ŷ

Penuntun Hidup Bahagia Quotes

Rate this book
Clear rating
Penuntun Hidup Bahagia Penuntun Hidup Bahagia by الحبيب عبد الله بن علوي الحداد الحضرمي الشافعي
2 ratings, 3.50 average rating, 1 review
Penuntun Hidup Bahagia Quotes Showing 1-7 of 7
“Berkata Isa alaihi-salam seterusnya: Amat heran keadaan kalian semua. Kalian bekerja kuat untuk dunia, padahal kalian mendapat bahagian kalian dari rezeki, meskipun kalian tidak bekerja. Tetapi kalian tidak bekerja kuat untuk akhirat, padahal kalian tidak akan mendapat bahagian kalian dari pahala, melainkan dengan beramal.”
عبد الله بن علوي بن حداد الشافعي, Penuntun Hidup Bahagia
“Ciumlah bau maut setiap detik dan masa, kerana ia adalah sedekat-dekat perkara ghaib yang ditunggu. Sediakanlah dirimu untuk menemuinya, kerana dalam banyak hal maut itu akan datang menyambarmu.”
عبد الله بن علوي بن حداد الشافعي, Penuntun Hidup Bahagia
“Kesimpulannya, bahwa taqwa itu merupakan penyingkiran diri dari perkara-perkara yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah Ta'ala serta siksaanNya; iaitu ringkasnya dengan menurut segala yang diperintahNya dan menjauhi segala yang dilarangNya. Manakala hakikat taqwa pula, hendaklah berhati-hati agar Alla Ta'ala tiada mendapati anda di tempat laranganNya, dan tiada kehilangan anda di tempat suruhanNya.”
عبد الله بن علوي بن حداد الشافعي, Penuntun Hidup Bahagia
“Dan oleh kerana taqwa itu sudah pun mencakup segala urusan kebaikan, maka dihukumkan wasiat yang diwajibkan dalam khutbah Jum'at memadai dengan hanya menyebutkan taqwa kepada Allah Ta'ala saja.”
عبد الله بن علوي بن حداد الشافعي, Penuntun Hidup Bahagia
“Telah berkata al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah: Segala bencana telah ditempatkan di dalam sebuah rumah, kemudian dijadikan kuncinya ialah cinta kepada dunia. Dan segala kebaikan telah ditempatkan di dalam sebuah rumah, dan dijadikan kuncinya berzuhud di dunia.”
عبد الله بن علوي بن حداد الشافعي, Penuntun Hidup Bahagia
“Setengah para salaf berdoa: Wahai Tuhan yang menahan langit supaya tidak runtuh ke atas bumi, kecuali dengan izinNya! Tahanlah dunia supaya tidak datang kepadaku.”
عبد الله بن علوي بن حداد الشافعي, Penuntun Hidup Bahagia
tags: dunia
“Telah berkata Muhammad bin Sirin: Dua orang lelaki telah bersengketa mengenai sepotong tanah, lalu Allah mewahyukan kepada bumi itu supaya berbicara kepada kedua-duanya. Maka bumi pun berkata kepada mereka: Wahai kalian yang bodoh! Sebenarnya aku sebelum kalian berdua telah dimiliki oleh seribu orang yang cacat matanya, apatah lagi oleh orang-orang yang celek dan sihat seperti kamu berdua ini.”
عبد الله بن علوي بن حداد الشافعي, Penuntun Hidup Bahagia
tags: dunia