasa macam tulisan budak sekolah. Especially first half of the book. Penulis clearly ada bakat dalam horror, but yeah maybe boleh try dialog yang sesuai untuk budak lelaki? Because dialog macam gadis gadis remaja gitu. And when I read that penulis adalah wanita, I was like, okay no wonder la.
But the second half like man…amende doooo. Hahaha okay la berjaya buat aku curious dan the theme continues of memualkan dan menjelikkan.
Tiba ada second book coming. Apakah� aku nak habiskan 1 buku pun nak muntah, nak ke eh baca buku kedua? #thinking
I think ada plot yang agak kosong.. mungkin kerana ada sambungan sebab itu nampak agak kosong berbanding buku penulis sebelum ni yang membuat saya menangis dan tak tentu arah overall not bad kerana saya dapat rasa keserasian kembar itu walaupun banyak benda yang yang tak terjawab will wait for book 2
Sejujurnya saya kurang 'in' dengan novel terbitan Fixi sebenarnya. Barangkali mungkin sebab penggunaan bahasa yang dicampur aduk. Tapi... Saya cuba juga untuk membaca naskhah Jelik ini. Dan ternyata... Ia benar benar memberi suatu kelainan pada pembacaan kali ini.
Bahasa yang digunakan penulis membuatkan saya senang hadam jalan cerita Jelik ini. Serasa sekejap sahaja masa yang diambil untuk menamatkan pembacaan bagi novel ini. Barangkali penulis merupakan penulis yang memang sudah lama bertapak, saya kira memang mudah untuk masuk dengan jalan ceritanya. Sudah lama sebenarnya ingin membaca naskhah Ismi Fa Ismail. Namun, asyik tiada kesempatan sahaja.
Kesimpulannya, semoga Tuhan berikan saya dan penulis umur yang panjang untuk menyelusuri sambungan kisah Adam dan Ahmad. Tahniah buat penulis.
Itulah yang aku dapat katakan tentang Jelik. Jelik adalah sebuah novel yang ngeri mengisahkan tentang pasangan kembar Adam dan Muhammad. Abang dan adik yang susah hendak dipisahkan. Separuh nyawa Adam adalah Muhammad, separuh nyawa Muhammad adalah Adam. Apabila Adam dan Muhammad pergi camping dengan dua kawan baik yg lain iaitu Raif dan Danish ke sebuah kawasan yang dinamakan 'Kubur Terapung', pelbagai kejadian pelik berlaku dan lebih mencemaskan apabila pasangan kembar ini hilang dari khemah.
Dimana Adam? Dimana Muhammad?
Sejujurnya, aku baca buku ini tanpa ekspetasi yang tinggi. Tapi helaian demi helaian, ceritanya pergi ke arah yang aku tak dapat nak jangka. Ada bahagian membuat mata aku terbeliak, ada pula yang buat aku rasa mual dan loya. 'Keseraman' buku ini tidaklah terletak hanya kepada lokasi (which its a must thing to have in a horror book), tetapi juga kepada sifat, keimanan dan kelakuan manusia. Buku ini juga mengetengahkan tentang kekeluargaan, persahabatan, cinta dan agama yang aku rasakan dibuat dengan baik. Ini adalah buku pertama yang aku baca dari penulis ni, gaya penulisannya sangat senang untuk masuk dan atmospheric. Penulisan yang detailed membuatkan ceritanya lebih graphic dan seakan-akan senang untuk kita bayangkan apa yang terjadi.
Jelik is definitely not a typical horror book, it's more than that. Giving it 5 stars.
Geram aku sebab ada perkataan bersambung ni. Hahahahahaha
Sebab aku masih tak boleh nak agak apa sebenarnya akan jadi dengan Adam. Apa yang Arshad sembunyikan dari Malina selama ni! Arghhhh! Banyak persoalan yang tak terjawab lagi. Stress aku.
Bape lama plak aku nak tunggu neh.
@ismifaismail tahniah utk JELIK. Ya, tak semua pembaca mampu hadam cara penulisan awak. Mungkin sebab berat. Mungkin sebab diluar kotak pemikiran manusia biasa. Apapun, teruskan menulis!!
Sambung cepat please. Sianlah kat zully.... huhuhuhu
Rasanya tak sampai sebulan aku baca Tragedi, and pufffff here i am again, giving review to another book of hers. Mostly sebab aku suka the way she writes, smooth je, and very hard to sense any typo or grammatical errors. Selain tu, aku suka plot dan idea yang diketengahkan, selalunya rare, and ada unpredictable elements.
