Qawl Fi Al-Tajdid karya Shaykh Dr Hasan al-Shafie hafizahuLlah
Perbincangan seputar tajdid, pembaharuan, reformasi, rennovation (menurut Shaykh Hamza Yusuf) dan sebagainya amat popular dalam kalangan ulama鈥� dan intelektual muslim, khususnya di dunia Arab. Ramai cendekiawan yang berbicara tentangnya dan masing-masing mempunyai idea tersendiri with their own baggage.
Shaykh Hasan yang merupakan ulama senior di Al-Azhar, juga menekuni secara serius wacana Tajdid. Hal ini tidak asing bagi mereka yang mengikuti tulisan dan sharahannya. Dalam karyanya ini, beliau menceritakan konsep Tajdid menurutnya, aplikasi Tajdid yang pernah dilakukan oleh beberapa ilmuwan semisal Shaykh Muhammad Abduh rahimahuLlah, dan di tempat lain seperti di Pakistan, kritikannya terhadap model tajdid yang lain seperti kaedah historicism, hermeneutics, genderism dalam memahami Islam dan punca kegagalan model tajdid. Pada waktu yang sama, beliau menggariskan rukun-rukun tajdid serta kriteria yang wajib dipenuhi oleh seorang ilmuwan bagi menjayakan tajdid yang sebenar selari dengan Hadith Baginda 锓� yang masyhur berkenaan hal ini.
Dapat disimpulkan daripada buku ini, kejayaan Tajdid hanya dapat dimulakan dan dijayakan melalui pendidikan dahulu. Pendidikan yang melahirkan insan mujtahid yang sebenar. Bukannya ber鈥檌jtihad鈥� namun melanggar tsawabit2 dalam Islam.
Menurut Shaykh, 岣峚wabit ijtihad dan tajdid dalam Islam ialah (1) bersetuju dengan sumber-sumber dan asas penshari鈥檃tan Islam seperti konsep wahyu atau konsep dalil menurut Usul Fiqh, (2) mematuhi kaedah Bahasa Arab - menurut dilalahnya sebenar, bukannya menurut terjemahan moden semata-mata -dalam memahami nas-nas agama, (3) mengeluarkan hukum menurut qawa鈥檌d fiqhiyyah dengan betul, (4) tidak berpegang dengan satu nas sahaja serta melupakan nas yang lain tentang sesuatu hal, dan (5) memahami masalah dan realiti masakini yang sentiasa berubah-ubah.
P/s: menikmati hari off day selepas penat oncall malam semalam.