Jarang aku tak menyukai karya penulis masyhur. Apatah lagi yg namanya setanding raksasa dalam dunia penulisan seperti Kafka.
Aku malah mengantuk membacJarang aku tak menyukai karya penulis masyhur. Apatah lagi yg namanya setanding raksasa dalam dunia penulisan seperti Kafka.
Aku malah mengantuk membaca keseluruhan himpunan cerpen2 yg terdapat di dalam buku ini. Kecuali 1 atau 2 saja yg subjeknya aku kira bukan saja menarik.. Malah mengkagumkan. Pastilah cerpan yg berjudul metamorfosis itu termasuk daftar kategori menarik, unik, absurd, dan sangat membekaskan kesan.. Kisah tokoh bernama gregor samsa yg bangun dari mimpi buruk lalu mendapati dirinya menjadi lipas.
Aku masih belum faham kenapa dia begitu terkenal. Mungkin aku harus belajar bahasa Jerman dahulu utk fahami keindahannya, Atau encik Kafka harus bangkit dari kubur dan menulis semula cerpen2nya dalam bahasa melayu dgn kisah yg belatarbelakangkan kehidupan moden abad ke21 berbanding setting zaman vintage yg melarat bosan.
Pertama kali baca tulisan milan kundera. Dia mmg penulis yg champion. Dia mengutip pengalaman-pengalaman kisah kehidupan di republik czech dan mengolaPertama kali baca tulisan milan kundera. Dia mmg penulis yg champion. Dia mengutip pengalaman-pengalaman kisah kehidupan di republik czech dan mengolahnya menjadikan seluruh benua di dunia ikut betaut bersamanya.
Himpunan cerpennya penuh dengan pelbagai topik dan unik. dia seakan mengetahui segala-galanya. Dari politik ke sastera ke muzik hingga ke wilayah-wilayah erotis perihal seks dan perselingkuhan yg nyaris mencapai tingkat porno tapi bukan porno.
Ini benar sebuah kitab dari seleksi ceruk-ceruk kehidupan yg kita tak pernah singgah utk mengalaminya buat diri kita sendiri. ...more
Ia dimulai dengan garapan yang serba aneh, menjadi semakin absurd dan berkesudahan dengan sangat luarbiasa. Dalam erti kata lainnya, ini adalah sebuahIa dimulai dengan garapan yang serba aneh, menjadi semakin absurd dan berkesudahan dengan sangat luarbiasa. Dalam erti kata lainnya, ini adalah sebuah karya yg genius.
Ini adalah kisah dongeng tuhan-tuhan purba mesir dalam bentuk novel yg memikat.
Dengan buku yang dibungkus rapi dengan plastik dan cuma ada secebis sinopsis di halaman belakang sebagai pembayang, aku duga ini adalah terjemahan karDengan buku yang dibungkus rapi dengan plastik dan cuma ada secebis sinopsis di halaman belakang sebagai pembayang, aku duga ini adalah terjemahan karya Plato yg berjudul Apologia Sokratouz, bila dah beli dan kupas plastiknya baru tahu ini adalah terjemahan dari karya Plato yang lainnya berjudul Phaedo. Aku pun tak faham kenapa penerjemah sesuka hati menukar judul ikut selera sendiri. Kan lagi baik digunakan saja judulnya yang asli.
Namun bagaimanapun, Phaedo pun tetaplah sebuah karya yg baik juga. Seperti yang kita semua tahu, pemikir lagenda era Hellenistik bernama Socrates itu tak menulis sebuah buku pun sepanjang hayat beliau. Dunia cuma mengenal beliau dari karya muridnya yg bernama Plato. Begitulah nama dan kisah tragis hidupnya abadi sepanjang zaman, bahkan pemikirannya yg besar itu terus dikembangkan sampai sekarang sehingga beliau digelar bapa falsafah di barat.
Phaedo (atau dalam buku ini menjadi Matinya Socrates) adalah salah satu dari empat dialog-dialog yg dituliskan oleh Plato berkisarkan saat-saat penghujung hayat Socrates. Socrates di hari terakhirnya bahkan berberapa minit sebelum menjalani hukuman mati pun masih tetap mengajak teman2 rapatnya berargumentasi dan berfalsafah. Dan topiknya adalah mati.
Sekiranya Plato tidak membuat-buat cerita dan seluruh dialog ini adalah tepat/accurate sebagaimana adanya, maka bodohlah mereka yg membikin-bikin cerita socrates itu lukmanul hakim.
Ternyata socrates sebelum menghembuskan nafas terakhirnya masih lagi menyebut2 nama dewa Jupiter serta dewa-dewa Greek lainnya penuh hormat.
Dan sejarawan Greek yg membenci beliau dan sering menggambarkan sang guru itu sebagai sosok manusia pendek hodoh tak mungkin terlupa menulis beliau seorang negro kalau beliau benar2 seorang lelaki berkulit hitam keturunan afrika.
