"Berilmu sahaja, walaupun bagaimana mahirnya dalam suatu jurusan, belum tentu berharga, belum tentu akan beroleh kejayaan dalam hidup, kalau sekiranya bahan peribadi yang lain tidak lengkap atau tidak kuat, terutama budi dan akhlak!"
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.
Dalam buku ini, Buya HAMKA sekali lagi mengajar erti kehidupan kepada pembaca. Dengan mesej-mesej yang berjiwa besar, lenggok bahasa yang tersusun cantik serta petikan kata-kata daripada tokoh besar falsafah dan sastera seperti Tolstoy, Goethe, Dickens dan Schopenhauer hinggalah kepada tokoh politik seperti Soekarno, Zaghloul Pasha dan Gandhi, maka tidak hairanlah gelombang wacana pemikirannya begitu subur hatta terdapat kajian berkenaan rujukan-rujukan Barat yang digunakan oleh beliau dalam penulisan.
Antara cetusan idea yang menarik dalam buku ini ialah pentingnya seseorang individu untuk mencipta identiti sendiri. Antara petikan yang menarik,
"Selamilah sedalam-dalamnya fikiran orang lain dalam buku orang lain, agar kita dapat membanding dan mencari siapa diri kita sendiri. "Telan" kitab yang banyak itu semuanya, lalu saring atau jadikan pupuk untuk menyuburkan diri sendiri dengan bentuk sendiri.
Rousseau berkata, "Saya tidak serupa dengan orang lain, meskipun saya tidak mengaku sayalah yang lebih bagus!"
Secara keseluruhan, penulis menggariskan beberapa karakteristik penting bagi setiap individu dalam membentuk peribadi yang hebat. Mungkin bunyinya nampak biasa tetapi istimewanya penulisan beliau adalah pada cara kupasnya yang lain daripada yang lain.
Ayat-ayat al-Quran dan hadis misalnya tidak disampaikan secara terus tetapi digubah ayatnya dengan bahasa masyarakat sehinggakan ia tidak nampak seakan-akan petikan satu persatu perkataan yang diambil. Contoh ayat al-Quran yang disampaikan ialah mengenai analogi mirage/fatamorgana (wa allazina kafaru a‘maluhum ka sarabim biqi’ah yahsabuhu az-zom'anu ma'an hatta iza ja'ahu lam yajidhu syai'a) yang terdapat dalam surah an-Nur dan hadis berkenaan burung yang keluar awal pagi dan pulang petang kekenyangan (taghdu himason wa taruhu bitona) yang terdapat dalam Riyadh as-Salihin dan hadis jadilah tahi lalat di tengah-tengah masyarakat apabila penulis ingin mengajak pembaca mempamerkan identiti yang kemas di tengah-tengah masyarakat.
Seperti biasa, agak susah untuk mengetahui sumber bahan bacaan beliau kerana memang tidak ditulis bibliografinya pada penghujung buku. Apa-apapun ia tetap bahan bacaan yang sangat bagus untuk mengubah cara fikir!
“Jangankan kehidupan peribadi orang besar di dunia, kehidupan nabi-nabi pun dipengaruhi oleh jiwa halus perempuan. Tentu saja dengan erti yang suci. Adam dan hawa, Yusuf dengan Zulaikha, Isa anak Maryam meskipun tidak sampai menikah tetapi perempuan yang mencintai dia tetap ada.
Maria Magdalena, awalnya adalah perempuan jahat, kemudian menjadi perempuan yang suci kerana mencintai Isa. Muhammad, saat muda pertumbuhan peribadinya terpengaruh oleh isterinya, Khadijah dan pada waktu usia tua terpengaruh oleh isterinya, Aisyah.�
“Oleh kerana itu, janganlah tuan hambarkan hidup tuan dengan tidak memiliki perempuan. Jika tuan membawanya kepada erti yang baik, tentulah hasilnya akan besar membentuk peribadi yang kuat.�
di buku ini buya hamka ga cuma ngasih konsep... beliau baaaannyyaaakkk ngasih contoh pribadi-pribadi hebat lain.. muslim dan non muslim (yang membuat gw menyimpulkan bahwa buya itu open mind bgt).. selain mengenal diri sendiri, tentunya jadi pribadi hebat diawali dengan terbukanya hati dan pikiran, mau dan bersedia sepenuh hati terinspirasi dari orang lain.. setidaknya itu yang gw tangkap dalam penyampaian buya..
