Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat.
Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama
Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujing jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama.
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.
Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.
Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.
Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.
Premis yang sangat menarik dan teliti. Berlatar klasik dan mistikal dalam dunia kepahlawanan Melayu sewaktu di zaman awal perkembangan Islam di Nusantara. Dunia Nirnama diolah kemas oleh penulis dengan dwi garis masa-- babak imbas semula dan naratif semasa. Susur galur konfliknya agak terperinci tapi mudah saja nak hadam. Paling gemar bila seni silat seakan satu 'karakter' dalam naratif Nirnama. Sangat memukau terutama di plot imbas semula sewaktu Nirnama belajar silat dengan Adiwaja dan dalam babak aksi dan pertarungan.
Gaya bahasanya cermat, agak lirikal dengan selitan pantun menghias tiap awalan bab dan di antara naratif. Dinamik watak-watak Nirnama yang sangat menarik dan digubah seiring perkembangan plot. Ini antara kelebihan plot Nirnama sebenarnya. Dari sifat dan perangai, kelainan peribadi (hero dan antihero) dengan kekuatan dan kelemahan masing-masing. Paling suka sisipan watak-watak dan naratif dari kisah-kisah rakyat yang biasa didengar-- kisah Nadim (Sang Kancil), Tanggang yang masih dalam konteks derhaka tapi diberi lebih 'kehidupan', kisah Mat Jenin yang tak semata-mata berangan saja, Pak Kaduk yang masih bersabung ayam dan mitos watak Sang Kelembai.
Walaupun hala tuju cerita boleh dijangka, tapi adegan aksinya bagi impak saspens dan tarikan utama kepada plot-- dari sekecil pergaduhan Nirnama di Perkampungan Medini, pelabuhan, bahtera dan bertemu Kelembai hingga ke pertarungan besar melawan Jalak Bentala, Raja Bersiong dan Jagat Suci. Tertanya juga kenapa penulis rahsiakan nama Nirnama (walaupun Tun Nirmala hampir nak bagi spoiler) namun babak akhir waktu pertarungan dengan Jagat Suci baru aku faham kenapa. Suka dengan gandingan Nirnama, Nadim, Cendana dan Jenin. Dan watak jahat Jagat Suci dan konconya pun menarik bagi aku sebab sama kuat dan hebat.
Naskhah ini juga sangat kaya moral dan pengajaran. Tentang Jagat Suci sendiri yang mengguna sihir dan hanyut dengan hal khurafat semata tamak kuasa untuk menakluk Nusantara, hingga ke kisah persengketaan antara Santubong dan Sejinjang. Perihal Alauddin juga antara kegemaran aku. Sifat menjauhi urusan/keinginan duniawi dan mewakafkan hidup sepenuhnya kepada agama hingga melupakan terus keluarga dan hubungan saudara. Aku suka cara Nirnama persoalkan tentang ini-- keseimbangan hidup antara memiliki duniawi dan akhirat. Jika melebihkan salah satu, padahnya tetap sama.
Banyak hal lain yang aku suka terutama tentang pemerintahan yang adil dan kesamarataan tak mengira taraf hidup, hal kekeluargaan, perhubungan dan pegangan hidup setiap individu. Bonus point untuk ilustrasi babak dan watak yang mengiring plot Nirnama (terima kasih untuk buku seni!)-- cantik dan kemas lakarannya juga sangat membantu alur cerita. Ada beberapa typo error, kesalahan nama watak dan printing setting(?) tapi awal-awal penulis dah minta maaf di ruangan dedikasi, harapnya boleh dibaiki nanti untuk cetakan akan datang :)
ps: kalau ada masa nak cuba baca edisi jawi pulak nanti
Mujurlah adik aku pun kaki buku sama, dia yg laju beli. Sampai je buku aku suruh dia baca yg jawi dulu, aku baca rumi, haha. Jimat bila berkongsi. Cuma aku tak dapatlah cenderahati yg datang sekali.
.........
Ok, buku ni aku terlalu teruja nak buat perbandingan dengan dua lagi novel, iaitu novel Bagaikan Puteri (dari siri Laksamana Sunan) oleh RAM dan Daun Paku Ungu - Kembara Marisah oleh Norliza @ Oli Baharom, yang aku baca baru-baru ini.
Mengapa? Sebab aku minat fantasi. Dan ketiga2nya ialah sebuah buku pertama bagi novel epik fantasi, kemudian berlatar belakangkan watak-watak melayu dan ada unsur alam melayu. Aku ulas ikut kategori:
1. Penggunaan Bahasa. Bagi aku Nirnama mempunyai penggunaan bahasa paling sofistikated dan indah, diselang dgn pantun di permulaan hikayat. Sesuai dgn mood penceritaan, ia membawa kita ke alam keperwiraan klasik. Daun Paku Ungu pula menggunakan bahasa yg lebih simple namun tetap membawa maksud mendalam & penuh perasaan. Bagaikan Puteri pula aku kira di tengah-tengah.
2. Plot Nirnama dan Bagaikan Puteri punya persamaan di mana plotnya berkisar tentang seorang adiwira pahlawan atau 'penyelamat' yg kembara dlm baktinya. Nirnama ni plotnya sampai satu masa boleh sikit dijangka, walaupun tetap juga menarik sampai penamat. Bab plot aku tak sangsi bahawa Daun Paku Ungu ialah pemenangnya, bahkan mengejutkan aku ketika membaca, sebab ekspektasi aku terhadap cerita melayu taklah terlalu tinggi. Plot paling unik. Tak terjangkau fikiran, segar dan original, plot twist yg bijak dan selesai sampai hujung dan bagi peribadi aku, bertaraf fiksyen antarabangsa. Apa-apapun aku tak nafikan Bagaikan Puteri adalah cinta buku pertama kebanyakan pembaca fantasi di Malaysia ini, sudah tentulah plot dan jalan ceritanya ada nilai sentimental, termasuk bagi aku sendiri.
3. Aspek estetik dan komersial. Sudah tentulah yg paling gah ialah Nirnama. Versi jawi dan cenderahati amat menarik perhatian pembaca. Ada ilustrasi yang menambah nilai. Bagaikan Puteri adalah contoh biasa penerbitan, design novelnya biasa sahaja, tapi namanya naik bersama naiknya siri Laksamana Sunan. Daun Paku Ungu pula adalah paling minimalis, dibuat hampir semuanya secara peribadi oleh penulis.
4. Typo dan kesilapan dalam teks. Bagi aku tak ada yang terkecuali dalam hal ini. Nirnama pun ada typo dan kesilapan nama. Cuma seingat aku, Bagaikan Puteri adalah yang paling bersih aku baca antara tiga buku ini, mungkin juga kerana aku baca cetakan yang entah ke berapa, dan segala jenis pembetulan sudah dibuat. Kesilapan dalam Daun Paku Ungu pula boleh dikira dgn jari, dan dibanding dengan keterujaan semasa membacanya, aku lupakan saja. Ditambah dengan pengetahuan bahawa penulis edit dan terbit dengan kudrat sendiri, aku bangun dan tabik kepada penulis. Harapnya cetakan kedua novel-novel ini nanti jadi lebih bersih.
