Hamdan's Reviews > Nirnama
Nirnama
by
by

Mujurlah adik aku pun kaki buku sama, dia yg laju beli. Sampai je buku aku suruh dia baca yg jawi dulu, aku baca rumi, haha. Jimat bila berkongsi. Cuma aku tak dapatlah cenderahati yg datang sekali.
.........
Ok, buku ni aku terlalu teruja nak buat perbandingan dengan dua lagi novel, iaitu novel Bagaikan Puteri (dari siri Laksamana Sunan) oleh RAM dan Daun Paku Ungu - Kembara Marisah oleh Norliza @ Oli Baharom, yang aku baca baru-baru ini.
Mengapa? Sebab aku minat fantasi. Dan ketiga2nya ialah sebuah buku pertama bagi novel epik fantasi, kemudian berlatar belakangkan watak-watak melayu dan ada unsur alam melayu. Aku ulas ikut kategori:
1. Penggunaan Bahasa.
Bagi aku Nirnama mempunyai penggunaan bahasa paling sofistikated dan indah, diselang dgn pantun di permulaan hikayat. Sesuai dgn mood penceritaan, ia membawa kita ke alam keperwiraan klasik. Daun Paku Ungu pula menggunakan bahasa yg lebih simple namun tetap membawa maksud mendalam & penuh perasaan. Bagaikan Puteri pula aku kira di tengah-tengah.
2. Plot
Nirnama dan Bagaikan Puteri punya persamaan di mana plotnya berkisar tentang seorang adiwira pahlawan atau 'penyelamat' yg kembara dlm baktinya. Nirnama ni plotnya sampai satu masa boleh sikit dijangka, walaupun tetap juga menarik sampai penamat.
Bab plot aku tak sangsi bahawa Daun Paku Ungu ialah pemenangnya, bahkan mengejutkan aku ketika membaca, sebab ekspektasi aku terhadap cerita melayu taklah terlalu tinggi. Plot paling unik. Tak terjangkau fikiran, segar dan original, plot twist yg bijak dan selesai sampai hujung dan bagi peribadi aku, bertaraf fiksyen antarabangsa.
Apa-apapun aku tak nafikan Bagaikan Puteri adalah cinta buku pertama kebanyakan pembaca fantasi di Malaysia ini, sudah tentulah plot dan jalan ceritanya ada nilai sentimental, termasuk bagi aku sendiri.
3. Aspek estetik dan komersial.
Sudah tentulah yg paling gah ialah Nirnama. Versi jawi dan cenderahati amat menarik perhatian pembaca. Ada ilustrasi yang menambah nilai. Bagaikan Puteri adalah contoh biasa penerbitan, design novelnya biasa sahaja, tapi namanya naik bersama naiknya siri Laksamana Sunan. Daun Paku Ungu pula adalah paling minimalis, dibuat hampir semuanya secara peribadi oleh penulis.
4. Typo dan kesilapan dalam teks.
Bagi aku tak ada yang terkecuali dalam hal ini. Nirnama pun ada typo dan kesilapan nama. Cuma seingat aku, Bagaikan Puteri adalah yang paling bersih aku baca antara tiga buku ini, mungkin juga kerana aku baca cetakan yang entah ke berapa, dan segala jenis pembetulan sudah dibuat. Kesilapan dalam Daun Paku Ungu pula boleh dikira dgn jari, dan dibanding dengan keterujaan semasa membacanya, aku lupakan saja. Ditambah dengan pengetahuan bahawa penulis edit dan terbit dengan kudrat sendiri, aku bangun dan tabik kepada penulis. Harapnya cetakan kedua novel-novel ini nanti jadi lebih bersih.
5. Kerohanian
Kekuatan Hilal Asyraf aku kira ialah dalam bidang keagamaan dan kerohanian. Terselit 101 peringatan buat kita insan-insan yang banyak lupa, kepada susun atur kehidupan mengikut acuan Tuhan yg hebat mencipta. Daun Paku Ungu juga amat kuat dalam mesej kerohanian, pengajarannya menampar sanubari, seakan ada suatu kecantikan dalam penyampaian yg aku rasa tak ada dalam novel lain. Buat aku sebak dan berperasaan. Bagaikan Puteri pula mengambil jalan sederhana dalam aspek ini, namun tetap juga menerapkan peringatan dan pengajaran yg berpatutan.
6. Thriller
Dari segi unsur thriller dalam penceritaan, aku senarai mengikut keterujaan aku:
Pertama: Daun Paku Ungu
Kedua: Nirnama
Ketiga: Bagaikan Puteri
7. Kekuatan Watak
Bila kau baca, kau rasakan wataknya hidup. Ini ranking aku:
Pertama: Daun Paku Ungu
Kedua: Nirnama
Ketiga: Bagaikan Puteri
*Aku sangat gembira dapat membaca Nirnama, sebab aku sukakan kisah fiksyen terutama dalam bentuk penulisan. Terutama kisah fiksyen TEMPATAN yg bermutu. Harapnya penulis-penulis fiksyen dan fantasi sekelian tak berhenti dalam menghasilkan karya-karya yg bermanfaat. Mana tahu satu hari nanti dapat menembusi pasaran antarabangsa.

Sign into Å·±¦ÓéÀÖ to see if any of your friends have read
Nirnama.
Sign In »
Reading Progress
October 27, 2021
–
Started Reading
October 27, 2021
– Shelved
October 27, 2021
– Shelved as:
to-read
October 31, 2021
–
Finished Reading
Comments Showing 1-2 of 2 (2 new)
date
newest »

message 1:
by
Syahirah
(new)
-
added it
Dec 12, 2021 06:28AM

reply
|
flag