ada serangkaian paragraf yang bikin gw bergidik saat membacanya:
"Dalam agama ini seumpama kita lahir dua kali, kelahiran pertama yaitu kita dalam islam. tetapi setelah kita dewasa kita harus lahir sekali lagi. kita pelajari agama itu sedalam-dalamnya dan kita sesuaikan hidup kita dengannya. kemudian kita pelajari pula agama yang lain supaya sebagai orang islam kita mengetahui apa persamaan kita dan apa pula perbedaan kita"
jangan-jangan.. selama ini gw baru "lahir" sekali.. T.T
Kata Hamka: Pengajian ini boleh dikata hanyalah pengajaran lebai-lebai di surau sebab itu banyak agaknya yang bosan membaca. Tetapi kalau membaca sambil meneropong ke dalam hati sendiri, terdapat juga kadang-kadang daki jiwa yang harus disingkirkan.
Peribadi tidaklah tebal bukunya tetapi merupakan bahan bacaan yang berat. Namun, terdapat banyak pengisian dan pengajaran yang boleh dipetik untuk membentuk peribadi kita. Sangatlah perlu kita mempelajari peribadi manusia. Lebih penting lagi seperti kata Socrates yang terkenal " Kenali siapa dirimu, kenalilah peribadimu sendiri."
Teringat waktu aku nak beli buku ni ada seorang sebelah aku cakap, "aku dah baca falsafah hidup, buku ni lagi susah nak faham dari falsafah hidup". Buku penuh hikmah dan ringkas, buat kita sentiasa berhenti di bahagian yang dalam untuk bertanyakan semula pada diri kita, "aku ini bagaimana?". Ok melebih. Bacalah, antara buku yang baca berkali pun masih rasa ada benda yang boleh dikorek.
Entah bagaimana mahu saya mengulasnya, kerana saya begitu hilang kata-kata. Buku ini boleh saya bilang sebagai antara karya motivasi dan penaik jati diri paling baik pernah saya baca daripada HAMKA.
Mungkin saya cuma boleh kongsikan terus ulasan daripada Saudara Amir Zayyanid berkenaan naskhah ini kerana saya bersependapat dengan beliau:
--
Buku ini aku kira harus dibaca ulang berkali-kali pada setiap tempoh masa tertentu sebagai pemangkin kepada peribadi diri dan penyemangat ketika menghadapi masa-masa surut.
Peribadi; satu buku yang mengajak agar berevolusi tetapi tidak terlalu me-Nazi. Buku yang meniupkan semangat ketuanan bangsa tetapi tidak terlalu bersikap rasis. Buku yang memerihalkan Islam tetapi tidak terlalu merendah dan meninggalkan penganut agama lain.
Peribadi ialah buku yang agak lengkap dalam menuntun peribadi-peribadi kecil agar berkembang menjadi persona yang besar; baik peribadi individu mahupun peribadi bangsa.
HAMKA tidak hanya sekadar mencontohkan peribadi-peribadi unggul beberapa orang tokoh hebat sebagai teladan untuk menguatkan peribadi individu pembaca, malah dalam setiap misalan yang diberi, HAMKA hampir tidak pernah tertinggal untuk memberikan contoh daripada tokoh-tokoh Indonesia dengan tujuan meniupkan kekuatan peribadi bangsa.
Nama-nama seperti Soekarno, Hatta, dan Haji A. Salim seringkali disebut oleh beliau, sekaligus pembaca ikut berasa bangga dengan ketokohan mereka. Seiring menguatkan peribadi individu, beliau turut menguatkan peribadi bangsa. Memangkin jati diri. Jati diri yang cakna tentang perjuangan dan kemerdekaan negara. Jati diri yang diperlukan bagi mengisi lompong yang berbekas daripada penjajahan.
Beliau juga tidak tinggal daripada memetik contoh dari Amerika, Perancis, Jerman, dan Yunani. Betapa beliau cuba mendedahkan kita kepada pandangan yang meluas dan tidak jumud.