5. Kerohanian Kekuatan Hilal Asyraf aku kira ialah dalam bidang keagamaan dan kerohanian. Terselit 101 peringatan buat kita insan-insan yang banyak lupa, kepada susun atur kehidupan mengikut acuan Tuhan yg hebat mencipta. Daun Paku Ungu juga amat kuat dalam mesej kerohanian, pengajarannya menampar sanubari, seakan ada suatu kecantikan dalam penyampaian yg aku rasa tak ada dalam novel lain. Buat aku sebak dan berperasaan. Bagaikan Puteri pula mengambil jalan sederhana dalam aspek ini, namun tetap juga menerapkan peringatan dan pengajaran yg berpatutan.
6. Thriller Dari segi unsur thriller dalam penceritaan, aku senarai mengikut keterujaan aku: Pertama: Daun Paku Ungu Kedua: Nirnama Ketiga: Bagaikan Puteri
7. Kekuatan Watak Bila kau baca, kau rasakan wataknya hidup. Ini ranking aku: Pertama: Daun Paku Ungu Kedua: Nirnama Ketiga: Bagaikan Puteri
*Aku sangat gembira dapat membaca Nirnama, sebab aku sukakan kisah fiksyen terutama dalam bentuk penulisan. Terutama kisah fiksyen TEMPATAN yg bermutu. Harapnya penulis-penulis fiksyen dan fantasi sekelian tak berhenti dalam menghasilkan karya-karya yg bermanfaat. Mana tahu satu hari nanti dapat menembusi pasaran antarabangsa.
"Islam bukan agama para rahib, para pendeta, memasung diri jauh dari masyarakat. Islam adalah urusan yang lengkap, merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Islam adalah daulah dan tanah air, kerajaan dan ummah. Akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan. Kebudayaan dan undang-undang serta ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta bersama usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah serta tentera dan fikrah. Itu semua termasuk dalam Islam sebagaimana Islam itu adalah aqidah yang benar dan ibadah yang sohih."
Sepanjang aku mengikuti perkembangan penulisan HA, Nirnama memang presentation dia yang terbaik. Daripada kulit buku, ilustrasi dan pemilihan font, semuanya sempurna. Aku sampai sayang nak pegang cover tu sbb finishing dia lawa sgt haha
Novel ni banyak disertakan dgn kisah2 melayu lama; puteri santubong sejinjang, jebat, kasturi, pak kaduk etc. Dengan berlatar belakangkan Tanah Melayu, kali ni HA memang hasilkan kelainan daripada karya beliau sebelum ini. Plot tersusun kemas, karakter admirable, penuh dengan nilai murni. Aksi yang tanpa putus di bahagian klimaks menyebabkan novel ni jadi " page turner "
But. Personally, aku rasa novel ni tak cukup suspens, twist and spice. On top of that, aku tak rasa pon emosi aku terikat dgn karakter2 dalam nirnama. Tak macam karya HA lain yang kebanyakkannya memang aku menangis, unforgettable. Tapi Nirnama, tak. Tak cukup. Sinergi kurang. Plot kemas tapi tak cukup unsur mendebarkan (unsur yang sangat penting dalam novel action fiction). Hence the rating.
Aku tak tahu nak ulas novel ni macam mana. Aku ada mix feelings dgn Nirnama sebenarnya. Tapi apapun apa aku boleh cakap Nirnama punya storyline memang menarik. Tu antara kekuatan terbesar novel ni lah.
Selain storyline yang menarik, aku suka jugak nasihat-nasihat dan ilmu pengetahuan agama yang diselit dalam ni. In fact, memang membuak aje rasa nak tabbing bila jumpa point-point yang aku kira bagus haha 🤭
Paling aku rasa kagum tu bila author masukkan dongeng/hikayat yang biasa kita dengar masa kecik dan author olah ia dengan cara yang tersendiri. Contoh macam scene Tanggang. Eh serius aku rasa scene tu bikin sebak ye. Even dah banyak kali diulang dengar dan aku tahu kesudahannya macam mana, tapi still bila baca pasal mak ayah ni mesti meruntun jiwa ini huhu. Part Puteri Sejinjang dan Santubong, mat Jenin dan macam-macam lagilah pun ada tau! Scene Puteri Gunung Ledang tu pun antara aku suka. Tak sangka banyak rupanya benda jadi masa ni.
Cuma itulah, aku macam tak berapa ngam dgn Nirnama ni 😅 Tak tahu kenapa tapi aku tak rasa aku boleh nak fallen in love sangat dengan karakter dia. Tapi aku tertarik bila Nirnama banyak bagi kata-kata berguna dan berhikmah. Dan untuk chemistry dia dengan Cendana tu pun bagi aku 50-50. Kat ending tu je aku macam okeylah kalau ini penutup untuk hubungan diorang gitu.
Watak aku minat is Alauddin dengan Kasturi sebab aku rasa watak diorang berdua ni macam ngam pula dengan jiwa aku hahaha. Tuha tu pun aku minat awal tu tapi hmmm takpelah...
Then awal tu aku macam kurang masuk dan keliru dengan babak aksi dalam ni. Cuma makin bertambah muka surat makin aku boleh hadam part aksi tu dengan baik. Terutama part last battle tu. Bagi aku cara author susun part tu sangat kemas dan tersusun. Good job! Like nampaklah yang semangat berperang dan berjuang watak-watak tu semua hidup. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Lagi satu, aku setuju dengan 1 review daripada pembaca GR ni. Aku rasa kekurangan novel ni ada 2. First dari segi emosi karakter yang bagi aku agak mendatar dan buat kita tak mampu selami watak diorang dengan lebih mendalam. Especially watak Nirnama as ML. In fact, aku macam tak ada rasa penghayatan yang tinggi untuk watak-watak tertentu.
Second pulak dari segi rasa saspens/tak senang duduk dan etc yang sepatutnya ada tapi tak berapa sampai. Baca novel ni buat aku curious untuk tahu apa jadi tapi rasa saspens dan etc pada babak tertentu tu macam tak terasa sangatlah. Tak dinafikan storyline kemas dan smooth, cuma ikatan emosi between kita as pembaca dgn watak, dan rasa sekian-sekian tu je memang out bagi aku.
Overall, nice story. Dan aku tetap nak rekomen novel ni pada semua orang yang nak try hahaha. Novel ni ada keistimewaan tersendiri sebenarnya. Pengisiannya dalam ni pun menarik. Cara novel ni dipersembahkan also bagus sangat. Siap ada ilustrasi lagi tentang watak-watak penting dalam ni tau! Nampaklah author memang bersungguh dan tak hairan jugak kalau novel ni buat ramai tergila-gila. Now lepas baca baru aku tahu kenapa.
