Mendaftar perkhidmatan Syarikat Impiana Sdn. Bhd. sangat mudah. Pastikan anda memiliki RM7000 dan semuanya di hujung jari. Tiga bulan tempoh perkhidmatan. Itu perjanjian yang akan dipatuhi Syarikat Impiana Sdn. Bhd. Tidak kurang mahupun lebih biarpun sedikit.
Tiga bulan yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi mendebarkan, menakutkan dan mengerikan.
Menyesal? Hendak Tarik diri? Tidak semudah itu�.
impiana 2 pula membawa kisah Nana, Paie dan Fahrin dalam menyelesaikan misi impian mereka di bawah Syarikat Impiana. Nana kini di Penjara Sungai Buloh akibat impiannya ingin mempunyai aset lebih dari kakaknya, Zana. Paie yang hilang setelah ingin mengecapi kepopularan setaraf Mawi dan Fahrin yang masih menjalani kehidupan sebagai pesakit di Hospital Permai. namun, Fasha selaku ketua The Wannababes berjanji akan membantu menyelesaikan masalah ini dengan bantuan Amir, perisik IT. mampukah Fasha dan Amir menumpaskan operandi Syarikat Impiana? selamatkan semua rakan-rakan yang telah berdaftar di bawah syarikat ini?
okay buku kedua sumpah tak mengecewakan. ha selalunya buku next dalam series kalau tak best mesti bosan sampai tahap nak hantuk kepala dekat dinding kan? tapi tidak bagi siri ni. serious best !! suspense ??? banyak gila like rasa macam tak percaya apa yang kita baca ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ tolonglah sesiapa tangkap syarikat impiana ni geram aku haiya
Aish. . Sudah dua kali tamatkan bacaan dua novel Impiana pada waktu tengah malam. Seram pula rasanya. Err. .. ulasannya menyusul kemudian.. :)
+++
Bismillahirrahmanirrahim.
Buku ini adalah siri kedua dalam siri Impiana (Saya baca versi edisi kemas kini). Penulis bijak mengadun cerita. Jika terlepas membaca siri 1 masih dapat mengetahui apa yang telah berlaku sebelum ini.
Kali ini watak Amir, abang kepada Ina (sahabat baik Farah) banyak mendominasi tempat. Tanpa disangka, Fasha pulang dari London bertemu semua rakan The Wannabes dan beberapa rakan rapat.
Pertemuan semula di rumah Fasha rupanya ingin membincangkan mengenai dendam Mimi Monira Badak Air yang telah mengena 5 orang daripada mereka. Kali ini Pai'e pula tertunai impiannya menjadi lebih popular daripada Mawi.
Apa yang paling mengejutkan sebenarnya Fasha telah berubah imej dengan menutup aurat :) Siapa sangka ya, ketua The Wannabes yang sombong dan berlagak itu sudah berubah.
Hmm..demi menyelamatkan Fahrin daripada ditahan sebagai pesakit mental selama - lamanya dan menahan Pai'e lebih popular dari Mawi, Fasha mendaftar dua impian dengan Syarikat Impiana. Kali ini Amir rela membantu. Dalam diam, Amir ialah seorang pegawai perisikan yang telah lama menyiasat operasi Syarikat Impiana.
Nama pun bersiri. ...saspens belum berakhir lagi. Huwaa...
Moralnya kita seharusnya berbuat baik dengan semua orang tidak kira rupa paras, pangkat dan kejayaan. Doa orang yang di zaimi makbul. Namun dendam yang di simpan sebenarnya lebih memakan diri. Cukuplah kita bersyukur dengan apa yang ada kerana bersikap berlebih-lebihan boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. Wallahualam.
Sekali mendaftar, selamanya terikat dengan janji mati. Syarikat Impiana Sdn. Shd. kembali menghantu!
Kali ini kisah impian bersambung lagi. Pai'e mahu jadi sepopular Mawi. Nana pula mahu dilimpahan kekayaan duniawi. Fahrin terperangkap selamanya dalam impian sebelum ini.
Shasha yang sudah terkena mengingatkan berkali-kali, Syarikat Impiana tidak akan berhenti, Selagi impian tidak dikecapi, Selagi tempoh perjalanan 3 bulan masih belum berlalu pergi.
Tanpa disangka, The Wannababes bergabung kembali, cuba meleraikan segala misteri, Cuba menghalang impian daripada merosakkan diri, tetapi laluan berliku dan merbahaya sekali.
Dapatkah Nana menyelamatkan diri? Dapatkah Pai'e keluar dari kepompong perangkap populariti? Dan apa pula nasib Fahrin kali ini? Dapatkah kembali ke pangkuan Farah si isteri tercinta? Ketahui segala-galanya dalam Impiana II ini!
Impiana yang pertama rasa saya lebih mendebarkan. Siri kedua ini semacam agak gambar. Mungkin juga sebab kita tahu ada sambungan. Perubahan Fasha sesuatu yang agak memeranjatkan. Jodoh Fahrin-Farah juga bagi saya tak disangka. Okay kena sambung baca bukunya
Seorang demi seorang mendaftar untuk menyertai program Syarikat Impiana walaupun diberi amaran oleh Shasha,Syarikat Impiana tidak akan berhenti, Selagi impian tidak dikecapi, Selagi tempoh perjalanan 3 bulan masih berjalan..... bertambah debaran dengan sambungan kisah kisah yang diolah dengan baik oleh penulis ini
Basically follows the aftermath of the first book, where Linda ended up blind and Fahrin is in the mental hospital.