Talking about this particular story, tajuk tu kena sangat lah dengan jalan cerita dia. Kadang tu tak habis fikir aku, nak kemurungan pun ada lepas habis baca. Especially yang part muntah dll, part gore², terkesan la di minda suci aku ni. DISTURBING.
Minus 1 � sebab ada lah sikit part² yang cringe, contohnya dari segi penggunaan bahasa antara sesama kembar tu, and sesama best friends mereka jugak. Dia macam girly sikit lah. However, really look forward to read the sequel, need to prepare my soul and mind.
Cerita dia okay je cuma dinamik perhubungan antara Adam-Muhammad-Danish-Raif tu tak natural sikit. Masalah biasa kalau boy's friendship ditulis oleh penulis berbeza jantina. Terlalu "girly" untuk budak budak lelaki yang kononnya nakal berkomunikasi dan buat benda benda macamtu. Unless kalau diorang ni geng lelaki lembut memang macamtu lah kot gaya diorang bercakap dan berkawan.
Novel ni pun banyak ayat penerangan yang panjang-panjangkan yang tak menggerakkan cerita pun. Saya tak tahu lah orang lain tapi saya tak minat sangat macam ni sebab dia macam trick yang selalu penulis-penulis guna kalau nak tebalkan novel lol.
Elemen gore dalam buku ni sangat descriptive, dan bagi kebanyakan orang akan geli dan jijik. Jalan cerita walaupun lebih kurang dengan mana2 cerita seram yang lain, penulis berjaya buat kelainan.
Aku tak boleh relate dengan hidup anak orang kayo sekolah private umur 18 dah pakai Porsche. Elemen gay dalam ni pun aku rasa tak perlu. Mungkin penulis nak tambah flavour dekat cerita dia.
One thing about kak ismi is dia punya penulisan tu mmg gempak like kau mcm masuk ke dlm dunia novel tu , kak ismi bijak dlm menyampaikan creepy atmosphere yg bole buat kau x senang duduk Loveeee terukss
Never read anything from this author before and bought it based on the rating here. Was already struggling before I hit 50 pages. As someone with mild hyperphantasia, some parts made me cringe and had me pausing to just digest what I read.
I can imagine if the twins were girls but these are young adult males so, I had to readjust my imagery of them as those really spoilt/pampered guys. Idk, its just how the dialogues are tough to imagine happening on 18 then 21 years old dudes.
The elements of horror are nothing new. Or maybe I've read too many of them that nothing surprises me anymore. Even reading the most goriest part of this book bore me. I think if I was able to empathised with the characters more, I would've cared about what happened to them :( but till the end, the narrations had left me either cringing or having mixed feelings that I'm just glad this didn’t go into DNF list.
You see, I was ready to know what Arshad wanted to say to Malina.
Only for it be revealed in the second book, huh? Wow. The anticipation you put us through, my dear author :�)
The plot runs fast. Takda yang meleret, which I like. Cuma most of the characters are too nice to each other, for instance, family Arshad ni, lagi-lagi the twins, tak suka discuss apa yang mengacau each of them so they decided to keep it to themselves. Haih, tak boleh la orang macam ni irl hahaha, I would really want them to spit it out right at the moment.
Oh ya, pasal mak Malina (Dorothy), takda closure. I will be sure to look forward for it in the next book. Terutamanya macam mana she got Malina pregnant, and ilmu-ilmu sihir yang moyang dia guna dulu, semua benda tu tak cover habis!! Sampai at one point, aku ingat Ummu tu is Dorothy herself lolz.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Kalau dah jodoh tak kemana itu kata buat Arshad dan Malina. Malina merima kekurangan Arshad yg tdk dapt memberi kan zuriat buat pasangannya slps kemalangan yg menimpa dirinya. Hal itu bkn lah asbab utk Arshad berputus asa. Krna itu lah Arshad menjd seorang doctor utk mencari penawar kecacatannya. Pelbagai iktiar d lakukan dari cara moden hingga lah tradisional.
Rumah agam yg gah sdh berdiri ratusan tahun milik keturunan keluarga Malina. Rumah itu kini di diami oleh ibunya Dorothy. Slps suami Dorothy meninggal dunia, Dorothy menjalankan kegiatan nya sprti dulu. Aneh dan sangat misteri. Dorothy membuat perjanjian dgn demons agar anaknya Malina di kurniakan zuriat dan Arshad tahu akan hal ini tetapi mendiamkannya dari pengetahuan Malina.