Oh btw aku tak sabar nak tunggu Nirnama 2 hehehe 🤫
“Ini bukan kisah perlunasan dendam peribadi. Ini kisah perjuangan menyelamatkan ummah.� -NIRNAMA-
Aku tak tau nak describe apa yang aku rasa setelah habis baca buku ni. Yang pasti aku nak nangis 😭 sebab buku ni dah habis. Buku ni terlalu mencengkam dan berjaya menambat hati aku, menjadikan buku ni buku paling atas daripada semua novel yang pernah aku baca setakat ini. And i think mungkin takda yang dapat mengatasi novel ni dalam hati aku. 🤧 or maybe Sunan from Ramlee Awang Murshid, sebab yang itu aku baru baca buku yang first aje. 🫢 Buku ni vibe Nirnama lebih kurang mcm Sunan. So who can resist kan karakter yang mcm ni 🤌🏻🤌🏻
Rasa panjang aku nak bebel pasal buku ni. Sebab terlampau banyak perkara yang aku suka pasal buku ni. Karakter2 yang ada bukan karakter yang sia-sia. Maksud aku, aku dapat rasa kesungguhan Tuan Hilal Asyraf dalam membuat cerita ni dengan menjadikan setiap karakter yang ada betul2 membuatkan jalan cerita ni tersusun cantik dan menjadikan cerita ini menarik 💯. Nirnama is like one in a million 🫶🏻, Nadim yang comel dan menghiburkan tapi dalam masa sama bijak 😎 Cendana oh my, what can i say, she’s the best FL ever 💕 Villain yang menggeramkan 😤 Watak Jebat dan Kasturi 😍 Aduyai, kalau aku sebut pasal semua karakter kang tak habis review ni. 😂
Nilai-nilai Islam yang disampaikan dalam buku ni 👍🏻👍🏻 Buatkan aku berfikir, bersyukurlah kita dilahirkan dalam Islam, kerana belum tentu kita akan beriman sekiranya hidup pada zaman dahulu. 😣 Dan semoga kita menjaga nikmat Iman dan Islam yang Allah berikan ini. 🤲🏻
Tahniah aku ucapkan kepada author, sebab buku ini sesungguhnya berjaya menyentuh banyak isu-isu yang secara tidak langsung mendidik kita yang membacanya. 👏🏻 Buku yang aku jamin, korang memang takkan menyesal beli, dengan illustrasi yg mantap daripada Nenek Hani 🫰🏻menjadikan kita lebih dapat ‘feel� bila membaca karya ni. 🫡
Aku rasa aku akan susah nak move on daripada cerita ni, now aku rasa sayang nak start prekuel Nirnama. 😖 Dan aku dah rasa tak sabar nak tunggu Nirnama 2 tahun depan. Omg, cepatlah tahun depannn 🤭 Oklah, dah jadi macam sesi luahan perasaan pulak. 🫣 Apa-apapun, terima kasih kerana melahirkan karya yang sebagus ini 👏🏻🫰🏻 #emptycanvashida
Sebenarnya takut nak tulis resensi dekat sini sebab buku ni antara yang paling dinanti-nanti pembaca dan mungkin ada pembaca yang lebih mahir menulis ulasan tapi nak tulis juga sebab buku ni antara karya yang baik saya baca sepanjang tahun. Dan nak hasut orang lain juga untuk baca buku ini!
Sebagai pembaca yang pernah baca buku-buku penulis, aku sebenarnya nak fokuskan resensi kali ini dengan cara penulisan penulis yang benar-benar aku boleh katakan ada perkembangan berbanding karya-karya yang sebelum ini. Sebabnya aku tidak bosan langsung baca, dan aku boleh katakan berhantu. Asyik ternanti-nanti masa lapang untuk aku baca karya Nirnama. Aku benar-benar suka dengan perkembangan penulis yang semakin baik dari semasa ke semasa.
Perihal lain pula, untuk jalan cerita buku ini, kali ini penulis fokuskan tentang watak hero, jadi untuk watak-watak lainnya kurang untuk aku dalami. Sebagai pembaca, aku boleh terima sebab cerita ini tentang kelana seorang pendekar jadi aku rasa aku sedang berada bersama-sama di situ untuk memahami sikap peribadi seorang Nirnama.
Dan yang paling aku suka sekali, kali ini penulis banyak meletakkan emosi dan perasaan serta hubungan setiap karakter, tersenyum, ketawa, bersedih hati, cemburu. Berbanding karya penulis yang pernah aku baca, perasaan setiap karakter itu kurang dan buku kali ini benar-benar buatkan aku tersenyum sendiri. Marah dan geram juga ada. Buatkan aku tersedar, segalanya datang daripada perasaan dan hati setiap insan. Dan bagaimana perasaan itu boleh dihadapi dengan beragama.
Buku ini juga boleh dikatakan sebagai pujukan untuk aku, banyak kata-kata hikmah dan pesanan. Rasa seperti Adiwaja, Tun Nirmala dan Nirnama sedang memberi pesan kepada aku. Benar-benar memberi impak kepada aku.
Plot twist, ada juga yang aku tak boleh jangka dan untuk nama Nirnama yang sebenar dah lama aku boleh agak dan diakhir penceritaan semuanya boleh disambung kenapa namanya penulis pilih sebagai .... jalan cerita memang boleh diagak tetapi aku benar-benar nikmati hikayat-hikayat dalam buku ini. Tidak bosan langsung.
Cuma ada sedikit kekurangan pada typo nama, ejaan dan printing. Tidak mengapa memandangkan ini cetakan pertama.
4.4 💫 untuk Nirnama!
Saya doakan penulis dipanjangkan umur untuk menulis lagi karya-karya sebegini.
Dah lama nak beli naskah ni tapi tertangguh sebab harga yang agak tinggi. Nasib baik last month sempat beli masa sales. So dapatlah harga murah sikit. Tapi sebenarnya kalau beli dengan harga full pon it's worth every penny. Seriously memang berbaloi.
Nirnama seorang pendekar tanpa nama menjadi buah mulut orang ramai dek kerana ringan membantu masyarakat menentang kezaliman.
Jagat Suci seorang pemerintah zalim yang tamak kuasa. Bergelumang dengan amalan syirik bagi memenuhi kehendak hati. Penuh muslihat untuk mencapai hasrat hati.
Walaupun naskah ni agak tebal namun membacanya tidak membosankan. Cuma untuk insan bermasalah mata seperti SH ni adalah tulisan yang kecil. SH merasakan tulisan dalam naskah ni agak kecil dan rapat. Namun difahami. Sebab ini sebuah naskah yang tebal. Kalau dibesarkan pulak mungkin lebih tebal dan mahal.