My feelings for this book is like my feelings towards
The writing is simple like Finding Audrey as well, so maybe it's YA-ish.
Literally nothing happens in this book. for me, anyways.
So storynya camni, dalam buku ni I think main event nya adalah Fasha, the Queen Bee of The Wannababes, is coming back to Malaysia, from London. And thanks to the return of the Queen Bee, a gathering of The Wannababes has been made including the guys they used to hang out with; Tengku Affin, Pai'e.
But buku ni pon fokus and bagi jugak insight for Amir, abang Ina, etc.
Basically, Amir cannot move on from Farah but right towards the end of this book, he's starting to develop feelings for one of the characters. Cahaya harapan untuk move on.
2 stars? why? because the story about Amir being emo and can't move on is a tad bit redundant, repetitive and unnecessary and ohmygod it went on for about more than 100 pages.
also, Farah is supposed to be this Muslimah girl type. Pakai tudung tutup dada, baju labuh, etc. but as an avid reader of Islamic novels, I got a bit biased when I found out that even though she's 'Islamic', she was in a relationship with Amir for 4 years.
newsflash, girlfriend; kapel/couple = haram (based on the Islamic books I read, anyway).
Aku bukannya nak cakap yg meybe pompuan ni x cukup didikan n bimbingan but I'll just say yang Farah ni x cukup didikan n bimbingan. P.s: aku punya biggest turn off is when a girl is islamic, tudung labuh, pakai purdah, but ikhtilat x jaga.
Adalah stuffs happening kat bahagian penghujung tu but Lord, my relationship with the book is something I would consider as a 'forced' relationship. Basically, I lost my patience so last-last, I skimmed/speedread it.
2 more books to go. thats right, , I'm still giving these series a chance !
Kali ini untuk buku yang ke-dua, Impiana tampil dengan sambungan kisah hidup Shasha, Linda, Fahrin/Farah dan juga Nana. Tapi kali ini, Fasha kembali ke Malaysia untuk membantu mereka semua.
Boleh dibaca tanpa membaca siri pertama tapi kurang penghayatan la sikit. Best! Siri misteri syarikat impiana yang menjanjikan impian jadi nyata kepada semua . Walau dengan apa cara sekalipun. True to their words, they would do almost anything , killed, torture, defamation ways to make sure their clients wishes come true. Dah la kena bayar rm7k lepastu kena tahan seksa lagi . Trauma seumur hidup .
Buku kedua lebih santai dan ditulis lebih kelakar berbanding buku satu yang serius. Bahasa yang diguna juga tak terlalu formal dan terlalu kebudak-budakan. Terdapat perjumpaan semula ketujuh-tujuh ahli The Wannababes yang exciting tapi sedih~ Lebih berfokus kepada penyelesaian mematikan modus operandi Syarikat Impiana dengan bantuan Fasharina yang sudah pulang ke Malaysia!!
*Drama air mata dengan Farah dan Fahrin pula kali ni :')*
REVAMP VERSION: A good continuation after the first book - how Impiana affected the characters. Suka part reunion The Wannababes dan Farah & Fahrin are so cutee and sweet together!! Ending buku ni juga sangat kelakar! Tapi saya rasa macam cerita Impiana seolah dah boleh tamat di sini dan boleh terus skip ke buku ke-4
Fasha sangat, sangat bersinar bling-bling dalam siri kedua ni. Aaaaaaaa. Tak pasti sama ada saya aje yang rasa Impiana ll agak banyak babak kelakar. Impiana l sangat serius. Baguslah tu, menyeimbangkan suasana. Cuma tak suka dengan perangai Amir untuk novel kedua ni. Hahaha! Tapi Fahrin - Farah tu, Ya Allahhhhhhh nak teriakkk.
Buku ke-2 masih lagi mengekalkan situasi yang kecoh, kalut dan over the top thrill.
Awal cerita meleret sikit dengan kemunculan kisah Amir tak move on dengan Farah yang dah jadi isteri orang. Saya duk peghati ni tapi yang bagusnya Amir dah ada gaya berpaling arah di hujung cerita. Haaa kan elok perangai.
I went blind tanpa baca blurb (versi yang terkini ok, book description on GR agak spoil nasib baik tak baca 🙂) jadi saya tertunggu-tunggu apa yang jadi pada Pai'e dan siapa lagi yang akan muncul untuk huru-harakan ATAU selamatkan keadaan. My most awaiting scene semasa ahli The Wannababes semua ada dan diorang duduk satu table dengan Ina, Farah, Pai'e, Amir & Tengku Affin. Bergegar dunia tak tengok kiri kanan. Diorang gelak saya pun ikut gelak sekali!
Dalam perbualan diorang, ada benda yang saya suka.
"Stop snickering and laughing at other people."
"Hei, tolonglah! Janganlah sebab awak dah bertudung, awak nak suruh semua orang jadi baik juga!"
"[Redacted]! Tak baik awak cakap begitu! Awak tak faham situasi sebenar!"
"Apa yang saya tak faham? Apa yang saya nampak adalah salah seorang ahli The Wannababes dah bertaubat. Jadi sekarang dia rasa dirinya lebih mulia daripada kita semua. Macamlah kita ni berdosa semata-mata!"
Yes this is the core or I may say, a harsh truth. Watak-watak itu semua dulunya pembuli memang patut pun some of them sengsara.
Peleraian agak laju berdesup tapi diselamatkan dengan plot twist di epilog. Maksudnya tak boleh santai, relaks sampai situ je sebab kisah akan bersambung lagi.......??