ŷ

Syiah Quotes

Quotes tagged as "syiah" Showing 1-8 of 8
علي محمد الصلابي
“Kaum awam daripada umat ini, bahkan penganut semua agama samawi pasti mengetahui dengan jelas bahawa Allah tidak disembah dengan cara mengutuk seorang kafir, meski orang yang paling kafir sekalipun, bahkan tidak disembah dengan cara mengutuk iblis terkutuk yang telah diusir dari rahmat Allah, dalam bentuk wirid khusus untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagaimana yang dilakukan oleh kaum Syiah Rafidhah ketika melaknati Abu Bakar dan Umar.”
علي محمد الصلابي, فكر الخوارج والشيعة في ميزان أهل السنة والجماعة
tags: syiah

علي محمد الصلابي
“Kesesatan bagaimana lagi yang dihidap golongan itu dengan menuduh para sahabat Rasul yang melakukan jihad di jalan Allah sebagai orang murtad dan munafik?”
علي محمد الصلابي, فكر الخوارج والشيعة في ميزان أهل السنة والجماعة
tags: syiah

“Di antara pertikaian antarmazhab yang mengakibatkan pergolakan dan kekacauan adalah pertikaian antara mazhab Ahlus Sunnah dan Rafidhah pada tahun 655H. Pertikaian ini dimenangkan Ahli Sunnah sehingga bertambahlah kebencian kaum Rafidhah terhadap kalangan Ahlus Sunnah. Wazir Ibn al-‘Alqami yang menganut mazhab Rafidhah menekan kaum Muslim Ahlus Sunnah dan meminta Hulagu Khan, pemimpin Tartar menyerang wilayah Islam. Permintaan ini dipenuhi Hulagu Khan yang berhasil menduduki Baghdad, menjatuhkan khalifah dan menghapus sistem kekhalifahan dan membantai penduduk tanpa pandang bulu sehingga kota itu banjir darah.”
Yusri Abdul Ghani Abdullah, Historiografi Islam: Dari Klasik Hingga Modern

علي محمد الصلابي
“Umat ini terjaga daripada kesalahan berkat Kitab Suci Tuhannya dan Sunnah Rasul-Nya. Lagipula, umat ini tidak akan bersepakat dalam kesesatan. Kemaksuman atau terjaganya umat daripada kesalahan jauh lebih penting dibandingkan terjaganya imam (Syiah) daripada kesalahan. Inilah penyataan para ulama mengenai hikmah kemaksuman umat.”
علي محمد الصلابي, فكر الخوارج والشيعة في ميزان أهل السنة والجماعة
tags: syiah

علي محمد الصلابي
“Apabila seorang Muslim merenungi kesesatan orang yang sudah terlampau jauh itu (Syiah Rafidhah) maka ia tidak terlepas daripada dua sikap: 1. Sikap merasakan kenikmatan Allah, kelembutan-Nya dan kemuliaan-Nya bahawa Dia telah menyelamatkannya daripada kesesatan itu. Sungguh ini suatu hal yang harus disyukuri. 2. Sikap mengambil nasihat dan pelajaran atas apa yang terjadi dalam golongan itu, yang sudah sedemikian menyimpang dan sesat, yang mudah diketahui oleh orang yang menggunakan akalnya sedikit saja.”
علي محمد الصلابي, فكر الخوارج والشيعة في ميزان أهل السنة والجماعة
tags: syiah

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Aku ingin bertanya gembirakah kau di sana?
Melihat wilayah faqihmu pegangan ulama gilakan kuasa
Fuqaha kau maksudkan bukan ulama buatan sekarang
Yang mengerti sedikit hadis, hukum dan ayat al-Qur'an.
Sikap melampau: mereka terpenjara dalam mazhab
Taasub sangat kepada Ali, mereka lupa akan Muhammad.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat

Wan Mohd Nor Wan Daud
“Kita harus setia kepada Mustafa dan Tuhannya nan baqa
apa untungnya terus bertengkar siapa berhak menjadi Raja?
Jika Bu Bakar, Umar, Uthman, A'isyah diragui kalian
Bolehkah kami, yang lebih adna, lebih hina, dibuat kawan?”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Mutiara Taman Adabi : Sebuah Puisi Mengenai Agama, Filsafat dan Masyarakat

Nailal Fahmi
“Memang saya hidup, beribadah dan belajar ajaran-ajaran mazhab Sunni, namun tidak pernah sedikitpun terbersit di hati untuk menjadikan Sunni sebagai agama. Agama saya tetap Islam. Dan bisakah kita berpegangan pada berpedoman bangsa kita, “Bhineka Tunggal Islam�?”
Nailal Fahmi, Menulis Cinta dan Keyakinan