Lahirnya Adam dan Muhammad (Ahmad) menjdi penyeri, sinar harapan dan kebahagian buat Arshad dan Malina. Rumah milik mereka tidak lagi sepi. Dgn adanya Ustaz Halim, sedikit sebanyak dpt membantu Arshad dan Malina dgn kejadian2 aneh yg berlaku ke atas Ahmad dan Adam. Ahmad dihantuai dgn mimpi seramnya dan bermacam2 kejadian aneh berlaku dari zaman bangku sekolah rendah hingga lah ke universiti.
Denish dan Raif adalah sahabat suka duka Adam dan Ahmad. Walaupun belajar di lain-lain universiti keakraban mereka tidak pernah kurang. Denish menerima tugasan universiti, projek dokumentarinya perlu di siapkan. Raif, Adam dan Ahmad membantu Denish menyiapkan dokumentari mengenai Kuburan Terapung.
Ratusan tahun ke belakang, Kampung pusara telah di mana letaknya Kuburan Terapung. Kematian 32 lelaki yang teruna secara kejam dlm masa 32 hari, setiap mereka ada angota badan yg hilg. Tidak sempurna. Makam mereka diasingkan dan tdk bernama.
Kuburan terapung yg terletak di tengah2 hutan tebal. Tanah perkuburan itu hanya sebesar padang sekolah dan dikelilingi tasik sprti buatan manusia. Semua itu menjadi misteri. Tapak perkuburan juga tidak di wartakan. 3 hari mereka berada di hutan itu tp terasa lama buat Adam. Adam diganggu oleh sosok yg bertelekung dan berniqab hitam. Seakan org yg alim. Menurut penduduk kg ada 32 jenazah ditanam di sana tp kiraan Adam dan rakannya ada 33
Ada demon yg manggu Adam Ummu Rangda yg ingin menuntut Adam. 6 minggu Adam hilg di bawa Rangda. Adam yg dulu bukan lg Adam yg kembali semula.
Ingin tahu kesudahan cerita boleh la dapatkan Jelik, bacaan ini hanya sesuai untk bacaan dewasa sahaja ada banyak scene yg sgt sensetive.
Author bila buku kedua publish??? Please jgn buat sy menunggu bgtu lama 🤣
TQ
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pernah tak kau ada dalam satu tempoh yang mood membaca kau dah jatuh meleset dekat tanah, tiba-tiba bila pekena satu buku yang best.. Adrenaline kau mencanak-canak naik?
Fuh, terima kasih Kak Ismi buat cerita ni sebab mood kita yang dah berbulan-bulan yillek terus sihat lepas baca Jelik!
Buku ni buat dahi kau berkerut, dada kau berdebar, hati jadi ngilu. Tekak jadi loya. Semua rencah jadi satu.
Adam dan Muhammad, pasangan kembar yang tak disangka akan lahir. Arshad dan Malina of course happy. Akhirnya, mereka punya zuriat sendiri.
Mereka dua beradik sangat rapat. Dan ada kawan yang sama kepala, Danish dan Raif buatkan hidup Adam dengan Muhammad jadi lagi berseri.
Tapi tidak lagi selepas malam itu. Malam terakhir mereka bercamping di tasik berdekatan dengan kawasan Kubur Terapung yang disebut-sebut orang kampung.
Adam hilang tanpa jejak. Dan bila dia kembali, keadaan tidak sama lagi. Sama sekali berbeza. Ada perjanjian yang masih belum dituntut. Ada ikatan yang belum utuh.
Overall, BEST GILA buku ni. Such a mind blowing dan gore ye. Kirah masa baca sampai pegang perut sendiri. Apa yang paling best tu sebab bahasa dia cepat je dapat 'masuk' dengan kita. Very bersahaja dan welcoming. Plus plot dia yang 'gila'. Wow. Just wow.
Cuma part Danish tu Kirah rasa macam a lil bit uncomfortable sikit but hopefully he changes lah nanti.
Dan ada buku kedua??? OMG jenuh nak tunggu keluar ni. KAMI NAK BUKU KEDUA! NAK BUKU KEDUA! 🤣
HIGHLY RECOMMENDED dan for sure, buku ni tak sesuai untuk semua. Dia gore, sensitive dan sangatlah brutal.
Simply one of the best fixi novel that i have ever read.