Ini sebuah novel terjemahan berkelas dunia. Dan ianya takkan digelar 'berkelas dunia' saja-saja kalau tak ada apa yg istimewa di dalamnya.
Novel ini menIni sebuah novel terjemahan berkelas dunia. Dan ianya takkan digelar 'berkelas dunia' saja-saja kalau tak ada apa yg istimewa di dalamnya.
Novel ini menceritakan kisah disebalik tertegaknya piramid siap dgn konflik-konflik di belakang tabirnya sekali. ...more
Seperti yg dijangka, buku travelog ni akan dipenuhi kisah kembara backpacker serupa travelog2 lainnya. Tapi yg ni lain sikit sebab pengembaranya yg juSeperti yg dijangka, buku travelog ni akan dipenuhi kisah kembara backpacker serupa travelog2 lainnya. Tapi yg ni lain sikit sebab pengembaranya yg juga penulisnya adalah seorang punkrocker.
Selain cuba relatekan suasana pengembaraannya dgn lagu-lagu punk lokal dan oversea, memetik kata-kata hikmah dari ikon-ikon punk terkemuka serta cuba menginspirasikan sebuah jurnal perjalanan gila-gila, buku ini tetap boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yg mempunyai perancangan utk backpacking ke Indonesia..terutamanya ke tanah jawa sampai ke bali dan lombok.
Bahasa ringan dan penyampaian yg simple dan bersahaja membuatkan aku rasa mcm tgh membaca zine je.
Kalau anda punkrocker dari species yg suka melancong dan mengembara.. Bacaan ini mmg disarankan.
Nazi bakar buku komunis Komunis bakar buku nazi Anarkis bakar buku fasis Fasis bakar buku leftish
Monarki bakar buku rebellion Kristian bakar buku pagan IslNazi bakar buku komunis Komunis bakar buku nazi Anarkis bakar buku fasis Fasis bakar buku leftish
Monarki bakar buku rebellion Kristian bakar buku pagan Islam bakar buku kristian Katholik bakar buku protestan
Wahabbi bakar buku Syiah bakar buku Sunni bakar buku
Sasterawan bakar buku Ahli falsafah bakar buku Theologis bakar buku Ahli politik bakar buku
Dan antara semua kelompok pembakar buku, cuma ada satu persamaan iaitu ...FANATIK !!
Mereka yg taksub merasakan merekalah yg paling benarlah yg menghalalkan pembakaran terhadap pemikiran yg mereka hakimi sebagai salah.
Perhatikan lagi kesamaan mereka. Kelompok yg membakar buku adalah kelompok yg sama jugalah yg punya sejarah membakar manusia...more
Menarik. Huraian mengenai perihal cinta dan seks dari perspektif yg pelbagai melalui 22 penulis yg terdiri dari ahli falsafah, doktor , penulis, ahli Menarik. Huraian mengenai perihal cinta dan seks dari perspektif yg pelbagai melalui 22 penulis yg terdiri dari ahli falsafah, doktor , penulis, ahli psikologi terkemuka. Cuma sayang, kesemua karya datang dari warga eropah dan keseluruhan isi buku ini adalah terperangkap dgn cinta yg intipatinya keeropah-eropahan.
Cinta dan seks perlu diperbahas dengan lebih meluas melangkaui sempadan benua. Asia, afrika, eskimo, amerika latin wajar mengungkapkan cinta dari dimensi mereka.
Cinta tidak seharusnya terhad dari lingkungan freudian semata. Atau gagasan greek purba sekitar kisah eros dan aphrodite. Atau dari kutipan dari agape dari nalar agama kristian. Cinta seharusnya mencakrawala.
Aku pernah baca quotes seorang penulis famous yang aku dah lupa namanya, katanya cukuplah dengan memilih dan baca semua buku-buku paling terkenal di dAku pernah baca quotes seorang penulis famous yang aku dah lupa namanya, katanya cukuplah dengan memilih dan baca semua buku-buku paling terkenal di dunia, ia sama seperti kamu telah membaca semua sekali karya yg ada di atas muka bumi.
Karya tulisan Stuart Mill ini adalah antara karya terkenal. Tapi tak seperti karya terkenal lain yg aku pernah baca, selalunya karya terkenal akan menjentik hati aku dan membangkitkan rasa kagum. Aku akan jadi faham betapa karya itu memang layak jadi masyhur. Tapi aku tak jumpa perasaan itu dalam karya ini.
