Segala impian anda akan tercapai..... walau dengan apa cara sekalipun!
Itulah janji Syarikat Impiana Sdn Bhd yang mampu merealisasikan setiap impian...dalam masa 3 bulan! Mahu menjadi kaya, cantik, kurus, putih dan segala macam impian mampu dilaksanakan oleh Syarikat Impiana Sdn Bhd. Tiada risiko dan tiada penipuan. Daftarlah sekarang juga! Syarikat Impiana adalah sebuah syarikat yang merealisasikan impian pelanggan mereka dengan apa cara sekalipun. Tanpa menyedari risiko yang terpaksa mereka tanggung, Shasha, Linda, Nana dan Fahrin; rakan sekolah yang bertemu semula selepas 10 tahun, secara berasingan mendaftar diri untuk memenuhi impian mereka di Syarikat Impiana selepas melihat perubahan rakan mereka, Mimi Monira yang kini langsing sedangkan dahulu sangat gemuk dan menjadi mangsa buli.
Suatu kelainan - dari segi pengolahan cerita. Sebuah thriller, tulisan Ain Maisarah memang berlainan barangkali target audience adalah untuk golonga remaja/young adult.
Impiana berkisar sebuah syarikat Impiana yang mampu merealisasikan impian seseorang dalam masa 3 bulan walau apapun caranya! Ingin kaya, ingin popular, ingin berhenti merokok, ingin cantik? Katakan apa sahaja impian anda, Impiana mampu melaksanakannya.
Apabila dikatakan apa jua caranya, maka Impiana sanggup menggunakan pelbagai cara asalkan matlamatnya tercapai walaupun caranya berlawanan dengan etika dan norma kehidupan. Watak-watak dalam Impiana terdiri dari bekas pelajar Sekolah Seri Bangsar seperti Linda, Nana, Fahrin, Mimi Monira, Farah.
Plot cerita mendebarkan, penuh dengan unsur kejutan yang tidak dijangka, malahan pengakhiran cerita dibiarkan tergantung!
rawr 🦖 berjaya dihabiskan dalam masa tiga jam saja hoho 🤭 serious kak ain maisarah ini apa je tak boleh buat? semua genre dia balun haiya 😔☝� tapi i loike - reading it back in 2024 makes my innerchild excited 🤭 i really loved this series hehe auto teringat zaman sekolah rendah kita.
impiana membawa kisah sebuah syarikat yang dikenali sebagai syarikat impiana yang mampu merealisasikan apa sahaja impian anda dengan apa saja cara. ingat ! apa saja cara ye � tak kira baik atau buruk. pertemuan semula bersama mimi monira badak air (read aku mahu buli for more info siapa mimi ni) di reunion smk sri bangsar membuatkan semua terkejut bagaimana mimi yang sebesar badak air sekarang langsing seperti viola? okaylah in 2024 ni selangsing idol kpop ah hihi. lantas, mimi memberi kad syarikat impiana. katanya syarikat ini yang membantu merealisasikan impiannya. namun, shasha, linda, nana, paie dan fahrin tidak tahu .. ada kesannya sebaik sahaja anda memilih untuk memasuki jerat syarikat impiana. jeng jeng jeng 🤑
────୨ৎ──── ────୨ৎ──── ────୨ৎ───
aaaaa - serious takut okay ! like how can orang boleh terpedaya dengan syarikat yang tah mana jumpa pastu claim boleh realisasikan impian kita? nyah - tuhan je boleh nyah. Allah SWT je yang boleh aduh 🤷🏼♀� dah macam geng makcik pakcik kena scam dalam group ASNB TRADING TELEGRAM PULAK. anyways, suspense tu ada. seram ada. creepy pun ada. pendek kata cukup rencahnya mak lurve 🫦💅🏻 apa yang mak tak lurve kalau korang tak baca buku ni muah bye
Oh... mengimbau kembali kenangan bacaan Impiana sepuluh tahun yang lepas. Masih lagi berbisa sisa kekuatan cerita. Cerita bertema *thriller* yang pertama-tama dibaca sebelum berjumpa dengan Fixi, memang terkenang-kenang kejahatan Syarikat Impiana sehingga kini.