Pace penceritaan naskah ni memang laju. Setiap bab memainkan peranan penting dalam novel ini. Tiada bab yang tidak penting. Semuanya menyumbang kepada lengkapnya sebuah naskah Nirnama.
Ada beberapa babak yang buat SH rasa terharu. Bukan sedih tapi terharu. Terharu dengan semangat kental Cendana yang sanggup berjuang biarpun seorang diri. Terharu dengan sikap rendah hati seorang pemerintah dalam menyantuni rakyatnya. Terharu dengan sifat kehambaan yang tinggi dari seorang insan untuk Tuhannya.
Sebuah naskah yang penuh dengan pengisian yang bermakna. Ada saja kata hikmat nasihat buat kita si pembaca.
Bagi SH babak perperangan dan pertarungan Nirnama diceritakan dengan baik dan terperinci hingga terbayang di pelupuk mata pertempuran itu.
Dan sebagai seorang Melayu, SH amat sukakan pengunaan nama-nama lama yang sememangnya tidak asing lagi di telinga kita. Jebat, Jenin, Sang Kancil, Nadim, Raja Bersiong, Puteri Santubong dll. Ini semua nama yang cukup terkenal di dunia Melayu namun diolah cantik penceritaannya.
Sebuah naskah yang sangat berbaloi untuk dibaca. Yang sukakan aksi dan fantasi korang memang wajib baca naskah ni. Sangat best.
Perasaan aku membaca Nirnama sama seperti ketika aku membaca trilogi Takdir, karya daripada penulis sama. Ia bukanlah satu novel yang teruk, bahkan amat baik, namun pada pandangan aku, ia sedikit membosankan.
Nirnama menggunakan latar masa dan latar tempat yang aku boleh rumuskan sebagai "alternate cross-over" antara zaman Kesultanan Melaka dan wilayah sempadan Malaysia moden, serta diwarnai dengan mitos-mitos popular Nusantara.
Pengajaran utama yang cuba disampaikan dalam novel ini adalah bagaimana kita harus melakukan segala kebaikan di dunia ini tanpa perlu mengejar nama dan pangkat serta pujian orang ramai. Novel ini memperlihatkan pelbagai ganjaran yang akan diperoleh apabila melakukan apa-apa pekerjaan dengan ikhlas.
Lagu yang bermain ketika aku membaca novel ini adalah 'Bukan Kerna Nama' nyanyian Ramli Sarip.
Persamaan antara trilogi Takdir dan Nirnama (dan aku yakin dalam semua karya beliau) adalah menggunakan tema Islamik sebagai teras utama. Apabila ia sebuah novel Islamik, maka ia satu novel yang amat sesuai untuk mencari nilai-nilai kebaikan dalam beragama.
Aku juga berpendapat penggunaan tema Islamik seumpama sangat sesuai untuk pembacaan kanak-kanak dan remaja. Tema ini mampu memperkenalkan asas agama Islam, dalam penceritaan yang lebih menyeronokkan. Malah, gaya penceritaan pertarungan epik yang seakan anime, tentunya mampu menarik ramai pembaca muda.
Walau bagaimanapun, aku secara peribadi kurang gemar untuk membaca novel yang membawakan tema seumpama ini kerana boleh menjadi sebuah cerita yang amat mudah untuk dijangka setiap plotnya, malah, penamat dan kesudahannya juga dah boleh aku agak dari awal lagi.
Disebabkan penulis ingin berdakwah dalam karyanya, dan menggunakan unsur Islam, maka jalan ceritanya menjadi terlalu simplistik dan terlalu mudah untuk dijangka. Baik lawan jahat, hitam lawan putih, Islam lawan bukan Islam.
Maka, apabila menggunakan naratif baik lawan jahat, penamatnya sudah dijangka bagaimana bentuknya. Sudah tentulah baik akan menang, takkan Islam akan kalah, ya tak? Oleh itu, ia membuatkan aku tak begitu teruja untuk baca kerana aku tahu pasukan mana yang bakal menang.
Walaupun novel ini menampilkan banyak karakter yang mungkin kelihatan agak berselirat, tapi di akhirnya nanti, ia tetap satu jalan cerita yang hanya ada dua kumpulan. Maknanya, setiap karakter itu, kalau bukan berada di pihak A, mestilah dia datang dari pihak B, dan sebaliknya.
Selain itu, aku juga sedikit ralat dengan rekaan peta yang disediakan di awal buku ini. Sebagai sebuah cerita yang menggunakan latar masa purbakala Nusantara, peta itu tidak seharusnya disempitkan dengan sempadan wilayah moden. Peta yang sediakan hanya memaparkan kerajaan-kerajaan yang berada dalam kawasan Malaysia moden, dan kawasan-kawasan Indonesia seperti Sumatera dan Kalimantan dikosongkan, seolah-olah di situ hanya kawasan hutan yang tiada apa-apa kerajaan.
Seperti yang kita tahu, dalam sejarah, sebelum sempadan moden Malaysia-Indonesia terbentuk, kawasan Semenanjung lebih banyak berinteraksi dari segi sosial, ekonomi dan politik dengan kawasan Sumatera berbanding kawasan Borneo.
Pada hemat aku, sekiranya ingin menggunakan latar masa Nusantara di zaman dahulu, atau mana-mana kawasan dunia sebenar sekalipun, ia tidak sepatutnya disempitkan dengan sempadan moden.
Dari segi ceritanya, aku boleh berikan 3/5 bintang. Namun, secara keseluruhannya, aku berikan novel ini 4/5 bintang kerana aku amat menghormati dan kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Tuan Hilal dalam mengangkat dan mempromosikan karya-karya beliau, terutamanya Nirnama ini.
Usahanya menyediakan artwork beberapa babak penting dan lukisan karakter untuk semua watak utama amatlah dihargai, dan semestinya menjadi nilai tambah kepada pembeli. Malah aku amat berharap dan berdoa agar hasrat beliau untuk mengadaptasi Nirnama menjadi komik, animasi, video game dan filem akan menjadi kenyataan.
Tidak dilupa juga, items dan merchandises yang diberikan kepada pembeli pra-tempah sungguh berkualiti. Ditambah lagi dengan sebuah buku khas yang ditransliterasi dari rumi ke jawi! Salut!
Mula-mula mmg DNF, baca sampai ms 236. Tapi lepas balik berjalan dari Mr. DIY sambung sikit baca skip-skip sampai tamat. Nasib baik baca skip sebab banyak betul pertempuran dan saya baca bila halaman yang ada ilustrasi jer ihihihi. Ya, saya memang kurang dengan buku aksi. 100 ms pertama tak silap saya ada 4 aksi dan masuk 200 ms ada satu lagi aksi tempur yang terlalu panjang buat saya. Jadi panjang sebab sambil berlawan ada berdialog. Memang feel macam tengok anime. Adoi lemah betul rasa.
