Å·±¦ÓéÀÖ

Ahmad Faiz's Reviews > Nirnama

Nirnama by Hilal Asyraf
Rate this book
Clear rating

by
M 50x66
's review

really liked it

Perasaan aku membaca Nirnama sama seperti ketika aku membaca trilogi Takdir, karya daripada penulis sama. Ia bukanlah satu novel yang teruk, bahkan amat baik, namun pada pandangan aku, ia sedikit membosankan.

Nirnama menggunakan latar masa dan latar tempat yang aku boleh rumuskan sebagai "alternate cross-over" antara zaman Kesultanan Melaka dan wilayah sempadan Malaysia moden, serta diwarnai dengan mitos-mitos popular Nusantara.

Pengajaran utama yang cuba disampaikan dalam novel ini adalah bagaimana kita harus melakukan segala kebaikan di dunia ini tanpa perlu mengejar nama dan pangkat serta pujian orang ramai. Novel ini memperlihatkan pelbagai ganjaran yang akan diperoleh apabila melakukan apa-apa pekerjaan dengan ikhlas.

Lagu yang bermain ketika aku membaca novel ini adalah 'Bukan Kerna Nama' nyanyian Ramli Sarip.

Persamaan antara trilogi Takdir dan Nirnama (dan aku yakin dalam semua karya beliau) adalah menggunakan tema Islamik sebagai teras utama. Apabila ia sebuah novel Islamik, maka ia satu novel yang amat sesuai untuk mencari nilai-nilai kebaikan dalam beragama.

Aku juga berpendapat penggunaan tema Islamik seumpama sangat sesuai untuk pembacaan kanak-kanak dan remaja. Tema ini mampu memperkenalkan asas agama Islam, dalam penceritaan yang lebih menyeronokkan. Malah, gaya penceritaan pertarungan epik yang seakan anime, tentunya mampu menarik ramai pembaca muda.

Walau bagaimanapun, aku secara peribadi kurang gemar untuk membaca novel yang membawakan tema seumpama ini kerana boleh menjadi sebuah cerita yang amat mudah untuk dijangka setiap plotnya, malah, penamat dan kesudahannya juga dah boleh aku agak dari awal lagi.

Disebabkan penulis ingin berdakwah dalam karyanya, dan menggunakan unsur Islam, maka jalan ceritanya menjadi terlalu simplistik dan terlalu mudah untuk dijangka. Baik lawan jahat, hitam lawan putih, Islam lawan bukan Islam.

Maka, apabila menggunakan naratif baik lawan jahat, penamatnya sudah dijangka bagaimana bentuknya. Sudah tentulah baik akan menang, takkan Islam akan kalah, ya tak? Oleh itu, ia membuatkan aku tak begitu teruja untuk baca kerana aku tahu pasukan mana yang bakal menang.

Walaupun novel ini menampilkan banyak karakter yang mungkin kelihatan agak berselirat, tapi di akhirnya nanti, ia tetap satu jalan cerita yang hanya ada dua kumpulan. Maknanya, setiap karakter itu, kalau bukan berada di pihak A, mestilah dia datang dari pihak B, dan sebaliknya.

Selain itu, aku juga sedikit ralat dengan rekaan peta yang disediakan di awal buku ini. Sebagai sebuah cerita yang menggunakan latar masa purbakala Nusantara, peta itu tidak seharusnya disempitkan dengan sempadan wilayah moden. Peta yang sediakan hanya memaparkan kerajaan-kerajaan yang berada dalam kawasan Malaysia moden, dan kawasan-kawasan Indonesia seperti Sumatera dan Kalimantan dikosongkan, seolah-olah di situ hanya kawasan hutan yang tiada apa-apa kerajaan.

Seperti yang kita tahu, dalam sejarah, sebelum sempadan moden Malaysia-Indonesia terbentuk, kawasan Semenanjung lebih banyak berinteraksi dari segi sosial, ekonomi dan politik dengan kawasan Sumatera berbanding kawasan Borneo.

Pada hemat aku, sekiranya ingin menggunakan latar masa Nusantara di zaman dahulu, atau mana-mana kawasan dunia sebenar sekalipun, ia tidak sepatutnya disempitkan dengan sempadan moden.

Dari segi ceritanya, aku boleh berikan 3/5 bintang. Namun, secara keseluruhannya, aku berikan novel ini 4/5 bintang kerana aku amat menghormati dan kagum dengan usaha yang dilakukan oleh Tuan Hilal dalam mengangkat dan mempromosikan karya-karya beliau, terutamanya Nirnama ini.

Usahanya menyediakan artwork beberapa babak penting dan lukisan karakter untuk semua watak utama amatlah dihargai, dan semestinya menjadi nilai tambah kepada pembeli. Malah aku amat berharap dan berdoa agar hasrat beliau untuk mengadaptasi Nirnama menjadi komik, animasi, video game dan filem akan menjadi kenyataan.

Tidak dilupa juga, items dan merchandises yang diberikan kepada pembeli pra-tempah sungguh berkualiti. Ditambah lagi dengan sebuah buku khas yang ditransliterasi dari rumi ke jawi! Salut!
9 likes ·  âˆ� flag

Sign into Å·±¦ÓéÀÖ to see if any of your friends have read Nirnama.
Sign In »

Reading Progress

January 1, 2022 – Started Reading
January 1, 2022 – Shelved
January 24, 2022 – Finished Reading

Comments Showing 1-2 of 2 (2 new)

dateDown arrow    newest »

message 1: by xxx (new) - rated it 3 stars

xxx Agree, whats your opinion about trilogi takdir? Teringin nk tahu


Ahmad Faiz Aifer wrote: "Agree, whats your opinion about trilogi takdir? Teringin nk tahu"

Oh boleh baca review saya untuk trilogi Takdir dekat sini: /review/show...

Baru baca juga review awak untuk Nirnama. Setuju juga dengan pandangan awak yang novel ini tidak cukup mendebarkan.


back to top