Å·±¦ÓéÀÖ

Kristian Quotes

Quotes tagged as "kristian" Showing 1-4 of 4
Syed Muhammad Naquib al-Attas
“Tidak seperti Kristen-Barat, kita tidak terlalu bersandar kepada, dalam aspek teologi dan metafisika, teori-teori dari para filsuf, ahli metafisika, saintis, palentolog, antropolog, sosiolog, ahli psikoanalisa, ahli metamatika, ahli-ahli bahasa dan cendekiawan sekular lain semacamnya. Hal ini kerana kebanyakan mereka, jika tidak semuanya, tidak pernah emngamalkan kehidupan beragama, mereka yang tidak pernah mengetahui atau meyakini agama tanpa ragu-ragu dan tanpa terombang-ambing. Mereka juga terdiri dari orang yang skeptik, agnostik, ateis dan para peragu.”
Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam and Secularism

“Berdasarkan ketetapan prinsip akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah ini, maka perkataan 'Allah' bukan daripada perkataan atau bahasa manusia. Sebaliknya, ia adalah sebuah nama yang diketahui oleh manusia melalui wahyu yang datang kepada para rasul daripada Allah swt. Ini bererti, manusia hanya mengetahui bahawa lafaz Allah merupakan nama bagi zat Allah tetapi tidak mampu dikenali hakikat-Nya sebenar. Dalam erti kata lain, Allah swt sendiri yang memperkenalkan diri-Nya dengan lafaz Allah kerana hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui nama-Nya.”
Faudzinaim Badaruddin, Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Agama Lain

“Harus diingatkan bahawa perbahasan lafaz Allah ini bukan dilihat daripada kacatamata ontologi, yakni persoalan siapakah Tuhan yang sebenar bagi seluruh alam ini termasuk manusia. Jawapan bagi isu ini amatlah jelas bahawa satu-satu Tuhan yang wujud ialah Allah swt dan tiada tuhan selain Dia. Jika perkara ini diakui oleh semua agama, maka sudah pasti tidak wujud perbezaan antara agama, sedangkan hal ini tidak sedemikian kerana kepercayaan terhadap Tuhan yang satu itu amat berbagai dan diakui oleh semua agama.

Oleh itu, kalimah Allah yang menjadi fokus ini sepatutnya dilihat daripada segi teologi (kepercayaan) dan apabila ahl ini ditelusuri, maka akan jelaslah perbezaan konsep setiap agama itu mengenai Tuhan. Kalimah Allah bukan hanya sekadar nama bagi Tuhan bagi umat Islam, tetapi ia menyentuh seluruh juzuk kepecayaan dan keyakinan terhadap ajaran Islam. Ia perlu dilihat dari pelbagai sudut agar satu kesatuan kefahaman bermula dari aspek teologi atau kepercayaan Islam dan situasi yang dihadapi oleh masyarakat Islam di Malaysia.”
Faudzinaim Badaruddin, Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Agama Lain

“Secara ringkasnya, jelaslah bahawa lafaz Allah tidak sesuai, atau tidak layak, digunakan oleh agama-agama yang konsep ketuhanan mereka berbeza dengan ajaran Islam. Walaupun terdapat agama bukan Islam yang dikatakan mengandungi ajaran satu Tuhan seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan Sikh, namun kefahaman mengenai konsep Tuhan Yang Satu mereka adalah berbeza dengan ajaran Islam. Dalam akidah Ahli Sunnah wa al-Jamaah, kalimah Allah itu membawa pengertian keesaan dan pengakuan terhadap keesaan Allah yang tulen serta tidak ada sesuatu yang serupa (syirik) dengan-Nya. Mana mungkin umat Islam memberi kebenaran kepada fahaman atau agama yang mensyirikkan Allah untuk menggunakan lafaz Allah kerana implikasinya terhadap pengertian lafaz Allah amatlah buruk! Tidakkah ini akan termasuk dalam golongan orang-orang yang mempermainkan nama Allah!”
Faudzinaim Badaruddin, Isu Penggunaan Kalimah Allah Oleh Agama Lain