Å·±¦ÓéÀÖ

Faisal Tehrani's Blog, page 76

April 14, 2009

David Archuleta Baca Manikam Kalbu

Awal bulan ini David Archuleta finalis American Idol singgah menyanyi di Kuala Lumpur. Tampil dalam pelbagai sesi promosi dan nyanyian, salah satunya beliau berbaju Melayu warna hijau epal (lihat ). Alangkah baiknya kalau Manikam Kalbu diterjemahkan, dan Archuleta dapat membaca novel tersebut. Kerana busana melayu bukan sebarang busana. Ia busana penuh falsafah. Hah, masih ramai yang malu berkurung dan berbaju Melayu, konon ketinggalan zaman. Tuhan, kejutkan mereka.

Berikut petikan dari Mani
 •  0 comments  •  flag
Published on April 14, 2009 10:00

Pejuang Bahasa dan Sastera Berhimpun di ITNM

...kehangatan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur semakin terasa. Datuk A. Samad Said, Profesor Dr Siti Zainon Ismail dan Faisal Tehrani hadir di majlis beramah mesra dengan staf dan petugas gerai ITNM. Turut hadir ahli Kelab Usahawan UIA dan krew MyTV3.


Melayu jangan pernah malu, kita adalah bangsa yang kreatif dan hebat kemampuan teknologi maritim.

Selamat hari lahir Pak Samad. Pulut kuning untuk bapak.

"Tun Razak suka berjoget; injit-injit semut." Seloroh bapak mengenang masa lalu.


"Walau di Rom
 •  0 comments  •  flag
Published on April 14, 2009 06:30

April 13, 2009

Bukan UMNO Sahaja Perlu Berubah, PAS Juga Perlu

Khabarnya di Machang 13 April lalu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada para perwakilan muktamar parti PAS untuk menentukan barisan kepimpinan parti tersebut, termasuk bagi jawatan presiden.

Isyarat yang diberikan oleh beliau menunjukkan ia satu 'restu' supaya sekiranya perlu, maka Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri perlu dilengserkan (lihat ). Isyarat tanpa lapik tersebut amat mengejutkan beberapa teman saya dalam PAS.

Tuan Guru juga dilaporkan berkata, barisan kepimpinan parti se
 •  0 comments  •  flag
Published on April 13, 2009 20:07

Satu Denderam. Pembeli Didahulukan. Selera Diutamakan

Sejak memperkenalkan slogan 'Satu Denderam. Pembeli Didahulukan. Selera Diutamakan' Mak Mah yang berniaga kuih denderam di Pasar Malam Jalan SS6/1, Kelana Jaya, mulai mendapati jualan denderamnya meningkat dengan mendadak, dan gerainya 'Dunkin Denderam' dihurung pembeli.

"Mak Cik dah berniaga lama. Mak Cik akan ikut apa sahaja slogan yang diperkenalkan oleh ahli politik." Kata Mak Mah yang nama sebenarnya Semah Manis.

Menurut beliau antara slogan yang diperkenalkan untuk menarik perhatian pembeli
 •  0 comments  •  flag
Published on April 13, 2009 18:30

Yang Mengaku Dia (Pun) Melayu

Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani ulama terkenal Nusantara barangkali antara intelektual Melayu yang terawal memberi definisi Melayu, iaitu seawal penghujung tahun 1880-an Masihi.

Menurut al-marhum, Melayu adalah:

"Iaitu kesatuan semua bangsa Melayu, al-Malayuwiyah itu dibangsakan kepada Milayu, dengan baris di bawah (kasrah) huruf Mim, atau baris di atas (fathah) dan baris depan (dhammah) huruf Ya'. Mereka adalah kelompok atawa segolongan besar manusia. Negeri-negeri mereka adalah sesubur
 •  0 comments  •  flag
Published on April 13, 2009 09:52

Perjumpaan Meja Lonjong Untuk Satukan Pemuda

Beberapa kalangan peniaga bihun di Lembah Kelang menyarankan perjumpaan meja lonjong diadakan secepat mungkin untuk meredakan perasaan tidak puas hati penyokong ketiga-tiga calon ketua pemuda United Bihun Merchant Organization atau UBMO, kata bekas ketua pemuda UBMO Setapak, Idrus Belaan.

“Kahar Jomot atau KJ perlu mengambil langkah berjumpa dan berbincang dengan Datuk Murqiz Kutupaya dan Datuk Seri Mahat Poyo bagaimana untuk menyatukan semua jalur pergerakan pemuda," tegasnya

Idrus berkata, Kahar
 •  0 comments  •  flag
Published on April 13, 2009 03:45

April 12, 2009

Menteri 'Agama'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal agama Islam, Senator Ustaz (Datuk) Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata ajaran Islam itu sifatnya sejagat dan jika umat Islam bersatu padu, memahami keuniversalan Islam sambil bersedia menyahut cabaran semasa; pasti persekitaran ekonomi, politik dan sosial dunia pada hari ini akan mengalami perubahan positif.

“Sesungguhnya aspek kesatuan amat ditekankan dalam al-Quran dan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menunaikan tanggung
 •  0 comments  •  flag
Published on April 12, 2009 19:05

GMP Mahu Kerajaan 'Rakyat' Najib Mansuh PPSMI

KUALA LUMPUR: Gerakan Memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berharap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat menyelesaikan isu segera berkenaan.

Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Dr Hassan Ahmad, berkata Muhyiddin dan timbalannya, Dr Mohd Puad Zarkashi sebelum ini menunjukkan sikap prihatin terhadap isu berkenaan dan berharap pelantikan mereka membolehkan kedua-dua subjek itu diajar semula dalam bahasa Melayu.

Katanya, G
 •  0 comments  •  flag
Published on April 12, 2009 05:14

April 11, 2009

Siapa Dapat Jadi Evo Morales?

Evo Morales, Presiden Bolivia sekarang mempunyai satu persamaan dengan Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat: kedua-duanya muncul sebagai pemimpin meski mereka dari kelompok minoriti di negara masing-masing.

Ramai pemimpin di dunia ini tergila-gila ingin menjadi seperti Obama kerana popularitinya yang mengalahkan bintang rock. Ada politihong (politikus bohong) yang menggunakan slogan 'Harapan Baharu' yang mempunyai persamaan jelas dengan slogan 'Change' Encik Obama.

Tetapi dalam dunia yang penuh
 •  0 comments  •  flag
Published on April 11, 2009 20:18

Datuk Wira Donna Othman Nafi Sertai PAS

Kedai Mulong, 12 April � Ikon dondang sayang negara, Datuk Wira Donna Othman menafikan telah menyertai parti PAS berikutan hadir pada majlis 'Perhimpunan Belia Tampan Belia Berserban' yang diadakan di sini, hari ini.

Desas desus penyanyi dondang sayang terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Mek Jah, penyanyi terkenal tahun 70an, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS. Mek Jah sering muncul menyanyi di majlis yang dianjurk
 •  0 comments  •  flag
Published on April 11, 2009 09:01

Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a Å·±¦ÓéÀÖ Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.