Saya tak nafikan kosa-kata penulis memang hebat terutamanya untuk menghidupkan babak pertarungan. Dahsyat lah kalau difikirkan nak cipta ayat-ayat baru setiap adegan tempur. Cuma bab sentuhan emosi pula? Takut, gerun, berdebar-debar, sedih, panik, terkejut ada tak? Tiada.
Kemudian peranan Nirnama dalam cerita ini halaahh halaahh halaaahh ~ ya tahu nak buat karakter yang mcm baik, sopan, beragama tapi sekurangnya ada tarikan. Saya rasa kalau buku ini komik mungkin lebih sesuai. Nampaklah sikit reaksi wajah Nirnama. Bagi watak-watak popular dogeng Nusantara ada sedikit twist dan saya suka sbg contoh Mat Jenin dan PGL.
Novel ini boleh jadi pendek sahaja jika tanpa perulangan momen, dialog dan plot. Saya juga perasan penggunaan zulmat dan zirah berkali-kali. Dan permulaan ayat bab baru pasti dengan angin, bayu, api. Setiap plot berjumpa karakter baru hampir sama dan boleh diagak (pada pendapat saya). Saya bukan nak jatuhkan pihak penulis (siapalah saya) cerita ini sama sahaja macam cerita aksi, fantasi yg lain cuma diubah dengan alam Nusantara. Kadang saya teringat filem Magika dan novel Sandokan tapi ditambah unsur agama.
Saya teruja sebab novel ini hype dan didamba oleh ramai pembaca. Jadi saya bukanlah target audience penulis. Saya fikir Nirnama lebih sesuai untuk anak-anak remaja dan mereka yang mahu nafas baru untuk dunia Nusantara. Secara peribadi "wow factor" untuk Nirnama tiada pada pandangan saya.
Tak rasa bosan atau draggy langsung. Banyak sangat pengajaran dan unsur unsur islamik aku dapat daripada buku ni. Karakter semua gempak. I want to read this book for the first time again 🥹🫶🏻. Aku memang tak nak review panjang untuk buku ni. Sesiapa yang nampak review aku ni, please go and buy and read this book ASAP!!!
🗡️Pemuda masyhur dengan gelaran Nirnama (Tanpa Nama).Bukan tiada bernama tapi ditutup kerna bersebab.Agak kelakar dengan diri,kenapalah tak sedar nama sebenar Nirnama,sedangkan bayangan sudah ada. Akhirnya, faham nama itu terpilih. Pemuda berjuang menentang kebatilan dan tegakkan kebenaran.Menentang Jagat Suci yang tidak sesuci namanya. Kerna dikelabui tamakkan kuasa dan hal khurafat jadi pegangan.
🗡️Terisi dengan nilai sebenar Islam. Berlatar belakang zaman klasik purba kala, yang Islamnya masih dalam proses berkembang. Di mana, penyembahan nenek moyang dan alam masih berleluasa.Nirnama bukan saja buka mata orang-orang yang bersama berkelana dengannya, juga dapat menyebar Islam di kerajaan-kerajaan setempat tapi juga kepada pembaca.Islam itu luas dan tak terikat hanya di tikar sejadah.
🗡️Alur ceritanya lancar saja, sementara terselit imbas kembali Nirnama berguru sama Adiwaja.Tidak rasa terganggu dan mudah faham. Kemas.Setiap langkah persilatan dan pertarungan itu, aku puji memang mantap. Cuma ada beberapa adegan kadang sedikit rasa kurang bahagian emosi. Elemen itu sekadar lalu tak terkesan sangat. Ada satu hal aku jatuh cinta dengan akhlak Nirnama. Bila agama dicarta No.1 dihati semua mampu ditepis. Benar juga teruntuk selamat biarlah tak dikenali, hanya nama sebagai tidak bernama yang gegarkan umat. Lebih terjaga dari riak, ujub dan takbur.
🗡️Aku teruja bila diangkat nama-nama cerita lagenda Melayu yang menghiasi zaman kecil aku. Seperti,Nadim, Cendana, Mat Jenin, Puteri Santubong&Puteri Sejinjang,Puteri Gunung Ledang, Sang Kelembai,Pak Kaduk, Raja Bersiong, Kasturi,Jebat. Termasuk nama-nama Kesultanan Melayu (Sultan Mansur, Sultan Mahmud, Sultan Alauddin). Aku suka watak Sultan Alauddin kepimpinan yang membawa Islam sebagai paksinya.Walau ada unsur penyedap cerita pernah terpesong.Ia pengajaran buat kita tentang makna sebenar Islam terwujud.
🗡� Langsung tak bosan. Ditambah ilustrasi watak yang sangat ' hidup' untuk berimaginasi. Senang hati mengembara bersama Nirnama, Nadim & Cendana👏
Hands down my best malay fiction book for 2023. It took me some time to finish this book because I don't want it to END. But woah, Nirnama got all the main character vibes, the main superhero vs the biggest enemy in the world. Plus, the islamic teachings really work wonders in this adventurous story. A super easy, entertaining read as I took the book with me everywhere and was still entertained by Nirnama's strong qualities as a Muslim and as a hero who just wanted to save the entire nation and religion.
'Kerana namaku tidak penting, yang penting ialah perbuatanku'
𝑵𝒊𝒓𝒏𝒂𝒎𝒂. Pendekar masyhur yang telah menumbangkan ramai jaguh yang menentang keamanan dan kebebasan. Tiada siapa tahu nama sebenarnya sehingga orang mula memanggilnya Nirnama. Tanpa Nama. Dia mengembara ke seluruh Tanah Semenanjung untuk berjuang. Berjuang untuk menumbangkan kebatilan dan membebaskan kebenaran.
- 𝑱𝒂𝒈𝒂𝒕 𝑺𝒖𝒄𝒊. Pemerintah Indera Kayangan yang terkenal dengan wajahnya yang tampan. Perkataan tua seakan tidak terdapat dalam kamus hidupnya walaupun sudah hidup beratus tahun. Hidupnya penuh dengan kesaktian dan merupakan pengamal sihir durjana dengan kehebatan yang tiada tara. Kehadiran Nirnama yang menumpaskan orang-orangnya satu demi satu membuatkan dirinya berasa tergugat akan insan yang bergelar Nirnama.
𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒎𝒖𝒍𝒂 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒌𝒆𝒔𝒊𝒍𝒂𝒑𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒔𝒆𝒏𝒅𝒊𝒓𝒊
- There's only 3 words that can describe this book: mind-blowing, unbelievable, and fantastic. Buku ni deserves MORE hype tau !! I swear this story memang best sangat sampai korang rasa macam tak senang duduk while baca. I also love the idea of how penulis gabungkan cerita dongeng into one book. Kita ada kisah Si Tanggang, Puteri Sejinjang and Santubong, Mat Jenin and Raja Bersiong. Watak ii ni membuatkan cerita ni jadi lebih menarik sebab apa kaitan diorang dengan Nirnama?