HAMKA membuka buku Peribadi ini dengan satu persoalan yang menjadi tema kepada buku tersebut, yang biasa dikemukakan dalam buku-buku sejarah, iaitu tentang bagaimana seseorang itu mampu mencapai darjat luar biasa sedangkan dia itu sebelumnya, sekarang ini, dan akan datang, tetap juga hanyalah seorang manusia seperti orang kebanyakan. Dia lapar dan kenyang. Ketawa dan menangis. Bercinta dan berkeluarga.
Tetapi mengapa di celah-celah manusia, namanya tertonjol. Dalam panjang-panjang lipatan sejarah, namanya tersisip. Persoalan inilah yang dicetuskan dengan berkesan oleh HAMKA pada awal bukunya.
Dan segala penerangan yang dikarang oleh beliau dalam merangka menyelesaikan persoalan itu tadi - meliputi apa yang menguat dan melemahkan peribadi - mungkin boleh dirumus dengan petikan;
"Hidup kita adalah dua kali. Yang pertama ialah selama tubuh masih mengandung nyawa. Hidup yang kedua pula ialah setelah nyawa bercerai dengan tubuh. Setelah mati ia dikuburkan, lalu keluarlah dari dalam kubur itu suatu yang ghaib tetapi nyata, yang ia hadir pada tiap-tiap majlis, pada tiap-tiap pergaulan, meskipun tidak kelihatan.
Barang yang satu ini dipanggil sebagai 'sebutan'. Kadang-kadang, usianya lebih panjang berbanding kehidupan yang pertama. Kadang-kadang, perbuatannya cuma setengah minit saja, tetapi membuatkan kehidupan kedua itu bernyawa sehingga ratusan atau bahkan ribuan tahun."
Peribadi yang unggul, sentiasa mampu mewariskan detik-detik hidup yang layak ditatap generasi demi generasi. Ia mampu kerana menghidupi kehidupan pertama dengan berpendirian, berjuang, dan berimpian.
Ia menjalani hidup dengan peribadi yang berpendiri, tidak gentar dicabar, tidak angkuh bila salahnya disuluh. Peribadi yang berfikir dengan kritis, berperasaan yang halus, dan berkemahuan yang kuat. Berperibadi yang progresif bukan pasif, terbuka tapi tidak liar sekular, modenis yang juga konservatif.
Peribadi; sebuah buku yang mengajak dan mengajar pembaca untuk menjadi seseorang yang apabila mati kelak, kehidupannya terus hidup dalam lipatan sejarah. Kehidupannya terus menghidupkan jiwa orang yang menyebut-nyebut tentangnya. Peribadi yang jika baik maka terus menerima doa dan dicela berpanjangan jika buruk.
Kalau berpeluang jumpa dengan buku ini di mana-mana kedai buku mahupun hantaran jualan di Facebook, capai, miliki dan bacalah. Buku ini sangat membantu dalam menguatkan peribadi, meluhurkan impian, dan peneman dalam perjuangan.
Naskhah ini setia menyemangat dalam tindak yang benar, dan tegurnya bak rotan yang menghinggap pada sifat yang sasar.
Buku terbitan tahun 1950 yg msh sangat relevan dengan kondisi kini, Buya mengajak para pemuda untuk punya prinsip dan mengajarkan supaya jadi pribadi yang kuat sebelum akhirnya hebat, sesuai dengan judul bukunya. Kalo bahasa saat ini mungkin, agar tidak mudah mleyot menghadapi tantangan kehidupan 💪🏻
Banyak reminder terkait apa2 aja hal2 yg menguatkan jiwa kita, pun hal2 yg bisa melemahkan jiwa juga. Membaca buku ini rasanya full nasihat, bacanya jadi harus pelan-pelan karena sambil meresapi, sambil jadi catatan untuk pribadi sendiri juga.
Kerennya Buya juga menyisipi dalam buku ini banyak tokoh nasional maupun internasional yg punya karakter kuat berikut contoh hal yg bisa ditiru (padahal aku rasa, beliau masuk juga dalam jajaran ini.)
Malu rasanya baru baca buku beliau sekarang. Tapi gapapa, better late than never. Buku ini powerful. Ghirah & kedalaman intelektualitas membuat tulisannya hidup bahkan hingga saat ini (fyi buku ini pertama terbit di 1950).
"Ustaz ada cadangan buku yang menarik untuk dibaca?
