ŷ

Sains: 'Menumpang' Mereka Yang Sesat


Iran nombor satu dalam sains? Begitulah laporan terkini majalah New Scientist (). Macam mana jadi begini? Ala! Biar Betul! Mereka yang sesat boleh maju begini? Kita yang sebenarnya berada di jalan syurga boleh ketinggalan sampai begini sekali? Bukankah kita diberitahu mereka ini sesat.
Laporan majalah yang berbobot dalam dunia sains itu menyebut begini: Which country's scientific output rose 18-fold between 1996 and 2008, from 736 published papers to 13,238? The answer � Iran � might surprise many people, especially in the western nations used to leading science. Iran has the fastest rate of increase in scientific publication in the world.

Sebenarnya dari dulu lagi kita umat Islam menumpang kejayaan saintis syiah. Jadi, jika kita membuang syiah dari Islam, kira-kiranya kita (dari dulu dan akan datang) berdepan dengan kemalapan. Ibnu Sina yang terkenal itu misalnya adalah seorang syiah. Takkanlah kita nak buang Ibnu Sina dari perbendaharaan Islam?

Selain itu, sejak dulu-dulu lagi kita telah menumpang mereka:

Abu al-Aswad al-Du'ali,
Abu Zayd al-Balkhi (ahli matematik/fizik).
Al-Kindi, (Polymath)
Jabir ibn Hayyan (Polymath) juga dikenali sebagai bapa kimiawi.
Ulangan: Abu Ali Sina (Polymath) yang juga dikenali sebagai Avicenna di Barat.
Al-Khwārizmī (Polymath) dikenali sebagai bapa aljebra and algoritma
Al-Farabi (Polymath), juga seorang filsuf, kosmologis dan sosiologis.
Abu Nasr Mansur yang dikenali menerusi 'spherical sine law'.
Muhammad al-Idrisi, seorang kartografer.
al-Biruni (Polymath) dinobatkan sebagai "first anthropologist" di Barat.
Sibawayh (hah orang yang mengaji bahasa Arab tentu kenal beliau).
Ibn Miskawayh saintis yang menjelaskan the process of evolution ketika abad ke 10.

...dan ramai lagi...

Sebenarnya bukan saya saja yang memuji kehebatan saintis syiah dari Iran. Timbalan Speaker Parlimen Malaysia YB Datuk Wan Junaidi bin Tuanku Ja'far ketika bertemu dengan Speaker Majlis Iran, Ali Larijani mengatakan: "Iran's scientific and technological progress is a source of pride for Muslims and belongs to all Muslim nations." (lihat )

Sekejap, ulangan: 'is a source of pride for Muslims and belongs to all Muslim'?

Err, bukan mereka ini sesat ke? Macam mana pula boleh jadi pride untuk kita semua?

Untuk terus bingung, saya sarankan semua menilik buku The Encyclopedia of Islam and Iran: Dynamics of Culture and the Living Civilisation karya bekas Menteri Luar Iran, Ali Akbar Velayati. Buku ini diterbitkan oleh MPH dan didanai oleh Yayasan Al-Bukhary. Ia dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur pada tahun 2008. Pak Lah dalam ucapannya ketika melancarkan buku tersebut menyebut begini: "Dalam buku ini Ali Akbar menyentuh pelbagai perkara iaitu daripada pembinaan tamadun Islam hinggalah tajuk yang berkisar mengenai kemajuan sains dalam Islam. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di institusi-institusi pengajian tinggi. Saya amat hargai usaha beliau kerana berjaya menambahkan koleksi bahan rujukan Islam." (Utusan Malaysia 31/05/08)

Eh garu kepala tiba-tiba. Kalau dah sesat mengapa pula nak merujuk mereka?

Dalam buku ini, Velayati menulis, kejayaan Iran (Parsi) dalam bidang sains ialah kerana mereka menurut ahlul bait Rasulullah SAW.

Laaaa, itu saja rahsianya ke?

 •  0 comments  •  flag
Published on April 03, 2011 06:40
No comments have been added yet.


Faisal Tehrani's Blog

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani isn't a ŷ Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Faisal Tehrani's blog with rss.