Å·±¦ÓéÀÖ

Tamadun Quotes

Quotes tagged as "tamadun" Showing 1-6 of 6
Wan Mohd Nor Wan Daud
“Bangsa yang kuat tetapi tidak ditunjangi oleh budaya ilmu yang baik, akan memeluk dan menganut nilai dan ciri tamadun lain yang ditaklukinya itu. Hal ini boleh disimpulkan sebagai satu prinsip umum sejarah.”
Wan Mohd Nor Wan Daud, Budaya Ilmu: Satu Penjelasan

Rosli K. Matari
“Mayat dan selangka adalah jawapan terakhir,
Sesudah moral, dulu, kita anggap
Hanya sebagai hujung ekor tamadun.

(Tidakkah Kita Berada Di Sana?)”
Rosli K. Matari, Tidakkah Kita Berada Di Sana?

“Umpama cetusan api yang digesek oleh Turgot, Candorcet dan Saint-Simon, konsep Tamadun Sekular telah dinyalakan oleh A Comte dan seterusnya membakar seluruh negara-negara yang memimpin Eropah seperti Perancis, Jerman dan Itali. Bahangnya kemudian melangkaui Lautan Atlantik dan bersemarak di negara-negara Anglo-Amerika - Britain dan Amerika Syarikat.”
Mohd Sani Badron

“Jika saintis telah mengajar kita mengenai cakrawala, jirim dan jisim yang dapat kita saksikan dengan pancaindera kita sendiri, para rasul mendidik kita mengenai perkara-perkara yang ghaib. Kalau ahli teknologi telah memudahkan urusan-urusan kehidupan kita, para rasul mendidik kita mengenai matlamatnya. Jikalau para pedagang telah memberikan kita untung dan laba, para rasul mendidik kita mengenai “perniagaan yang akan menyelamatkan kamu daripada azab yang maha pedih...â€� (al-Saff, 61: 10). Jika para petani telah menanam makanan keperluan kita, para rasul mendidik kita bahawa dunia ini ladang akhirat; manusia hanya menyemai dan memupuk kebaikan atau keburukan di dunia, kebahagiaan sarmadi atau kesengsaraan tragis akan dituai di akhirat. Kalau arkitek telah mereka-bentuk dan jurutera mereka-bina bangunan, para rasul mendidik kita mengenai pembentukan dan pembinaan serta penyempurnaan sakhsiah insan. Jikalau seniman telah mencipta karya seni yang halus dan indah, para rasul telah mendidik kita mengenai pemerindahan jiwa itu sendiri. Jika tentera telah mempertahankan keselamatan negara kita, para rasul mendidik kita untuk menjadi laskar yang mempertahankan kubu kalbu dan benteng jiwa dari rasukan serangan gerombolan musuh nyata manusia, iaitulah Iblis, shaitan dan bala tentera mereka, la‘natullahu ‘alayhim.”
Mohd Sani Badron

“Apabila kita mengabadikan warisan zaman silam Islam - ketika menamakan institusi awam, ataupun ketika menggambarkan kegemilangan masa silam dalam buku dan di muzium - kita mestilah sentiasa ingat bahawa warisan ini terbina berdasarkan keyakinan umat Islam terhadap Islam. Keyakinan ini dikekalkan dengan adanya kemakmuran material, yang didukung oleh tahap kestabilan politik dan perundangan yang mencukupi.”
Farhan Ahmad Nizami, Pencapaian Masa Lalu dan Cabaran Semasa Dalam Dunia Islam

“Shaykh al-Jundi hanya seorang dari pewaris sastera jenis ini di dalam sejarah sastera Sufi yang muncul di dalam abad ke-19. Tema utama qasidah ini kekal di dalam rangka tradisi sastera Islam yang lampau oleh kerana tidak mungkin kekal 'tamaddun Islam' itu jika ia diasingkan dari tradisi yang menerbitkan jenis puisi yang sebegini rupa. Umumnya tamaddun agama berasaskan prinsip asal dengan aspek-aspek dan ciri-ciri baharu yang ditambah tanpa penambahan prinsip.”
Baharudin Ahmad, Al-Qasidah Al-Maymunah