Ustaz Pahrol: Bacalah buku HAMKA. Tidak kiralah Falsafah Hidup, atau apa-apa sahaja. (Perbualan lama dulu)
. Beberapa hari lepas, aku membelek buku Lembaga Budi di rak. Belum habis belek. Pagi ini, aku ambil buku Peribadi yang aku beli pada hari lahir 2010. Entah aku beli pada waktu itu untuk hadiahkan kepada diri.
Bila baca, terasa seperti belum pernah baca. Banyak yang menggigit tangkai hati kata-katanya. Yang memberi nasihat dan peringatan kepada diri.
Tentu sekali pesan-pesan kepada pengarang terasa dekat dengan diri. Tentang seni, pengarang...
Lama tidak punya keseronokan begini. Lama tidak membaca sebenarnya. Semoga akan beralih ke buku seterusnya.
Tidak seperti buku HAMKA yang lain, Peribadi bagi aku sedikit.... berat . Bermula dari 5 Disember dan diakhiri 18 Disember, hampir 2 minggu untuk buku senipis 142 muka surat.
Seperti biasa, HAMKA tidaklah mengecewakan pembacanya. Cuma isi kandungan dan mungkin emosi yang diguna pakai dalam buku ini sedikit ....... berlebihan . But that shows how good HAMKA is . Isi dan emosi yang ingin disampaikan kepada pembaca, masuk ke hati.
Overall, recommended as usual. Why? Because its HAMKA.
p/s : Terima kasih untuk kawan yang menghadiahkan buku ini.
Jujur kata, tahun ini dan tahun sebelumnya adalah satu tahun terburuk dalam sejarah aku sebagai seorang pembaca. Aku terjerumus dalam reading slump yang terlalu lama. Satu persatu buku kucapai. Namun sesudah menjamah sehelai dua muka sahaja, aku sudah mula rasa mual, lalu ku letakkannya ke tepi buat sementara waktu.
Namun, buku ini tidak termasuk dalam kelompok itu.
Malah, “Peribadi� oleh HAMKA telah membuat aku membaca semua.
Buku ini ibarat sambal cili padi yang pedas, sedapnya alang kepalang terasa seperti mahu menjamahnya sebanyak mungkin sekali makan. Tapi seperti juga cili, yang memaksa kita untuk berhenti seketika untuk menahan rasa pedasnya itu, buku ini juga meminta aku berhenti untuk berfikir sejenak dan mempersoal diri aku kembali.
Bacaannya ringan dalam berat. Tepat dalam keindahan. Sesuai untuk dihadam oleh semua. Susun katanya membuat aku benar-benar terasa seperti jasadnya ada di hadapanku. Isinya masih relevelan dan akan terus releven walau kubacanya semula 20 tahun mendatang.
Betul apa yang dikata, selamanya penulisannya dibaca, selamanya penulis itu tidak pernah mati. Dia hidup dalam hati-hati. Dalam jiwa yang bernafas dengan tulisan dan pemikirannya.
Buat yang lagi pengen tertampar, termotivasi dan mendapat insight baru seputar Self-Improvement cocok buat baca buku ini.
Menurutku anak muda, terutama usia 15 - 35 tahun, wajib baca buku ini sih. Di buku ini ada beberapa aspek yang harus kita tau ketika usia segitu dan bisa kita temuin di buku ini. Aku ngerasa, vibes pas baca bukunya seperti dinasehati kakek sendiri.
Karena kovernya yang kuno dan melihat judul bukunya, awalnya aku ngira bahasanya bakalan berat dan susah untuk dicerna. Ternyata diluar dugaan, buku ini bahasanya mengalir dan bikin nagih buat baca sampe akhir. Terutama buat aku yang cenderung 'susah' buat nyelesaiin buku Self Improvement wkwk.
Awalnya aku baca di perpus SMA, tapi karena keasikan jadi aku pinjem. Fun factnya, pas SMA aku sampe rebutan sama beberapa temenku buat baca buku ini malah wkwk. Jadi biar adil kita sampe shift2 an wkakakak. Duh jadi kangen. Akhirnya, pas uda lulus, aku sampe beli bukunya, biar bisa baca lagi haha. Mungkin aku uda baca sekitar 2 atau 3 kali yang utuh, dan beberapa kali cuma baca bagian-bagian tertentu.