- Second of all, can we talk about the romance in this book ?? Cendana and Nirnama, are the best book couple ever. A love story at its finest. A badass hero and heroin ? Sign me up 😩 If I could give this book a million stars, trust me I would. The design of the characters are magnificent. Wonderful as I imagined it would be. I must say that I'm very impressed by this author punya effort dalam mengajak pembaca untuk mengenali agama Islam melalui bercerita. One way of berdakwah that I love.
Even if you don't like fantasy, I'll still recommend this
3.4 bintang - saya rate berbanding dgn 'hype'nya sbg sebuah karya agung, kualiti plotnya, dan potensi cerita ini utk menjadi lebih hebat lagi.
Rasa satu pencapaian yg besar setelah berjaya habiskan buku tebal ni 😁.
Saya faham kenapa ada rakan @ŷ yg bandingkan buku ni dgn Daun Paku Ungu - Kembara Marisah, sbb ia dalam kategori fantasi dan ada alternate universe 'alam melayu'. Tapi kedua novel ni ada byk perbezaan sebenarnya. Nirnama lebih sesuai dibanding dgn Laksamana Sunan.
Nirnama ni seolah sebuah komik bersiri, versi novel. Adegan2 dan dialog dia macam kita baca komik. Jadi masuk akallah lepas ni ia boleh terus diadaptasi ke dalam animasi 👍. Memanglah puas membaca.
Daun Paku Ungu -Kembara Marisah pula stail epik fantasi, terutama kalau ada sambungannya lepas ni. Dan ya, saya bersetuju dgn review sebelum ni, garapannya ada 'sesuatu', plot kemas, berkait satu sama lain & plot twist hebat kot. Dia banyak unsur realistik walaupun genre fantasi. Daun Paku Ungu slow di permulaan, tapi bila dah sampai tengah tu, memanglah jadi berdebar-debar & jadi tak sabar nak tahu apa seterusnya.
Nirnama ni sesuai kita baca berperingkat2, macam baca buku bersiri juga. Kalau berhenti lama pun boleh sambung balik. Memang teruja bila bab pendedahan plot dan persengketaan. Penulis cekap membayangkan dan menerangkan suasana pergaduhan. Kelebihannya ada selitan kisah2 melayu dan watak-wataknya yg kita sudah sedia tahu dan diolah sedikit. Ada juga banyak sentuhan kerohanian yg mendidik. Syabas 😍
"Semua itu akan berlalu jua akhirnya. Putaran kehidupan. Tiada ujian kekal, demikian tiada nikmat yang kekal. Dunia memang medan ujian. Maka, ketika menerima anugerah kita bersyukur, saat ditimpa musibah kita bersabar."
Dulu aku tak faham kenapa orang hype sangat Nirnama ni. Lepas dah baca, YA ALLAHHH, SEPATUTNYA AKU BACA BUKU NI LAMA DAHH. KENAPA BARU SEKARANG BACA. Haha.
Nirnama mengisahkan mengenai seorang pendekar tanpa nama, yang mengembara di seluruh nusantara membantu mereka yang dalam kesusahan, menegakkan keadilan dan menghapuskan anasir-anasir khurafat dan syirik yang dibawa oleh Jagat Suci dan para pengikutnya.
Aku kagum betul dengan cara penulis menyusun plot dalam buku ini. Sangat kemas, teratur dan mengena pada tempatnya. Mesej-mesej yang ingin disampaikan juga sangat melekat dan sampai pada aku yang membaca ni. Keperibadian watak-watak dalam buku ini juga sangat terserlah dan boleh aku katakan, pandai betul penulis bermain dengan unsur saspen. Aku jadi tak sedar membaca. Yang aku tahu, ok bab seterusnya, bab seterusnya, tahu-tahu dah habis buku ni aku baca.
Aku tak nak cerita panjang, tapi semua orang kena baca buku ni. Serius, seronok!
PS: Aku dah order prekuel Nirnama. Cepatlah sikit sampai, tak sabar dah nak baca ni 😂
"Ini bukan kisah perlunasan dendam peribadi. Ini kisah perjuangan menyelamatkan ummah!" � Nirnama.
Betullah tu. Rasa puas dan kagum sangat tengok betapa hebatnya pergantungan Alauddin, Nirnama, Jebat, Kasturi and the gang kepada Allah. Setiap kali baca part diorang berperang, semangat kita pun berkobar-kobar ikut diorang takbir sekali.
Puas.
Serious puas baca sebab semua benda terjawab, semua 'ship' berakhir dengan baik hahah. Kitonyo nervous baca bab perang, eh boleh pulak tetiba Nirnama bagi keputusan untuk lamaran Cendana. Pening kejap kita ni nak kena nervous ke nak kena excited? HAHAH!
By the way, banyak sangat ilmu dan peringatan dalam ni. Mulanya baca kat Cereka je, lepas tu tak puas sebab tak boleh highlight and tab. Terus buka tiktok, order kat beg kuning. And laju jugak orang sana buat kerja. Hari ni order, esok sampai. Suka suka suka!
Last but not least, jazakumullahu khairan jazak. Jumpa lagi dalam Nirnama 2 pulak, insya-Allah.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Pertama sekali, tahniah kepada penulis kerana menulis cerita bergenre hikayat dongeng Melayu dan ini buku pertama berkaitan dengan hikayat dongen melayu yang saya baca. Walaubagaimanapun, aku terpaksa menyatakan bahawa buku ini tidak berjaya menarik minat aku kerana ada beberapa perkara yang buatkan saya agak 'turn-off' dengan cerita ini. Sejujurnya, aku ada harapan yang tinggi terhadap cerita ini memandangkan aku begitu tertarik dengan ilustrasi-ilustrasi karakter.
1. Watak.
Salah aku dekat sini, mungkin aku terlalu membandingkan cerita ini dengan rata-rata manga shounen yang aku baca dan aku agak kecewa sebab betul, bila aku baca, yang aku cuma bayangkan adalah karakter anime. Macam keaslian watak tu tak ada di situ. Nirnama, macam tipikal watak anime yang pendiam, tapi beremosi. Kuudere gitu. Nadim pula, macam shota, banyak cakap, ceria. Dekat situ je aku dah macam...hmmm... Cendana... I like her. Straight forward. Berani. Cendana je aku suka. Hahha.
Bagi aku, watak Nirnama terlalu tenggelam dalam bayang. Tak memberi impak.
2. Permulaan yang agak perlahan.
Dah masuk mukasurat ke 200, aku masih tertanya, bila perkembangan cerita nak bermula. Sebab bagi aku, bahagian ke Serawa tu macam satu tempat satu persinggahan. Tahu tak kalau dalam anime shonen, mesti ada Arc? Haa, lebih kurang macam tu. Jadi, bahagian Serawa punya arc, dia macam gitu-gtu je.
