欧宝娱乐

Falsafah Quotes

Quotes tagged as "falsafah" Showing 1-9 of 9
Hamka
“Oleh sebab itu maka bertambah tinggi perjalanan akal, bertambah banyak alat pengetahuan yang dipakai, pada akhirnya bertambah tinggi pulalah martabat Iman dan Islam seseorang”
Hamka, Falsafah Ketuhanan

Ahmad Wahib
“Saya mahu menjadi muslim yang baik dengan selalu bertanya.”
Ahmad Wahib, Pergolakan Pemikiran Islam: Catatan Harian Ahmad Wahib

S.M. Zakir
“manusia yang sering memiliki pertanyaan-pertanyaan
tidak mungkin memiliki sebuah jawapan yang tepat
melainkan keraguan yang tercipta daripada akal

(Perjalanan 22)”
S.M. Zakir, Perjalanan Sang Zaman

Faisal Tehrani
“Andai kota itu peradaban, rumah itu budaya dan tiang serinya mestilah agama.

Tuhan Manusia”
Faisal Tehrani

Khalif Muammar
“Sekularisme bukan hanya sebagai suatu faham yang memberi tumpuan kepada aspek-aspek keduniaan (kehidupan duniawi atau worldly life) tetapi sebagai program falsafah suatu aliran pemikiran yang cuba mentafsirkan realiti dan kebenaran hanya berdasarkan rasionalisme murni. Para ahli falsafah Barat yang sekular sejak zaman pencerahan (enlightenment) telah melakukan pensekularan manusia, alam dan agama sehingga hakikat, makna dan peranan manusia, alam dan agama telah berubah dari faham yang berasaskan pada agama kepada faham yang berasaskan kepada akal rasional semata-mata.”
Khalif Muammar, Islam dan Pluralisme Agama: Memperkukuh Tawhid di Zaman Kekeliruan

“Descartes begitu mengagungkan rasio, katanya Cogito ergo sum maksudnya "Aku berfikir, jadi aku ada." dengan itu ia bermaksud, bahawa akal budi pemikir (cogitare), adalah sumber, khalik, ukuran serta norma dari segala kebenaran tentang Allah, manusia dan dunia. Ia yakin bahawa rasio manusia itu, apabila mengikuti hukum-hukum logiknya sendiri, sanggup memberi jawapan terhadap pertanyaan sukar tentang Allah, manusia dan dunia. Rasio ditempatkan pada tempat yang tertinggi, dan menjadikannya berdaulat. Ia lupa, bahawa kita seharusnya mengatakan Deus est, ergo sum bererti "Tuhan itu ada, jadi aku ada.”
Endang Saifuddin ANSHARI, Sains Falsafah dan Agama

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Sufastaiyyah membunuh hujah sendiri
Bila menolak mutlak ilmu milik insani
Merosak akal, aqidah, agama, sekalian hikmat anugerah Ilahi
Bila mereka berteriak-gila: "ilmu manusia semuanya nisbi"
"Hanya Allah yang mutlaq dan Ilmu-Nya yang kekal abadi."
Sungguh bebal sufastaiyyah ini: ilmu yaqini nur minal-Lahi
Walaupun bertempat diakal insani, sumbernya tetap di Alam Suci.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat

“tapi luka akan sembuh
parut adalah sejarah, hidup adalah keperkasaan.”
Lutfi Ishak, Dondang Pembukaan

S.M. Zakir
“negara kata Ibnu Khaldun adalah kebun
tanaman yang dipagar; hidup subur dalam kawalan
namun Hobbes lebih percaya negara adalah raksasa
pelindung - dan aku lebih percaya negara adalah
sungai deras yang menghanyutkan segala yang melintasinya
hari ini para liberal menghujat para demokrat
tentang negara yang harus befungsi sebagai
sebuah pasar yang tercipta oleh individualiti
sedang demokrat menolak dan mengatakan
negara adalah pusat yang mengatur individu
prinsip-prinsip yang berebza segera membentuk
kutub yang berbeza dan perjuangan yang saling
bertentangan

(Perjalanan 21)”
S.M. Zakir, Perjalanan Sang Zaman