Naskhah ini menunjukkan kehalusan penelitian HAMKA dalam menghurai tentang bagaimana cara mahu membina peribadi yang hebat. Contoh yang dibawakan pula amat luas merangkumi tokoh-tokoh dari dalam negara (indonesia) dan di luar negara yang memperlihatkan betapa luasnya pembacaan beliau yang merangkumi banyak aspek. Terbukti, hikmah itu terbentang begitu luas buat sesiapa yang ingin mencedoknya. Tulisannya sangat hidup dan praktikal. Saya sarankan buat sahabat semua membacanya.
Buku Peribadi karya Hamka ini asalnya diketahui ketika membaca novel Debat Manusia Tuhan karya Lokman Hakim. Buku ini merupakan buku pertama yang dibeli dan dibaca sebagai ebook. Beli melalui Play Store dan dibayar melalui bil Maxis. Terdapat terlalu banyak petikan-petikan berharga yang dapat dijadikan mutiara kata dari buku ini. Buku ini secara tidak langsung menceritakan keadaan negara Indonesia ketika zaman sebelum dan selepas revolusi.
Penjelasan yang cukup komprehensif mengenai pribadi yang kuat dan sempurna. Penulis juga menggambarkan karakteristik pribadi bangsa Indonesia secara umum, serta beberapa faktor yang mempengaruhinya. Pribadi kuat dan sempurna tersebut digambarkan penulis dengan bahasa yang mudah dipahami dan ilustrasi-ilustrasi yang membuat karakter itu terkesan reachable.
Buku yang penuh inspirasi. Buya HAMKA menerangkan satu persatu elemen yang diperlukan dalam membentuk jatidiri dan peribadi yang hebat. Meskipun berlatarbelakangkan Indonesia panca pendudukan Belanda, buku ini wajib dibaca mahasiswa dan remaja yang ingin membina identiti.
Sejujurnya, ini merupakan karya pertama Hamka yang saya telah saya baca. Buku ini dihadiahkan oleh abang saya sendiri, katanya karya ini mampu membentuk peribadi yang lebih baik sebelum saya melangkah ke alam universiti. Pada awalnya, saya meletakkan harapan yang tinggi terhadap karyanya ini yang bukan sekadar menarik, malah penuh dengan makna kerana saya tahu serba-sedikit mengenai Hamka; seorang ilmuwan dan sasterawan ulung yang terkenal dengan karya-karya puitisnya. Tidak dapat disangkal, sebaik sahaja saya menamatkan pembacaan ini, barulah saya benar-benar mengerti mengapa karya Hamka terus dijulang hingga ke hari ini.
Buku yang telah dibaca ini bertajuk 'Peribadi', terbitan PTS. Berdasarkan nota penerbit yang diselitkan di awal halaman, teks asal buku ini telah dimodifikasi termasuklah pembetulan ejaan serta penggantian beberapa perkataan yang sukar difahami namun pada masa yang sama, penerbit cuba mengekalkan keaslian bahasa dalam karya Hamka ini. Sayangnya, sesudah menamatkan pembacaan, saya masih menemui beberapa ejaan yang tersilap dan istilah yang sukar difahami. Saya sedar bahawa banyak daripada perkataan tersebut berasal daripada Bahasa Indonesia dan pihak penerbit mungkin mahu mengekalkan keaslian bahasanya. Namun begitu, apakah gunanya sebuah karya agung jika mesejnya tidak dapat difahami sepenuhnya oleh pembaca? Adakah pembaca perlu menyelak kamus atau mencari makna setiap kali bertemu dengan perkataan yang tidak difahami ketika membaca?
Saya menyarankan agar pihak penerbit mempertimbangkan untuk menyelitkan glosari kata sama ada di kaki halaman atau di muka belakang agar para pembaca dapat memahami dengan lebih baik. Walau bagaimanapun, saya tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penerbit atas usaha gigih mereka dalam mempersembahkan karya Hamka dalam bentuk yang lebih segar dan mudah difahami.