*meneruskan bacaan buku kedua* *masih berpendapat buku ni tak sesuai untuk bacaan budak sekolah*
Ada ke manusia bermulut puaka macam Zana dan Puan Liza tu ya? Geram betul aku nak tolong cilikan muka mereka sebab Nana pasif dan patuh tak menahan!!!!
Saya diberitahu novel ini merupakan novel dewasa dan berbeza dengan novel remaja lain yang ditulis oleh Ain Maisarah. Lama berada dalam simpanan kerana saya tiada buku sambungannya iaitu Impiana 2, Impiana 3 dan Impiana Finale.
Ternyata berbeza walaupun menggunakan watak yang sama.
Cerita bermula dengan pertemuan semula alumni SMK Seri Bangsar selepas 10 tahun meninggalkan alam persekolahan.
Sesi perkenalan ringkas menemukan mereka dengan pelbagai cerita kehidupan masing - masing. Paling menarik apabila rakan mereka, Mini Monira Badak Air yang dahulunya pelajar paling gemuk di sekolah kini tampil anggun dengan sekitar 45kg dan bekerja sebagai pramugari.
Kejayaannya menurunkan berat badan menggunakan khidmat Syarikat Impiana menjentik rasa mahu mencuba pada diri Shasha. Dia yang dahulunya sangat popular sebagai pelajar yang paling cantik dan anggun, kini tidak lagi dengan berat 97kg dan kuat makan.
Shasha menjadi orang pertama mendaftar dengan Syarikat Impiana ini selepas pertemuan malam itu. "Tagline" syarikat - Segala impian anda akan tercapai. .. Walau dengan apa cara sekalipun! Kami mampu merealisasikannya! berjaya menarik minatnya dan impiannya untuk kembali kepada berat badan 50kg dalam masa 3 bulan diharap tercapai.
Kemudian diikuti dengan Nana, Linda, Fahrin dan Pai'e. Masing - masing dengan impian mereka yang mahu dicapai dalam masa 3 bulan.
Tanpa sedar mereka semua termasuk ke dalam perangkap permainan yang kejam dan dahsyat hasil percaturan Syarikat Impiana.
Misalnya Shasha mendapat tiket percutian ke Bali selama sebulan dan mendapat rawatan kecantikan dan spa di sana. Ketika di dalam penerbangan, dia berbual dengan teman sepenerbangannya bernama Fadzly sehinggalah ketika turun di lapangan terbang, Shasha ditahan kerana disyaki membawa senjata berbahaya dan bahan terlarang.
Shasha ditahan selama sebulan di penjara dan terpaksa melakukan aktiviti rutin banduan seperti berkebun dan terpaksa memakan hidangan penjara yang tidak sedap. Selepas sebulan barulah Shasha berjaya pulang ke Malaysia. Itu pun kerana dijemput oleh ibunya yang dihubungi oleh pihak syarikat.
Banyak kejadian pelik dan kejam yang berlaku dalam masa 3 bulan dan adakalanya sangat mengancam nyawa dan keselamatan kaum keluarga Shasha.
Kejadian yang sama berlaku kepada rakan-rakan mereka yang lain dan perkara ini cepat disedari oleh Shasha dan bertindak untuk menghalang dan menyelamatkan rakan-rakannya.
Ya, memang benar semua impian mereka tercapai tetapi melalui pelbagai cara yang menekan jiwa sehingga ada yang tidak masuk akal dan mengorbankan nyawa.
Mereka menemui Mimi Monira dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ini adalah balasan dendam Mimi kepada mereka semua yang pernah membulinya dengan teruk 10 tahun dahulu.
Debaran semakin terasa. Namun kisah seterusnya bersambung dalam novel berikut ^_^;
Moralnya, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Jika mahukan perubahan perlulah mengikut kemampuan diri dan tidak bertindak melampaui batas. Mahu buat sesuatu perlu dengan ilmu, akal fikiran yang waras dan perlu berada di atas landasan agama.
