Å·±¦ÓéÀÖ

As Sunnah Quotes

Quotes tagged as "as-sunnah" Showing 1-2 of 2
Wan Mohd Shaghir Abdullah
“Sebenarnya apabila kita kaji semua mazhab atau pun firqah dalam Islam, hampir-hampir tidak terdapat sesuatu mazhab atau pun firqah yang tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai pegangannya. Hal ini jua termasuk hampir semua firqah dalam Syi’ah sekali pun. Terjadinya pertikaian pendapat dan perbalahan berbagai-bagai mazhab atau firqah bukan kerana tidak berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tetapi letak pertikaian dan perbalahan adalah pada pentafsiran sesuatu ayat al-Quran, pentafsiran pada hadis, penilaian sesuatu hadis, dan lain-lain hingga sampai kepada kemuncak beranggapan bahawa golongan lain adalah salah, golongan dia saja yang benar.”
Wan Mohd Shaghir Abdullah, Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu

Abu Hamid al-Ghazali
“Sebagaimana yang dikatakan tadi pintu-pintu yang terbuka untuk dimasuki oleh syaitan ke dalam hati adalah sangat banyak. Tetapi pintu untuk dimasuki oleh malaikat hanyalah sebuah sahaja. Sungguhpun demikian manusia masih terus terkeliru bila bedepan dengan pintu-pintu tersebut. Ianaya adalah sepeti seorang musafir yang sedang berada di tengah-tengah padang pasir yang mempunyai banyak jalan yang berliku-liku di tengah-tengah malam yang gelap gelita. Ia hanya dapat mengesan jalannya melalui mata hati dan terbitan matahari dengan sinarannya yang terang-benderang. Mata hati di sini ialah hati yang putih bersih bersalut taqwa, dan matahari yang terang-benderang ialah ilmu pengetahuan yang banyak diperolehi dari Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW yang mana memberinya petunjuk dan memimpinnya ke arah jalan lurus yang patut diikutinya.”
أبو حامد الغزالي, Penyakit-penyakit Hati