Meskipun secara zahirnya buku ini kelihatan nipis dan hanya mengandungi 142 muka surat, namun ia mengambil masa yang agak lama untuk saya tamatkan pembacaan. Barangkali kerana kelemahan diri saya yang suka bertangguh, namun saya juga merasakan bahawa gaya penulisannya agak berat dan memerlukan perhatian yang mendalam. Secara umumnya, buku ini membicarakan tentang satu tema, iaitu peribadi, namun jika diperhatikan secara lebih mendalam, Hamka telah menghuraikan denganmenyeluruh maksud sebenar peribadi itu. Apa itu peribadi? Bagaimana ia dibentuk? Mengapa ia penting? Semua persoalan ini dijawab dengan sempurna.
Menariknya, hanya melalui bahagian pendahuluan, Hamka sudah berjaya memikat hati saya untuk meneruskan pembacaan. Dalam karyanya, beliau menyelitkan pelbagai mutiara kata daripada tokoh-tokoh dunia yang menyokong hujah-hujahnya. Dalam Bab Dua, Hamka menggariskan pelbagai elemen yang menurutnya mampu membentuk peribadi yang baik dalam diri seseorang insan. Walaupun karya ini ditulis pada tahun 1950, isi kandungannya tetap segar dan relevan sehingga 75 tahun ke hadapan. Beliau bukan sahaja menyentuh tentang perkara yang mampu menguatkan dan melemahkan peribadi, malah turut menyenaraikan faktor-faktor yang menyempurnakan peribadi seseorang. Semua ini dihuraikan dengan teliti dan penuh makna, berakar daripada satu kata yang ringkas, iaitu peribadi.
Kehebatan Hamka dalam penulisannya dapat dilihat dengan jelas apabila beliau menyelitkan kisah tokoh-tokoh terbilang seperti Mr. Lloyd George dan Almarhum Haji Agus Salim yang menonjolkan kebijaksanaan dan keunggulan peribadi mereka. Beliau juga sering menggunakan metafora yang mendalam bagi memudahkan pembaca menjiwai intipati mesej yang ingin disampaikan. Dalam karya ini juga, Hamka dilihat cuba membetulkan persepsi masyarakat ketika itu, bahawa jawatan tinggi dalam organisasi atau politik bukan semata-mata kerana ‘gila kuasa�. Di samping itu, semangat nasionalisme turut disuntik melalui penceritaan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan Indonesia yang hebat perjuangannya. Buku ini bukan sekadar mengajak pembaca membina peribadi semasa hidup, tetapi turut menginspirasi agar dapat dikenang kebaikannya meskipun jasad telah bersemadi enam kaki di bawah tanah. Pada pandangan saya, karya ini wajar dibaca berulang kali kerana setiap pengulangan pembacaan, pastinya ada ilmu baharu yang diperolehi.
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa buku 'Peribadi' ini merupakan sebuah karya yang penuh dengan ilmu, falsafah, dan hikmah yang boleh dijadikan panduan sepanjang hayat. Ia sesuai dibaca oleh semua peringkat usia terutamanya golongan muda khususnya yang ingin mengenali Hamka dengan menjadikan karya ini sebagai permulaan.
'Jelaskanlah batas tujuan, jangan menerawang dan tentukan garis jalan yang akan kita lalui untuk mencapai tujuan itu. Jika jelas ke mana tujuan dan jalannya, tentu kita akan sampai.' -HAMKA
Buku Peribadi ini ialah karya penulisan HAMKA yang menghuraikan secara terperinci mengenai peribadi seseorang. Apa yang membentuk diri seseorang dan apa pula yang membentuk peribadi/jati diri bangsa? Apa yang tergambar di fikiran orang apabila nama kita disebut? Apa yang menarik hati manusia lain terhadap diri kita? Segalanya diperincikan dalam buku ini. Apa yang menguatkan dan melemahkan peribadi diri dan bangsa? Mengapa ada manusia yang kuat dan yang lemah? Segala kuncinya ada dalam peribadi. Lihatlah peribadi-peribadi yang hebat di dunia moden seperti Abraham Lincoln, Mahatma Gandhi, Hatta, Shakespeare dan ramai lagi.