Kelebihan 1. Jalan cerita yang menarik dan tak bosan. Selalu kalau baca novel, part yang bukan canon scene kita memang akan skip or baca laju2. But not this novel, setiap scene setiap plot memang bagi emosi dan jalan cerita yang menarik. 2. Side character yang strong. Bunga, side character yang sangat penting dalam novel ni. Selalunya kalau watak-watak girlfriend ni sekadar untuk mengisi cerita. Tapi Bunga merupakan character yang kuat dan menjadi penyebab mereka terselamat dalam sesebuah scene. 3. Memecah stereotype. Banyak orang fikir gay je jadi orang yang jauh dari agama or bergelumang dengan dosa. Tapi novel ni menunjukkan realiti yang sebenar. 4. Villain yang sangat kejam dan annoying. Watak Ummu sangat-sangat la scary, annoying dan kejam. Betul-betul buat reader rasa marah. Just imagine hanya sebab dia, keluarga yang bahagia jadi rosak.
Spoiler >>
Kekurangan
1. Romance yang tergantung dan tak kesampaian. Agak rugi dan sayang bila Raif & Danish tak diberi apa-apa scene yang lebih romantik. Semuanya terlalu lambat. 2. Kekeliruan. Mula-mula plot yang lebih selalu diganggu adalah Muhammad. Dekat khemah pun nama Muhammad yang dipetik. Tapi kenapa last-last Ahmad yang kena? 3. Tak ada ending. Terlalu tergantung. Terpaksa tunggu season 2
okla walaupun buku ni ada part yang agak cringe, especially dialog yg digunakan oleh kembar tu. apa jadah umur 16 masih panggil masing2 guna nama?? manja2 tidur satu selimut muka saling menghadap? i kenot brain hahaha
tp ada certain aspect yg unik dalam ni yg buat aku hooked utk habiskan jugak. boleh cakap ni antara buku yg aku berjaya habiskan dalam masa sehari.
also sis ismi fa ismail ni i rasa fans BL (boys love) sebab this WHOLE novel penuh dgn scene g@y innuendo. daripada scene dalam fitting room tu lagi i macam errr amende ni� not saying i hate it tho. kind of menambah rasa pda cerita. this is what we call fan service kot haha. tapi i tak boleh terima la adam dgn muhammad tu pun macam SUS je geli wey adik beradik kembar kot
ada certain part yg i rasa macam tak kena. contoh family malina dgn arshad tu kan mcm kaya. buat bday party siap menari2 bagai. tp parents dia tu kadang2 macam alim? tapi anak drg sxually active?? macam tak kena haha. each characters pun macam tak terperinci. macam dicampak je dalam cerita sekadar sebagai pelakon dalam kisah tersebut. yg nampakla detail sikit si Danish. part adam dgn danish dalam camper van tu kinda meaningful tho i ship both of them tiber
personally, this is the fastest i could finish reading a book� it only took me 3 days to finish this book, SHOWS THAT HOW GREAT THIS BOOK REALLY IS. i havent read fixi for a long time and choosing this book as a new start is just perfect. like THIS is what i expect from reading a fixi novel.
i think takde pape yg i dissapointed ngan buku ni. the susunan plot maybe is messy for some people but for me it is somehow unique cause dia buat i curious more bout what is actually happening. and the climax of this book is SUPER DISGUSTING AND DISTURBING im glad that ive made it through without throwing up... and yeah this book has affected me physically and mentally for like hours WHICH IS GOOD cus it means the writer has successfully delivered the storyline like how its supposed to be to the readers
BUT the only thing im not satisfied is the lack of romance between the queer characters. so mase emotional scenes of them tu dia tak rasa smpai sangat.. im hoping more scenes of them like flashbacks maybe in the second book but overall I APPROVED 🙂↕�
Aku baca dalam office. Lepas habis baca tu aku pandang dinding office sambil fikir "apa benda aku baca ni" dan yang lebih seram, aku baru sedar harini banyak betul masa
Ada sikit WTF moment sebab tak ada hujan tak ada ribut, sekali pelangi. I dont mind pun pasal tu sebab banyak baca buku yang ada side story pelangi ni. Cuma dia cam eh? eh? Towards the end barulah cam ohhhh no wonder.
Tak kisah bab jijik, tapi tak suka part kucing. Apa pun masalah yang berlaku dalam hidup ni ingat, jangan makan kucing
Aku sejenis suka info dumping sebab lagi curious dengan jalan cerita. Cuma dialog budak 16 tahun tu terlalu matang untuk aku. Anak orang kaya memang cakap gitu ke? Kitonya marhaen cannot relate.
