欧宝娱乐

Moden Quotes

Quotes tagged as "moden" Showing 1-3 of 3
Wan Mohd Nor Wan Daud
“Manusia hari ini bukan tidak mengetahui banyak perkara; malah sebaliknya. Manusia hari ini memang mengetahui banyak perkara, khasnya tentang kehidupan jasadi insan dan makhluk syahadah (yang nampak) yang lain, tetapi banyak perkara penting yang meliputi kehidupan ruhani dan akhlak tidak diketahuinya. Ini adalah kerana konsep ilmunya amat sempit. dia telah mengeluarkan hakikat penting seperti Tuhan, malaikat, roh diri manusia sendiri dan lain-lain yang diketahui hanya melalui autoriti manusia terpilih, daripada ruang ilmu dan tumpuannya. Autoriti manusia terpilih bermaksud ilmu yang diperoleh melalui para rasul, nabi dan orang yang berakar dalam ilmu.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Budaya Ilmu: Satu Penjelasan
tags: ilmu, moden

“Rasul Islam itu sekarang ini dianggap di dalam minda sekular moden sebagai seorang manusia, tidak lebih dari seorang manusia luaran sahaja, seorang yang bersifat bashari, seperti manusia lain juga oleh kerana bagi minda moden seseorang tidak akan lebih daripada realiti fizikal seperti yang direkai oleh konsep manusia menurut aliran pemikiran sains moden yang palsu. Jika dia digambarkan di dalam tradisi pemikiran lampau sebagai lebih daripada hakikat fizikal ini maka ini segera dianggap sebagai hakikat psiki, sebahagian pemikiran dan minda yang negatif, sebuah mimpi, dirinya yagn tersirat yang bersifat bayang-bayang belaka, penakkulan yang salah tentang sifat dan ciri dari diri akalnya di mana diri luarannya yang satu-satunya dianggap 'diri'.”
Baharudin Ahmad, Al-Qasidah Al-Maymunah

“Kesungguhan Syeikh Daud Abd Allah al-Fatani menulis kitab yang berjumlah 57 buah dalam serba kekurangan, tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran material tentu menjadi suatu pukulan kepada ulama yang ebrada pada zaman serba medwah yang tidak dapat menghasilkan karya.”
Shukri Ahmad, Pengaruh Pemikiran Ulama di Semenanjung Malaysia Akhir Abad Ke-20