Menghuraikan tentang peristiwa,amalan dan juga beberapa perbahasan tentang bulan sya'ban.
Antara peristiwa yang berlaku,peralihan kiblat dari Baitul Maqdis di Palestin ke Ka鈥檅ah di Mekah.Rasulullah menunggu dengan penuh harap agar kiblat segera berpindah,setiap hari Rasulullah berdiri seraya memandang ke langit, menanti turunnya wahyu hingga Allah kabulkan dan diturunkannya surah Albaqarah ayat 144.
Galakan berpuasa di bulan sya'ban.Perlu bermula awal,jangan hanya pada 15 sya'ban sahaja.Dan pada hari itu diangkat laporan amalan perbuatan manusia.
Dari Usamah bin Zaid ra berkata 鈥淲ahai Rasulullah aku belum pernah melihat engkau berpuasa sebagaimana engakau berpuasa di bulan Sya鈥檅an!鈥� Nabi SAW bersabda 鈥淚tulah bulan yang manusia lalai darinya antara Rajab dan Ramadhan. Dan merupakan bulan yang di dalamnya diangkat amalan-amalan kepada rabbul 鈥榓lamin. Dan saya suka untuk diangkat amalan saya sedangkan saya dalam keadaan berpuasa.鈥�
Bulannya untuk memperbanyak selawat kepada Nabi Muhammad.Pada bulan inilah turun surat Al-Ahzab ayat 56.Ayat selalu dibacakan sebelum khutbah jumaat oleh bilal.
"Sesungguhnya Allah dan Malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya鈥�
Kelebihan malam nisfu Sya鈥檅an Dari Muaz bin Jabal ra, Rasulullah saw bersabda:鈥滽etika datang malam nisfu Sya鈥檅an, Allah memperhatikan semua hambaNya, lalu Allah memberikan ampunan kepada orang-orang beriman kecuali mereka menyekutukan Allah dan bermusuhan鈥�
Kita akan mendapat keampunan daripada Allah dengan syarat hindarilah dari dosa-dosa besar seperti syirik,mengadu domba(bermusuhan),dan dosa-dosa yang lain.Tetaplah dosa-dosa ini perlu dihindari setiap masa.Bukan hanya pada malam nisfu sya'ban sahaja.
Dibincangkan juga tentang amalan-amalan di bulan sya'ban.Ada yang tiada sandaran nas syarie dan ada juga bersandarkan nas syarie dan prinsip syara'.
Dalam isu baca yassin 3 kali,bacalah dengan ikhlas kerana Allah dan berharap hajat kita dimakbulkan oleh Allah.Namun pesan Al-Allamah penulis janganlah disandarkan amalan itu kepada syariat dan mengkhususkannya di bulan sya'ban semata-mata.Dalam erti lain,nak buat sila,tak buat tak mengapa.Yang penting ada ibadah yang kita buat.Apa sahaja amalan baik dan ibadah yang dilakukan tetaplah ditulis satu kebaikan.
Kesimpulannya, beribadahlah dengan puasa,solat,zikir,selawat,baca al-quran hanya semata-mata kerana Allah.Kemudian disertakan juga beberapa hakat-hajat kita seperti dihindari waba,dibuka pintu kebaikan.Tetaplah Allah itu suka hambanya beribadah dan meminta kepadanya.Janganlah kita sibuk bertengkar amalan sehingga lupa untuk beramal.