Pastu cucuk air zamzam dalam badan. Yang ni cam kelakar sikit. Dah cucuk air zamzam dengan yassin elak hantu tapi buat party and comolot tak rasa terbakar lak. All this while bukan kena hasut setanlah, sebab kau yang setan
Overall 3.8!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku habiskan buku ni dalam 2 hari. Sebenarnya boleh je habis 1 hari tapi sebab terasa seram baca tengah malam, aku sambung baca esoknya tu.
Start seram bila Adam start hilang dalam hutan, bila flashback Dorothy and Ummi datang ke rumah Adam. Bila aku baca part-part ni, wtf siot! Aku tak rasa seram sebab hantu keluar sergah ke apa, tapi sebab the way penulis describe secara details untuk setiap part yang aku highlight tadi.
Dan agak gore towards the end of this book. Tapi aku rasa jijik jugak part Adam makan muntah dengan taik. Ni kalau adapt to live action series or movie cemana gamaknya 😅.
Anyway, cerita ni bersambung to Jelik 2. Ada cliffhanger at the end of this book. Will continue to read Jelik 2.
Good job Ismi 👍 for this story
This entire review has been hidden because of spoilers.
Fuh! Ceritanya memang agak gila sama seperti buku-buku lain oleh penulis. Agak lama rasanya tak baca cerita yang gore seperti ini, segalanya agak terperinci, memang kena dengan amaran cetus di halaman hadapan. Kejelikan pertama dah bikin loya weyh. Walaupun plot awalannya bergerak agak perlahan, macam memang niatnya untuk bagi aku kenal rapat dengan watak Adam dan Muhammad dulu, tak lupa juga watak Danish dan Raif. Makin jelik, gerun dan ngeri bila nak sampai ke penghujung. Mulanya aku ingat Jelik ni akan ada kena mengena dengan Tragedi, tapi ianya tidak. Selesai tiga dari lima, adakah si Putera akan berjaya lengkapi semua?
Cuba tak nak ‘bias� sebab tahu penulisnya Ismi Fa Ismail and then baca review pula ramai kata best, tapi serius cakap buku ni unik and lain dari lain. Ni buku paling best daripada penulis ni selain dari siri JBNI yang saya baca dahulu. Gore and jijik contents dia ada and ada satu momen saya ada rasa mual nak muntah juga baca. Just satu part tu. And ada juga diselitkan topik yang agak controversial (idk how i feel abt it, sebab macam nak disagree jugak). Other than that, such a good read. Can’t wait to read next book!
Let me tell you something ah, novel Kak Ismi never disappointed me. Dari siri yg 7 buku tu pastu trio kunci. I love all of that. Aku suka dengan gaya horror yang kak Ismi tulis. Gaya penceritaan dia. Gaya penulisan dia. Karakter dia. Idea cerita dia. Just perfect you know. Next nak baca Tragedi pulak. I hope one day aku boleh jadi penulis buku yang setanding dengan kak Ismi, or maybe better.... 🌜 Let just hope first.... 😌
Salah satu karya IFI yang sedap dibaca dari awal hingga habis. Perkembangan watak yang baik. Misteri dibina dari awal. Ada unsur seram dan thriller. Pembongkaran di hujung novel sangat baik yang boleh diterima.
Tapi ada sambungan. Rasa macam nak tahu apa penghujungnya.
Watak kembar dan 2 sahabatnya serta Awek memang menarik. Terasa hidup dan dikembangkan dengan baik. Ini juga termasuk ibu dan bapa kembar.
Wow! It is a good read. Sumpah aku tak sangka ya. Sangat khusyuk aku baca dalam masa sehari setengah ni. Aku sukakan twist di akhir & perkembangan karakter Adam disusun dengan sangat teliti. Pun begitu lebih menarik jika ditambah unsur kerasukan berbanding unsur "manipulasi" terhadap Adam. Ending sepertinya aku dapat mengagak apa seterusnya dalam buku kedua nanti. Tak sabar nak tunggu sambungannya. Good job penulis.
Tak sabar nak tunggu buku kedua. Tu je cakap. Setiap babak yang ditulis berjaya menghasilkan gambaran yg betul betul padu. Part Adam melakukan ke JELIK kan yang di suruh Ummu Rangda tu nak berjaya mengeli gelemankan yaaa. Btw search lah pasal Rangda tuuu seram betolll. Tak cukup bintang lah nak bagi. Lama tak baca buku seseram ini.