Seperti biasa, penulisan karya HAMKA tidak pernah mengecewakan. Saya sebagai peminat karya-karya beliau, berani berkata karya fiksyen dan karya bukan-fiksyen beliau adalah sangat jauh berbeza. Karya ini membuka mata saya terhadap dunia. HAMKA dengan persepsinya yang satu dalam sejuta sentiasa membawakan kaca mata & lensa baru dalam penulisan beliau. Saya amat suka buku-buku yang mengetengahkan pendapat baru seperti buku ini. 'Refreshing'. Walaupun buku ini agak berat dan saya tersekat-sekat di beberapa bahagian, saya tetap berpuas hati dengan ilmu-ilmu yang dapat saya tadah dari karya ini. Bahasanya agak sedikit berat dan buku ini tidak sesuai untuk bacaan santai.
I don't suggest this book untuk beginners. Peminat falsafah dan sejarah mungkin akan suka pada buku ini.
Bagi yang ingin mengenali diri dan dunia, inilah buku yang terbaik untuk dibaca agar kita mempunyai hala tuju dalam kehidupan dengan membina peribadi yang utuh agar tidak mudah jatuh dengan menjadi bayangan orang. . Orang yang hebat peribadinya ialah seorang yang bijak dan cerdik. Dan bukan seorang hamba kitab yang hanya menerima pendapat orang lain tapi penakut mengeluarkan pendapat sendiri. . Orang yang hebat peribadinya ialah seorang yang berani dan baik pandangannya dan bukanlah seorang yang mudah dipengaruhi dengan adat lama yang menyimpang jauh dengan ajaran agama. . Orang yang hebat peribadinya memiliki tujuan dan keinginan untuk bekerja. Dia bekerja dengan bersungguh-sungguh kerana ada “rasa wajib� dalam dirinya. Berbeza dengan orang yang lemah peribadinya kerana mereka hidup tanpa arah. . Fikiran dan perasaan harus sejalan. Oleh itu, orang yang berperibadi teguh perlu mempunyai empati, bukan sekadar ilmu penuh di dada. . Dan akhirnya, keikhlasan yang ada dalam diri seseorang akan menjadikan peribadinya lebih sempurna kerana apalah gunanya kesungguhan dan semangat yang ada jika tidak disertakan dengan keikhlasan. . Buku ini bukan sekadar mengajar kita untuk membentuk peribadi yang baik. Tapi, mendidik kita untuk mengekalkan peribadi yang baik. . Sekali lagi, saya jatuh cinta dengan penulisan HAMKA.
Hidup kita sebagai manusia takkan pernah lari dari masalah dan cabaran. Untuk terus teguh melangkah dan bertapak menongkah arus kehidupan, kekuatan peribadi perlu diperkemaskan. Setiap orang pasti ada kekuatan dan kelemahan masing-masing, namun untuk tidak terus selesa dengan keadaan diri itu penting. Kita perlu ada kemahuan untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Menerusi buku ini, Hamka menceritakan keperibadian tokoh-tokoh besar dunia dan tokoh-tokoh Indonesia. Kita secara tidak langsung belajar ciri-ciri peribadi yang baik dan juga perkara-perkara yang melemahkan peribadi seseorang.
This is such a wonderful read, despite some part are a bit hard for me to understand due to my language barrier.
Di sini, pada jalan masuk rumah anda, ada sebuah kereta yang sangat laju. Bukan macam gaya-biasa, lelaki kaya, kereta yang digunakan untuk menunjuk-nunjuk macam Ferrari, tetapi sebuah kereta yang memang laju, mungkin sebuah Subaru Imprezza WRX. Dan ini kuncinya. Sekarang pergi pandu.
Di sini, di atas landasan, sebuat jet peribadi, sedia untuk diterbangkan ke mana sahaja anda mahu pergi. Ini pemandunya, sedang bersedia. Pergi. Berlepaslah.
Di sini, dalam genggaman tangan anda, sebuah tukul Chicago Pneumatics 0651. Anda boleh memaku apa sahaja dengannya dan sekali lagi, jika anda mahu. Sekarang masa untuk menggunakannya.
Dan nah sekeping papan kekunci (keyboard), yang telah dihubungkan ke seluruh pelusuk dunia. Di sini juga satu platform penerbitan yang anda boleh gunakan untuk berinteraksi hampir dengan siapa sahaja, pada bila-bila masa, secara percuma. Anda mahu padang permainan yang saksama, di mana anda dapat beraksi secara adil? Nah ini dia. Hanya perlu peribadi yang kuat.