Saya ingatkan ini kisah remaja yang gila-gila dengan pelbagai kerenah melayari hidup. Langsung tak sangka di sebalik keseronokan dan kecomelan mereka, terselit unsur thriller. Tak senang duduk juga saya bermula dengan kes Lily milik Syasha direntung dalam oven. Best la cerita ni. Terpaksa baca kisah seterusnya huhu
Karya pertama penulis ini yang saya baca hasil racun kawan-kawan BTL, Menarik itu yang dapat saya simpulkan di akhir pembacaan. Walaupun karya sebelum ni saya tak pernah baca tapi hasil olahan penulis yang menyelitkan flashback membuatkan saya memahami jalan cerita dengan baik.
Mengisahkan majlis reunion bekas-bekas pelajar sekolah menengah Sri Bangsar yang mengumpulkan kembali nostalgia semasa dalam persekolahan. Sekarang masing-masing dah punya kerjaya dan yang paling menjadi perhatian adalah penampilan masing yang dah banyak berubah terutama Mimi Monira. Disamping masing-masing memperkenalkan diri dan bertanya khabar. Disinilah mereka diperkenalkan dengan Syarikat Impiana Sdn Bhd, syarikat yang menunaikan impian sesiapa yang mendaftarkan diri dalam masa 3 bulan. Moto nya : SEGALA IMPIAN ANDA AKAN DICAPAI WALAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN. Disinilah kisah sebenarnya bermula, impian Shasha yang mempunyai berat badan 97kg ingin menjadikan 45kg dalam masa 3 bulan. Namun disebalik janji untuk merealisasikan impian, cara yang digunakan tak sempat terpikir dek akal mereka. yang akhirnya membawa kepada penderitaan.
Dulu zaman sekolah rendah memang baca novel melayu, memang banyak lah I simpan tapi as i grew older i tak baca dah so i end up gave all of my malay novels away, i sekarang kumpul english books je BUT this series is the only malay novels yg i simpan. I love it when i was 10 and i still love it now at 24. IT IS THAT GOOD!!
sambungan tentang kehidupan 7 anak gadis yang kaya raya yang telah dewasa . cerita ini sambungan daripada AKU MAHU ... Mereka telah banyak berubah dan ada yang sudah beranak pinak seperti Farah .
Saya baca untuk main-main atau mungkin lagi tepat; baca hanya untuk mengenang zaman sekolah dulu. But things took an unexpected turn at 40%. The plot stirrings led to something intense that I was in dire need of digging deeper into the tricks between the lines. Seriously, I got goosebumps because was this marketed as a remaja/YA novel?! Wow it felt like stretching the fact.
Kisah bermula dengan Shasha, kemudian disambung lagi dengan watak-watak yang tak disangka akan jadi peneraju utama dalam misi Impiana. Ini semua angkara daripada majlis reunion pelajar Sekolah Sri Bangsar. Saya fikir oh ni saja nak menggamit kenangan kan tapi selepas selak punya selak, tekaan saya ternyata silap. Pertemuaan mereka membuka lembaran baru dalam permainan licik organisasi yang dikatakan boleh merealisasikan dalam semua impian. Habis masing-masing hampir terjeruk!
Shasha yang mahu kurus. Fahrin yang mahu berhenti merokok. Nana yang mahu menandingi Zana. Linda yang inginkan kemewahan.
Memang agak ramai watak diperkenalkan untuk buku yang ketebalannya 376 muka surat (tak tebal mana pun) tapi jalan cerita tak serabut. Tersusun cantik dari POV ke POV lain. Saya boleh baca dalam keadaan tak stres 😂😂 dan mereka pun saya dah 'kenal lama' jadi bila baca terus ingat tak perlu beria patah balik ke belakang nak refresh segala benda.
Overall, this was quite a mental leap journey. Worth all the hype. There were scenes that felt illogical & comically done but let's just take that for granted ok?