3. Jalan cerita.
Jalan cerita dia lurus. Plot twist pun tak terlalu twisted. Untuk awal remaja, disarankan baca.
4. Kesalahan ejaan.
Mungkin sebab buku ni, buku yang ditempah dan cetakan pertama (aku pinjam dari kawan, ehek), jadi aku rasa itu dimaafkan.
5. Bahasa.
Tak tahu kenapa, walaupun perkataan dan ayat-ayat yang digunakan, masih rasa moden itu ada. Kena ingatkan diri sendiri yang cerita ini bukan cerita klasik atau tradisional (walaupun berlatarbelakangkan zaman Melayu tradisional). Lagi satu, dah seronok baca, tiba-tiba ada perkataan 'spontan' yang buatkan pembacaan aku terhenti. Spontan? Aku ingat itu kata pinjaman dan memandangkan buku ini ditulis menggunakan BM tanpa kata pinjam, buat ayat yang aku baca tu jadi janggal dan kekok. Aku tahu, ini cabaran buat penulis. Tak mudah. Tapi, tahniah.
6. cerita dongeng.
Aku harapkan banyak lagi cerita dongeng selain daripada si Tanggang, Puteri Gunung Ledang, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Lagi satu, yang buatkan aku sangat tertanya-tanya, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang bukan sari suku kaum asal Sarawak ke? Kenapa dia orang tahu silat? Atau pun Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang orang Melayu Sarawak? Bukan dia orang ada seni pertahanan sendiri ke? Itu yang aku banyak tertanya. Sebab setahu aku, Puteri Santubong dan Sejinjang, kaum asal Sarawak. Atau mungkin cerita ni cuma guna pakai watak dan tak ada kaitkan dengan mana-mana dongeng asal, aku tak tahulah.
7. flashback.
Flashback dia banyak. dah macam Naruto. Aku skip semua flashback dan tak rasa ketinggalan pun.
Itu je yang saya boleh point out. Sebab kalau nak komen pasal plot, saya agak tak puas hati. mungkin sebab dia tak datangkan perasaan ingin tahu. Saya ambil masa yang lama untuk habiskan sebab tarikan tu memang tak ada (bagi saya).
Tapi untuk pengajaran tentang Islam, saya banyak belajar.
Pendapat terakhir aku, aku macam, "Dahsyat juga eh penulis buat Antagonis ni mengaku Tuhan." Bagi saya itu agak berat.
Tentang pendekar tanpa nama, berkelana ke serata negeri menewaskan kebatilan dan menegakkan kebenaran. Penuh epik, aksi dan teladan. Cerita disulam dengan kisah dongeng melayu, berlatar klasik. Sebuah bacaan yang sangat memuaskan.
Sebuah karya epik yang mengumpulkan watak-watak legenda membentuk satu cerita yang sarat dengan pengajaran.
Jalan ceritanya tidak pernah sunyi daripada nilai-nilai Islam dan ayat-ayat al-Quran. Sebuah kisah menentang kebatilan dan menegakkan kebenaran yang menyentak jiwa, menyentuh nurani, dan menimbulkan kesedaran.
Saya tidak dapat berhenti membaca kerana begitu kagum dengan jalan cerita dan watak-wataknya.
Aksi-aksi pertarungan diperihalkan dengan sempurna dan ditambah dengan ilustrasi-ilustrasi yang membuatkan watak-watak buku ini "hidup".
Memula baca rumi.. lepas tu takleh move on dari Nirnama..sangat suka sangat jatuh cinta dengan watak2 dalam ni. Disebabkan takleh move on, maka amik versi Jawi lak. Cuma amik masa lebih lama dari yang rumi. Tergagap sikit nak mengasah balik jawi ni 🤭
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Sesungguhnya rugi siapa tak beli novel ni. Tak tahu macam mana nak describe perasaan dikala membaca novel ni.
Memula baca terbayang2 kisah Laksamana Sunan.. ( sori penulis ) lepas tu dikala membayangkan adegan berlawan, terbayang lak komik Dragon Ball ( Goku) tapi kan makin lama mentelaah novel ni, mengembara bersama Nirnama, terhakis segala watak Laksamana Sunan dan juga Goku. Nirnama terbentuk dengan sendirinya. Gah berdiri di atas namanya sendiri.
Nirnama, Pendekar tanpa nama. Khilaf melepaskan Jagat Suci bersama kawan2nya tanpa d sedari. Natijahnya, sekampung habis termasuk ayahanda dan bondanya sendiri diamuk Jagat Suci.
Jagat Suci, hanya nama je suci tapi bukan perwatakannya. Syirik dan sihir mainan diri. Mengangkat diri sendiri Tuhan abadi.
Pengembaraan Nirnama, membawa kita mengenali watak2 yang telah sebati dalam kisah mitos dahulukala. Berjumpa dengan Tanggang, Puteri Gunung Ledang, Sikelembai, Pak Kaduk dan beberapa watak lagi. Tanggang derhaka ibu sendiri, d sumpah menjadi batu namun dalam Nirnama, kita d berikan versi baru oleh Penulis. Bukan hanya Tanggang, segala watak d beri kisah baru. Semuanya diadun dengan baik oleh Penulis.
Seperti aku katakan diawal2 tadi, rugi siapa yang tidak memiliki novel ini.
Nirnama, dikala politik bergolak hebat d Malaysia, alangkah indahnya jika Nirnama benar2 wujud. Arghhhh imaginasi yang sama terlakar dikala aku membaca novel Hero bersiri ( juga dari penulis yang sama).
Jangan ditanya perasaan aku, usah disingkap gelodak jiwa aku ketika mengembara bersama Nirnama. Manisnya sukar diungkap. Kemanisan itu dapat dirasa sehinggakan aku sendiri rasa sayang nak berhenti membaca. Manis sangat pabila Segalanya bergantung pada Allah swt. Takwa Nirnama sukar digugat.
600+ mukasurat, tak terasa membacanya. Sedih pabila berjumpa penamatnya. Semoga dapat mengembara bersama Nirnama lagi.
Nota Kaki : Tak pasti, sekiranya aku salah faham, semasa watak Mat Jenin diperkenalkan, watak kakaknya bernama Jelita, namun tatkala Nirnama dan segerombolan tentera Puteri Santubong dan Sejinjang menghantar pulang Mat Jenin, tetiba wujud nama Intan.. tertanya juga di situ.
Nota Kaki : Sewaktu Sultan Mansur mangkat, baginda menggengam tangan Adiwaja sedangkan yang aku faham Adiwaja kehilangan ke2 tangan paras bahu.