Itulah yang kita tunggu-tunggu selama ini � mempunyai satu Peribadi yang Kuat.
Buya Hamka adalah antara seorang penulis buku yang penting yang anda pernah baca; Peribadi. Buku itu akan membantu anda memahami kenapa anda tersekat, yang akan menolak anda dari belakang dan membuatkan anda bergerak ke depan.
Dalam buku ini juga Buya Hamka menyatakan hal yang prakmatis dan terus terang. Bacanya dengan pantas; dan bacanya lagi serta catit nota. Belikan, hadiahkannya untuk siapa saja yang tersekat dan tolak mereka untuk juga membentuk Peribadi yang Kuat.
Manusia yang kuat peribadinya samada baik atau buruk, akan diikuti ramai orang.
ini adalah buku nonfiksi buya hamka yg sy baca pertama kali. berawal dari dosen sy yg share buku-buku bacaan beliau di grup matkul, lalu sy komen bhw sy berniat ingin meminjam buku tsb, yaitu buku karya buya hamka yg berjudul pribadi hebat. pas di kampus, ternyata dosen sy memberikan sy buku tsb secara cuma-cuma, bahkan masih tersegel. sy gak bakalan lupa dgn pemberian ini<3
terkait isi buku, buya hamka benar-benar merincikan bagaimana seseorang dgn pribadi hebat. menurut sy, buku ini cocok bagi mereka (khususnya pemuda) yg sedang dlm tahap mencari jati diri. selain menjelaskan ttg pribadi, apa yg memunculkannya, serta apa yg menguatkan pribadi seseorang, buya jg memaparkan beberapa tokoh-tokoh islam maupun luar islam yg memiliki pribadi yg hebat.
Apakah yang membawa kegemilangan kepada suatu susuk tubuh manusia itu? Satu jiwa yang dapat mempengaruhi jiwa jutaan orang. Sedangkan orang itu sama sahaja dengan kita, ada masa laparnya, ada masa sedihnya, ada masa sakitnya.
Ternyata yang membawa kegemilangan itu adalah kerana peribadinya. Tentang dirinya. Bukan kerana kekuatan luarannya. Kualiti yang ada pada seseorang bergantung kepada peribadinya.
Bagi saya permulaan pembacaan seronok..towards the end, saya baca lompat2 dan tak sabar nak habis.
Ini adalah buku motivasi yang amat sesuai untuk orang-orang yang mempunyai pemikiran yang berbeza tapi sering disalahertikan.
Saya amat menyukai quotes Buya Hamka dalam buku ini yang lebih kurang begini : "Murid yang terlalu mengikut gurunya adalah murid yang tidak berperibadi" dan "Orang yang terlalu mengikut buku adalah hamba buku"
Membaca buku ini serasa dinasihatin oleh beliau Buya Hamka, bahasanya pun tidak bertele-tele. Selain membahas bagaimana menjadi pribadi yang lebih baik, buku ini juga membahas sejarah kemerdekaan Indonesia, implementasi antara keduanya sangat berkaitan. Banyak kalimat yang membuat aku tersadar bagaimana mestinya menjadi manusia yang berakhlakul karimah sesuai dengan ajaran agama yang telah dianut.
Buku nampak nipis sahaja tapi nak digest isi kandungan nya memakan masa juga. Sebuah buku yang agak berat isi kandungannya, tidak membantu apabila Saudara Hamka menulis denganmemberikan contoh yang tidak begitu lengkap (penceritaan agak melompat-lompat, dari satu personaliti ke personaliti yang lain). Apapun, saya mendapat banyak ilmu dari buku ini. Terimakasih.
explores the theme of independence; of mind and self in deep detail and how it would impact the building of a nation ie independence of a country. things that were discussed were not unusual to the topic of self development but the inclusion of the importance of individual role in the development of a nation is very interesting
You can really know yourself after reading this book. How you behave and interact towards a situation. Realy good book for a self reflection! Even our current education minister recommends this book in his book of Shqiptar di Champs Elysees.
Buku yang memberi pengertian serta contoh peribadi selayaknya bagi seseorang untuk maju dalam kehidupannya. Tidak semestinya menjadi orang yang memandu, namun pantas menjadi orang serta bangsa yang murni.