Faisal Tehrani's Blog, page 74
April 28, 2009
1Malaysia, Justeru Apa?
1. Saya kira bukan kita tidak mahu meneliti ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemakan “Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan� di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-10 (MAPPA X) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam. Bukan, kita mahu menekuninya; akan tetapi ketika dunia berada di akhir zaman, kita lebih menumpukan perhatian pada hal-hal lain. Sepertinya wabak selesema babi yang semakin merebak di mana kes yang disahkan atau disyaki telah dilap
Published on April 28, 2009 21:44
Pertandingan Lagu '1Bihun' Cetus Polemik Bahasa
Batu Berendam, 28 April 2009 - Pertandingan mencipta lagu '1Bihun' anjuran UBMO kini menjadi kontroversi setelah sekumpulan penyokong PPSMI menyatakan mereka mahu lagu-lagu '1Bihun' yang menyertai pertandingan tersebut dinyanyikan dalam bahasa Inggeris. Bagi menerjemahkan hasrat mereka, kumpulan penyokong tegar PPSMI bercadang untuk menganjurkan sebuah konsert bertaraf antarabangsa yang akan mengundang artis terkenal dari seluruh dunia untuk menyanyikan lagu-lagu hit mereka mengenai bihun. Obje
Published on April 28, 2009 05:37
April 27, 2009
Muthupalaniappan
Berikut adalah petikan dari cerpen terbaharu saya 'Muthupalaniappan' di majalah E-Siswa Mei 2009 terbitan Karangkraf. Sebuah cerpen humor, ia adalah dedikasi awal untuk para guru. Pengorbanan para guru kita tetap tersemat di hati, abadi.
Muthupalaniappan menguap lagi. Cikgu Rosmah menyeluruhi wajah anak India yang bertubuh gemuk itu. Timbul rasa sakit hati entah mengapa. Bagai diasak kesulitan luar biasa, Cikgu Rosmah berdiri menghadap papan hitam. Kapur di tangan mencalit angka satu. Dia memanda

Published on April 27, 2009 07:24
April 26, 2009
NGO Anjur Pertandingan Mencipta Lagu '1Bihun'
Kampung Baru, 27 April 2009 - Sebuah NGO terkenal United Bihun Merchant Organization atau UBMO akan mengadakan peraduan mencipta lagu '1Bihun', wawasan baru yang sedang dipromosikan oleh Pengerusi Tertinggi UBMO, Datuk Mujib Sujak.
Exco kebajikan UBMO, Datuk Muis Piatu mengatakan pertandingan lagu '1Bihun' tersebut akan menjadi satu simbol kepada selera makan rakyat pelbagai kaum di negara ini, lapor Buletin Berita Hairan. "Bihun dimakan oleh semua orang. Cuma kita taruh daging yang berbeza-beza

Published on April 26, 2009 20:39
Selsema Babi, Apa Binatang?
Apabila dunia di hujung nyawanya, wabak demi wabak akan merebak di seluruh dunia. Dan penyelamat unggul tunggal akan muncul memimpin, membimbing dan menyelamatkan kita. Baginda adalah 'harapan baharu'. Bukan, bukan 'orang itu'. Bukan juga transformasi permukaan. Kedatangan baginda bukan lawatan mengejut di pasar-pasar atau di hentian bas; kemunculan baginda adalah keselamatan. Penyelamat ini bukan tok guru yang mudah dipengaruhi. Baginda ada gengsi sendiri.
Demam avian dan SARS telah mengejutkan
Demam avian dan SARS telah mengejutkan
Published on April 26, 2009 17:21
April 24, 2009
Faisal Tehrani, Datuk A. Samad Said dan Habiburrahman el Shirazi
Faisal Tehrani akan menjadi ahli panel di dua buah forum sempena Pesta Buku Kuala Lumpur 2009:
25 April: Pesona Buku Melayu (12-1 tengahari), anjuran Buku Online, Forum Terbuka bersama Datuk A. Samad Said di Pentas Utama PBAKL.
26 April: Dialog Pena (2-4 petang di Bilik Sabah-Johor PWTC) bersama Habiburrahman Shirazi, pengarang novel pop Ayat-ayat Cinta.
Sebarang perubahan tempat tanyakan kepada duta-duta PBAKL, ber't-shirt' kuning atau hitam yang ramai berkeliaran.
Untuk mereka yang berminat, Pusat

Published on April 24, 2009 05:35
April 23, 2009
Ayuh! Hari-hari Terakhir Pesta Buku Kuala Lumpur 09
Pelancaran buku-buku terbitan Ameen Serve.
Bersama wartawan Utusan Malaysia.
"Ketupat Cinta adalah novel mengenai gastronomi Melayu-Islam."
Ole-ole daripada Pengarah Urusan Ameen Serve, Haji Che Mazlan.
Mendengar ucapan Haji Isa Kamari, pengarang novel Rawa dan Atas Nama Cinta. [image error]
Published on April 23, 2009 07:30
PPSMI, Menyalahkan Guru Pula?
Nah, secara tidak langsung Kementerian Pelajaran sedang menyalahkan guru ekoran kelemahan murid-murid menguasai bahasa Inggeris menerusi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dasar yang salah atau guru yang salah? Laporan ini juga, saya kira membuktikan kerajaan, tidak akan memansuhkan PPSMI. Dan dari sini, kita juga semakin memahami mengapa sesetengah tenaga pengajar lebih sudu dari kuah dalam mempertahankan PPSMI - Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP)? Kita ti
Published on April 23, 2009 00:00
April 22, 2009
Mohamad Sabu Paling Layak Untuk Jawatan Timbalan Presiden
1. Saya tertarik dengan hasrat Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS. Selain beliau, ahli-ahli PAS mulai mencalonkan Husam Musa, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din untuk jawatan Timbalan Presiden PAS tersebut.
2. Saya berpandangan Mohamad Sabu amat sesuai untuk jawatan tersebut. Datuk Seri Azizan Razak memanglah berkelayakan tetapi beliau lebih sesuai menumpukan kerja-kerjanya di Kedah Darul Aman unt
2. Saya berpandangan Mohamad Sabu amat sesuai untuk jawatan tersebut. Datuk Seri Azizan Razak memanglah berkelayakan tetapi beliau lebih sesuai menumpukan kerja-kerjanya di Kedah Darul Aman unt
Published on April 22, 2009 17:26
Faisal Tehrani's Blog
- Faisal Tehrani's profile
- 571 followers
Faisal Tehrani isn't a ŷ Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.