To be fair, it undoubtedly much better compared to a particular book I read last month which had a pretty similar premise � only to end in massive disappointment. But thank God, Impiana came to the rescue!! Looking forward to continuing this series. Dahlah terbit tahun 2007, telah dikemaskini and still buku kak Ain Maisarah memang best laaaaaa 👍
*Friendly reminder: Pembaca yang boleh relate dengan situasi Shasha-Nana-Mimi mungkin akan trigger dengan sesetengah perkataan yang bagi saya, ditulis sangat terang-terangan. Please read with caution as the words contain overt insults to such an extent.
Short Summary: Cerita ini dimulakan dengan Shasha yang tidak tahu nak pakai baju apa untuk menghadiri majlis reunion SMK Sri Bangsar. Bukan kerana tidak ada duit atau tiada baju mahal yang kena taste dia, tapi kerana Shasha yang sekarang bukannya seperti Shasha yang memiliki pinggang ramping bak model. Dia kini sudah menjadi sebesar tong dram. Bila sampai sahaja di majlis, dia berjumpa semula dengan semua kawan-kawan lamanya. Ada yang berjaya, ada yang sudah berkahwin dan memiliki anak tapi apa yang mengejutkan adalah si Mimi Monira Badak Air kini telah berubah menjadi Mimi Monira Pinggang Kerengga. Mimi Monira yang dulunya disamakan seperti anak gajah kini telah menjadi pramugari cantik dan kurus kering. Mahu nak terbalik dunia Shasha bila melihat semua itu. Bila ditanya rahsia kurus Mimi Monira, dia beritahu ini berkat satu syarikat bernama Impiana yang mampu tunaikan apa jua impian pelanggan. Bila dia daftar sebagai ahli, dia tidak tahu rupanya itu satu perangkap dan dia telah masuk ke dalam dunia gelap dan misteri. Bermacam-macam cara digunakan oleh syarikat tersebut untuk pastikan Shasha tidak melanggar pantang larang untuk menjadi kurus. Rupanya bukan Shasha sahaja, kawan-kawannya, Fahrin, Linda dan Nana juga telah mendaftar. Akibat daripada itu, mereka ditimpa nasib malang walaupun impian mereka tercapai.
Isu tamak, isu pilih kasih sesama adik-beradik, isu tanggungjawab sambil lewa, isu rokok, isu ukur baju di badan sendiri, macam-macam lagi.
Tapi isu paling utama dalam novel jilid satu adalah: Meminta impian melalui buatan manusia berbanding Tuhan.
Saya kagum dengan penulis. Susah kot nak gerakkan cerita tujuh watak sekaligus! Semuanya lancar, tak tersangkut-sangkut pula tu. Fehh..
Saya paling terkedu dengan plot twist Fahrin dan Linda. Plot twist yang tersangat dahsyat, tapi cukup sedarkan saya yang segala impian yang kita hajati, selayaknya minta hajat itu kepada Tuhan. Tapi kena semak juga segala impian yang kita mahu, adakah itu impian itu kerana nafsu atau kerana benar-benar mahu jadi yg lebih baik berbanding sebelumnya.
Lama sudah saya membaca siri ni tapi kembali membaca setelah ini telah berjumpa penamatnya.
Kini Impiana didatangi dengan kulit buku yang baru dan telah dikemaskini. Saya beli online dengan penulis dengan harga Rm160 termasuk postage. Kalau nak dapatkanya linknya ada di Tiktok kak Ain.
Lengkap 5 buah buku, novel comel, surat the Wannababes.
Bole tengok blog saya untuk beli dari link website
Done baca Impiana I semalam 💃🏼� Geram je ek baca second half of the book, laju dan exciting betul. Saje nak refresh memory pasal apa yang Syarikat Impiana buat untuk merealisasikan impian Shasha, Nana, Linda dan Fahrin. Semalam sebab excited sangat, terus cerita pasal kisah diorang kat husb. Tapi berhenti sampai part Linda kejap sebab rasa macam dah habis air liur bercakap 😂 Tak sabar nak baca sambungan dia!
REVAMP VERSION Lama dah tak reread buku ni, last baca waktu sekolah menengah dulu. Sekarang baca balik revamp ver tahun 2024, sumpah tak ingat langsung betapa INTENSEnya certain scenes dalam ni. SO GOOD.