Mills adalah seorang Ahli parlimen dan politikus. Karya liberalnya ini lebih menjurus kepada kaum protestan yg tertindas dan sama sekali tak synchronize dengan realiti malaysia moden yang aku lihat di sekeliling aku. Aku pernah baca karya Jose Rizal yg berbau protestan itu, tapi masih tersemat rasa kagum. Tapi bukan dgn Mills. Mungkin aku tak dapat gambaran jelas suasana zaman tersebut. Atau aku memang tak suka ikut campur masalah sectarian dalam beragama....more
Mendengarkan nofx membuatkan aku bercita-cita menjadi pemuzik. Seperti membaca buku eka kurniawan akan membuatkan aku mahu menyimpan cita-cita utk jadMendengarkan nofx membuatkan aku bercita-cita menjadi pemuzik. Seperti membaca buku eka kurniawan akan membuatkan aku mahu menyimpan cita-cita utk jadi penulis ...more
Aku mengharapkan bacaan yg indah dgn gaya bahasa yg berhias. Penuh renungan falsafah. Tapi karya ini adalah sebuah novel yg mengekori satu karekter maAku mengharapkan bacaan yg indah dgn gaya bahasa yg berhias. Penuh renungan falsafah. Tapi karya ini adalah sebuah novel yg mengekori satu karekter manusia realistik yg moral dan etikanya berlawanan dgn tertib dan kesopanan. Kegilaan apakah ini? Terganggu emosi membacanya. Tapi membekaskan kesan yang unik.
Terbahagi kepada dua bahagian. Satu dari ketidaksenonohan hidupnya yg tak tahu menghormati. Bahagian yang satu lagi adalah kehidupannya setelah menjadi tertuduh kes bunuh yg tidak punya kesal, bahkan tidak memperakui dosa....more
Bukan koleksi status fb. Tapi buku ini ialah koleksi cerpen.
Dari 6-7 cerpen yg ada dalam buku ni, dua je yg ada kaitan dengan bola dan viking. Yg laiBukan koleksi status fb. Tapi buku ini ialah koleksi cerpen.
Dari 6-7 cerpen yg ada dalam buku ni, dua je yg ada kaitan dengan bola dan viking. Yg lainnya bertemakan pelbagai. Ada cerpen yg sedap, ada yg kelakar, ada yg menyerempet.
Dikatakan Harun Aminurrashid adalah orang yg bertanggungjawab memperkenalkan Enrique of Malacca kepada masyarakat melayu. Oleh kerana catatan PortugisDikatakan Harun Aminurrashid adalah orang yg bertanggungjawab memperkenalkan Enrique of Malacca kepada masyarakat melayu. Oleh kerana catatan Portugis tidak menyatakan nama sebenar Enrique, jadi nama Panglima Awang telah dipilih kerana membawa makna pahlawan muda.
Sejak itu nama Panglima Awang serta pengarangnya, Harun Aminurrashid menjadi lagenda dalam dunia penulisan melayu.
Buku ini dikarang sebagai wadah propaganda untuk menaikkan semangat melayu dalam perjuangan kemerdekaan. Karekter Panglima Awang dalam novel ini, dipotretkan menjadi seorang pahlawan terkenal, bijaksana, tampan. Berbeza dengan gambaran dalam imaginasi aku sebelum baca buku ini yg membayangkan Enrique hanyalah seorang melayu yg dijadikan hamba abdi oleh penjajah portugis yang kemudian membalas dendam.
Mungkin sukar utk mencari sumber mengenai Enrique di zaman sebelum merdeka dahulu. Itu kita faham sebab zaman sulu belum ada internet. Tapi sebagai novel yg bukan essei sejarah, panglima awang adalah novel yg bagus. Tak hairanlah ia begitu popular.
Persoalan Enrique sebagai manusia pertama mengelilingi dunia itu mungkin masih jd pertikaian sampai sekarang. Selagi tidak ada bukti kongkrit, selagi itulah lagendanya takkan musnah.
Penggunaan bahasa klasik tu tiada masalah, penerjemah meninggalkan notakaki yg agak membantu.. Tapi gaya penceritaannya yg klasik tulen membuatkan hilPenggunaan bahasa klasik tu tiada masalah, penerjemah meninggalkan notakaki yg agak membantu.. Tapi gaya penceritaannya yg klasik tulen membuatkan hilang sikit keterujaan. Apatah lagi pada babak perang, setiap watak dalam angkatan perang diperkenalkan satu demi satu sampai berpuluh muka surat.
Tapi keseluruhannya, hikayat ini amat kreatif dan terhasil dari imaginasi yang tinggi. naratifnya juga hampir mirip dengan kisah-kisah hikayat klasik yang lain, membuatkan gaya penulisan rantau Melayu zaman dahulu mempunyai trademark dan originaliti tersendiri.
Kewujudan karya-karya hikayat di masa lampau membuktikan bangsa melayu mmg telah membangunkan scene sastera ke serata nusantara.. Cuma sayang sekali, karya2 mereka mungkin telah musnah dan tidak sempat bertahan untuk jadi tatapan generasi sekarang.
Semoga akan lebih banyak lagi karya seperti Hikayat Raja Babi akan digali keluar dari dalam tanah. Kerana karya semacam ini banyak membantu kita mempelajari adat, budaya, falsafah, ideologi etc di zaman mereka....more