Nota Kaki : Percayalah, ketidakfahaman aku itu, sedikit pun tidak mencacatkan novel ini. Beli dan bacalah. Hayatilah perjuangan, pegangan Nirnama. Semoga ramai lagi Nirnama yang lahir selepas ini.
Nota Kaki : Nampak je berat tapi membaca dikala diperbaringan pun tak terasa beratnya novel ni.
Masa kecil dulu, saya dan keluarga merupakan peminat siri Jaka Tingkir. Sebuah siri Indonesia tentang Jaka Tingkir yang pergi mengembara bersama rakannya, Dadung Awuk. Cerita itu sangat dekat pada hati Melayu saya yang kehausan cerita sebegitu dalam industri tempatan.
Memang benar ada filem-filem lama pada zaman-zaman yang lepas, tetapi entah mengapa semua filem itu tak cukup melekat di hati saya kecuali beberapa seperti Dayang Senandung. Saya juga masih belum ada rezeki untuk menonton filem Mat Kilau.
Novel Nirnama ini mengisi kekosongan hati saya itu dan menampal kelompongan serta kehausan saya terhadap karya tempatan yang berlatarkan nusantara dan menjulang mesej-mesej Islam. Jzkk kepada ustaz Hilal untuk ini.
Secara keseluruhannya, saya tidak mengesan kelompongan pada plot Nirnama. Semuanya bercantum dengan baik pada hemah saya. Setiap satu watak penting merupakan watak bulat membuatkan setiap satu watak menarik.
Saya juga suka bagaimana ustaz Hilal menulis semula watak-watak terkenal seperti Tanggang, Mat Jenin, dan Pak Kaduk dengan menyingkirkan stigma-stigma yang ada terhadap watak-watak seperti ini. Beruntung generasi muda yang membaca novel ini kerana minda mereka bakal dihiasi imej-imej yang lebih baik berkenaan watak-watak ini berbanding apa yang saya tahu dan kenal sepanjang membesar.
Saya turut menyukai bagaimana prinsip dan ajaran Islam diterapkan dan diterjemahkan melalui cerita Nirnama ini. Ia terasa semula jadi dan tidak dipaksa-paksa. Selain itu, saya sangat menghargai bagaimana konflik dalaman setiap satu watak mencerminkan bagaimana pegangan Islam di dalam hidup kita.
Saya nak puji ustaz Hilal di atas penulisan babak-babak aksi yang sememangnya lebih baik dan lebih gempak berbanding apa yang saya baca di dalam Saga Hero. Walaupun saya jemu asyik membaca frasa “pandangan redup� dan “memuntahkan darah� berulang kali. Namun, kebagusan cerita ini secara menyeluruh menenggelamkan rasa jemu saya.
Kalau saya perlu pilih watak-watak kegemaran saya: Laksamana Kasturi, Cik Cendana, dan Sultan Alauddin.
Sampai sahaja pada bab penamat, memang berpuas hati apabila akhirnya nama sebenar Nirnama dapat saya ketahui. Terasa berbaloi sungguh selepas habis membaca 734 m/s novel edisi Jawi ini.
Saya doakan ustaz Hilal berterusan dikurniakan ilham oleh Allah untuk menghasilkan karya pada masa akan datang. Jzkk, ustaz Hilal, untuk karya ini. Ia telah mencambahkan kecintaan dan kebanggaan saya kepada Islam dan darah Melayu yang mengalir pekat ini.
Setelah lebih 3 minggu, tamat juga bacaan sya bagi buku pertama dalam siri Nirnama ini. Kekangan masa dan tugas hakiki menyebabkan bacaan jadi lambat 😆 tambahan sdh lama tidak baca jawi sebanyak ini hehehe tetapi tidak menghilangkan rasa teruja untuk menyelak setiap helaian buku ni. Sering ternanti-nanti bicara Nirnama yang penuh dengan isi untuk dijadikan tauladan.
Tambahan lagi, nama watak-watak yg digunakan sebenrnya tidak asing bagi kita kan? Nama watak diambil daripada cerita rakyat yang terkenal dalam kalangan kita. Bukan sahaja nama watak tapi ceritanya juga dikaitkan dlm ini utk menambah keunikan buku Nirnama ni. Nilai-nilai Islam yang banyak dalam buku ini pun boleh kita jadikan tauladan. Sejujurnya, takda rasa bosan setiap kali menyelak helaian buku ni. Sentiasa rasa nak tahu apa yg bakal terjadi pada muka surat seterusnya. Ada juga lah rasa tak puas baca sekali smpai ulang bacaan bagi helaian yg sama lebih sekali.
I am definitely going to recommend this book to the kids. Will even let them borrow mine lahh sbb mmg best! Haritu dh ada sorang ni mcm berminat nak baca. Nnti kita hasut dia baca masa school break okayy. heheh alhamdulillah untuk nikmat membaca ini.
Bagi aku, ini ialah antara karya terbaik yang aku baca tahun ini. Berlatar belakangkan sejarah dan legenda Melayu, aku rasa penulis melakukan yang terbaik dalam mengolah cerita supaya inspirasi sejarah Melayu yang diambil kelihatan original dan mempunyai sentuhan asli penulis.
Bahasa yang digunakan indah, diiringi pula dengan pantun di setiap bab dan seloka Nadim. Membaca karya ini serasa seperti bermain 'game', di mana di setiap peringkat kita akan ditemukan dengan watak-watak yang mesti dikalahkan. Bahagian kesukaan aku ialah semasa pertemuan dengan Orang Kaya Besar Tanggang, Puteri Sejinjang dan Puteri Gunung Ledang.
Pengakhirannya juga memuaskan kerana akhirnya terungkap juga nama sebenar Nirnama (di mana aku tak menjangkakan 'itu' adalah nama sebenar beliau).
Namun, bagi aku, kekurangan pada karya ini ialah kurangnya plot twist dan unsur saspens.
This is truly my first time reading nusantara folklores, in English and to experience the journey was both delightful and thrilling. Ofcourse this book will hit home as a Malaysian who grew up reading/watching Hikayat Melayu and Sejarah.
Worth it la beli buku ni (my opinion). Too many things that I love about this book..
1) First Illustration dia mmg padu 2) Bahasa dia cantik, simple mudah faham 3) Buku bulky and spine tak patah (love teruk) 4) Characters dlm ni semua best, walaupun kebanyakkannya related dengan cerita dongeng dulu kala tp author pandai olah cerita tu kepada sesuatu cerita versi lain/baru. 5) Nasihat, pengajaran even ayat alquran pon banyak terselit dlm buku ni. (This is good)
Banyak lagi actually.. If you ask me, is it boring? Buku tebal? Nope, definitely tak membosankan. Go try it 😉
To those who have watched Akatsuki No Yona (Yona of The Dawn), you WILL think of Shin-Ah in the hero's character! Like LITERALLY, the way he shies away and closes his eyes and the way he talks!
The faiths the heroes have on their god is something to be amazed of!